Apa itu Ruam Kulit?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Ruam Kulit?

Ruam kulit adalah kelainan pada tekstur dan warna kulit yang dikenal pasti dengan keradangan kulit kerana pelbagai sebab.

Terdapat banyak jenis ruam, termasuk:

  • Ekzema
  • Cacar air
  • Herpes
  • Ruam haba
  • Ruam lampin
  • Penyakit Lyme
  • Bintat urtikaria

Apakah kebarangkalian Ruam Kulit?

Masalah kesihatan ini adalah perkara biasa. Wanita lebih mudah terdedah kepada keadaan kulit ini. Ia boleh menjejaskan pesakit dari mana-mana lapisan umur. Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ruam Kulit?

Simptom-simptom lazim bagi ruam kulit adalah:

  • Kegatalan
  • Kulit kemerah-merahan
  • Kulit yang tebal dan keras disebabkan oleh menggaru kawasan kulit yang kering, bersisik atau berselaput keras
  • Lepuh cecair yang boleh pecah
  • Jangkitan kawasan kerosakan kulit

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika terdapat yang berikut:

  • Jika ruam menjadi lebih teruk
  • Sekiranya anda mengalami simptom tambahan contohnya: lepuh berdarah, bengkak, kulit mengelupas, demam, sakit badan, sakit sendi dll.
  • Jika ruam itu menyakitkan
  • Sekiranya terdapat lecur yang penuh dengan cecair berhampiran ruam
  • Jika ruam menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian atau tidur

Punca

Apakah punca Ruam Kulit?

  • Alahan
  • Jangkitan bakteria atau kulat
  • Gigitan serangga
  • Reaksi terhadap tumbuhan, Contoh: pokok ivy beracun
  • Tekanan
  • Reaksi terhadap toksin persekitaran
  • Haba
  • Penyakit, seperti cacar air atau kayap
  • Kesan sampingan ubatan

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ruam Kulit?

Apa-apa sejarah terhadap alahan atau asma boleh meningkatkan risiko ruam. Menghabiskan masa di luar juga dapat meningkatkan peluang mendapatkan ruam dari tumbuhan dan serangga beracun.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ruam Kulit didiagnosis?

Ruam kulit mudah untuk dikenal pasti dengan mendiagnosis lapisan luar kulit. Ahli dermatologi akan menentukan jenis ruam berdasarkan konfigurasi, ketumpatan, warna, saiz, kelembutan, dan taburan ruam pada badan.

Bagaimana pesakit Ruam Kulit dirawat?

Kebanyakan ruam bukanlah penyakit yang dikira serius dan akan sembuh secara sendiri. Fokus pada merawat simptom bagi ruam normal. Ubat-ubatan profesional diperlukan untuk menyembuhkan ruam yang menjadi lebih teruk atau cepat merebak.

Pesakit juga boleh memohon pengambilan ubatan belian kaunter seperti acetaminophen dan ibuprofen. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil ubat ini dan patuhi preskripsi. Melanjutkan sendiri dos atau tempoh pengambilan boleh menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik. Ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang mempunyai sejarah penyakit perut dan hati.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ruam Kulit?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah kesihatan ini:

  • Menghindari sentuhan dengan mana-mana pencetus alergi
  • Menyejukkan bahagian yang ruam
  • Merendam ruam dalam mil oat koloid dengan air suam
  • Menambah krim anti-gatal seperti hidrokortison atau losyen kalamin (calamine)
  • Memakai pakaian yang selesa

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut