Apa itu Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk Kegagalan Jantung?

Oleh

Definisi

Apa itu Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk Kegagalan Jantung?

Walaupun kegagalan jantung ialah satu sindrom klinikal yang kerap berlaku, terutamanya bagi warga emas, diagnosisnya sering terlepas. Sejarah kilinikal yang teliti sangat penting dan perlu merangkumi bukan sahaja tanda-tanda dan simptom-simptom terkini tapi juga yang menunjukkan kepada sebab khusus kepada sindrom tersebut, seperti penyakit arteri koronari.

Langkah pertama dalam mendiagnosis kegagalan jantung ialah mendapatkan sejarah klinikal yang lengkap. Sejarah perubatan anda termasuk semua berkenaan kesihatan anda yang terkini dan lalu–keadaan yang pernah dan sedang anda hadapi.

Tekanan darah dan kadar degupan jantung pesakit harus direkodkan. Tekanan darah yang tinggi, normal atau rendah mungkin ditemukan. Jangkaan adalah lebih teruk jika pesakit hadir dengan tekanan darah sistolik di bawah 90 ke 100 mmHg tanpa mengambil apa-apa ubat (perencat ACE, penghalang beta atau diuretik).

Mengapa ia dijalankan?

Pemeriksaan untuk kegagalan jantung diperlukan jika anda mengalami sakit dada. Pemeriksaan fizikal adalah bahagian biasa dalam hampir setiap sesi bersama doktor berkenaan masalah jantung.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Diagnosis awal kegagalan jantung adalah sangat penting untuk menentukan dengan berhasil penyakit tersebut atau sebab-sebabnya dan dalam sesetengah pesakit, untuk mengelakkan disfungsi lanjut pada otot jantung (myocardium) dan kemerosotan klinikal. Walaubagaimapun, diagnosis awal mungkin susah kerana ia hadir dalam pelbagai bentuk daripada tiada simptom kepada edema pulmonari dengan kejutan kardiogenik (cardiogenic shock). Ia dianggarkan bahawa kegagalan jantung didiagnosis awal dengan betul dalam hanya 50% daripada pesakit yang terbabit. Pendekatan sistematik boleh meningkatkan ketepatan dalam membuat diagnosis.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Anda harus menyediakan maklumat yang lengkap dan teliti berkenaan diagnosis dan rawatan anda sebelum ini. Walaupun penyakit itu sudah sepenuhnya sembuh atau mungkin tidak penting bagi anda, mengetahui masalah tersebut mungkin membantu doktor mendiagnosis sakit bahagian bawah belakang. Selain itu, mengetahui semua masalah perubatan anda yang lepas dan terkini akan membantu doktor membuat keputusan tentang cara terbaik untuk merawat keadaan anda.

Sebagai sebahagian dari sejarah perubatan, anda juga harus memberitahu doktor anda ubat-ubatan yang anda sedang ambil. Ini adalah paling baik dilakukan dengan membawa senarai terkini semua nama-nama dan dos-dos ubat yang anda sedang ambil.

Anda harus bertanya ahli keluarga untuk mengetahui jika ada dalam kalangan mereka mengalami kegagalan jantung. Jika ada yang mengalaminya di umur yang muda, anda berisiko untuk mengalami kegagalan jantung yang terkait dengan genetik.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Sebagai tambahan kepada keadaan kesihatan yang anda yang terkini dan lalu, doktor ingin tahu tentang beberapa faktor yang meningkatkan risiko anda menghidapi kegagalan jantung. Memandangkan penyakit arteri koronari (coronary artery disease, CAD) merupakan penyebab kegagalan jantung, faktor-faktor risiko kegagalan jantung termasuk risiko major untuk CAD seperti merokok, kencing manis, tinggi jumlah kolestrol atau kolestrol LDL, tekanan darah tinggi, berumur dan lelaki. Pengambilan alkohol secara berlebihan juga merupakan faktor risiko kegagalan jantung.

Semasa sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, doktor akan bertanya tentang simptom-simptom (seperti sesak nafas, bengkak dan batuk), terkini atau yang lalu (seperti serangan jantung, penyakit virus, tekanan darah tinggi dan kencing manis), aktiviti fizikal, pernafasan, tidur, pemakanan dan aktiviti rutin yang lain.

Bahagian pemeriksaan fizikal yang paling membantu mendiagnosis kegagalan jantung ialah:

  • Menyukat tekanan darah dan kadar nadi.
  • Memeriksa vena di tengkuk jika ada bengkak atau tanda tekanan darah tinggi di dalam vena yang membawa darah ke dalam jantung. Vena yang bengkak atau membonjol menunjukkan kegagalan jantung kanan atau kegagalan jantung kiri yang telah lanjut.
  • Mendengar pernafasan (bunyi paru-paru).
  • Mendengar murmur jantung atau bunyi tambahan jantung.
  • Memeriksa abdomen jika ada bengkakan disebabkan oleh pengumpulan air dan jika ada hati yang membesar dan menyakitkan.
  • Memeriksa kaki dan buku lali jika ada bengkakan disebabkan pengumpulan air (edema).
  • Memeriksa berat badan.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Doktor akan berbincang dengan anda berkenaan keadaannya dan memberikan rawatan yang sesuai. Kadangkala, doktor mungkin meminta kepada pemeriksaan lanjut. Sila ikut arahan doktor anda.

Jika pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan anda dengan kuat menunjukkan anda mengalami kegagalan jantung, anda berkemungkinan besar perlu menjalani X-ray, ekokardiogram dan ekokardiografi untuk menilai saiz, bentuk dan fungsi jantung dan untuk menilai paru-paru tentang tanda-tanda pengumpulan cecair.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Normal

Bunyi paru-paru dan jantung normal, tekanan darah juga normal dan anda tidak mempunyai tanda-tanda pemgumpulan cecair atau vena bengkak di tengkuk.

Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau ujian lanjut untuk mencari sebab-sebab lain kepada simptom tersebut,

Penemuan tidak normal yang menunjukkan kegagalan jantung

  • Tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih) atau tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah boleh menjadi tanda kegagalan jantung tahap lewat.
  • Degupan jantung tidak sekata (aritmia jantung)
  • Bunyi ke-3 jantung (menunjukkan pergerakan darah yang abnormal melalui jantung) boleh didengari. Murmur jantung mungkin ada atau tidak.
  • Nadi yang kebiasaannya boleh dirasai di bahagian hujung bawah jantung (apex) tidak dirasai di kedudukan normal di dinding dada. Ini menunjukkan pembesaran pada saiz jantung.
  • Vena tengkuk bengkak atau pergerakan darah yang abnormal di dalam vena tengkuk menunjukkan darah menggenang di ventrikel kanan.
  • Bunyi bising (pulmonary rales) seperti bubbling atau crackling didengar yang menunjukkan bahawa cecair terkumpul di dalam paru-paru. Doktor menggunakan stetoskop untuk mendengar bunyi ini semasa kamu menarik nafas dalam.
  • Anda mempunyai hati bengkak atau sakit di bahagian atas kanan abdomen, hilang selera makan atau perut kembung. Ini menunjukkan bahawa darah menggenang di dalam badan.
  • Anda mempunyai bengkak di kaki, buku lali atau bahagian bawah belakang apabila anda baring. Ini secara jelas tidak disebabkan oleh kondisi lain. Cecair terbina pertamanya di siang hari. Kemudian hilang di waktu malam. Apabila kegagalan jantung menjadi semakin teruk, cecair tersebut mungkin tidak akan hilang.

Sesetengah orang dengan simptom-simptom awal kegagalan jantung tidak ada penemuan fizikal.

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 18, 2018

Rujukan