Penyakit Buah Pinggang Kronik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/09/2018

Buah pinggang merupakan antara organ utama di dalam badan manusia. Terletak di bahagian belakang bawah abdomen, fungsi utamanya adalah untuk menapis toksin dalam darah serta mengawal kandungan cecair di dalam badan di samping merembeskan beberapa jenis hormon tertentu.

Gangguan pada fungsi organ ini tentunya menjejaskan banyak perkara yang memastikan keseimbangan sistem di dalam badan.

Apakah itu penyakit buah pinggang kronik?

Keadaan kesihatan ini terjadi apabila terdapat kegagalan pada fungsi buah pinggang yang berlaku secara beransur-ansur selama bertahun-tahun. Ia mungkin tidak menunjukkan simptom yang jelas pada peringkat awal. Tetapi, semakin teruk keadaan buah pinggang itu, simptom dan tanda yang dialami menjadi semakin jelas.

Memandangkan organ ini gagal menjalankan fungsinya, cecair dan toksin di dalam badan akan terkumpul sehingga menyebabkan pelbagai komplikasi. Penyakit ini mempunyai 5 peringkat. Bagi kes di peringkat terakhir, buah pinggang tersebut sudah tidak mampu berfungsi dan perlu diganti melalui pemindahan organ atau menjalani dialisis seumur hidup.

Apakah simptomnya?

Simptom dan tanda akan berlaku secara perlahan dari semasa ke semasa. Ini termasuk:

  • Mual.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Letih dan lemah badan.
  • Masalah tidur.
  • Jumlah air kencing berubah – berkurang di peringkat awal, bertambah di peringkat akhir.
  • Fokus terganggu.
  • Otot kejang dan merenggut.
  • Kaki dan buku lali bengkak.
  • Rasa gatal-gatal yang kekal.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.
  • Tekanan darah tinggi.

Tanda-tanda yang ada adalah tidak spesifik dan boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan lain. Buah pinggang adalah sejenis organ yang boleh beradaptasi terhadap keadaan badan. Jadi, simptom mungkin baru kelihatan jelas selepas kerosakan yang berlaku sudah terlalu teruk dan tidak dapat dirawat lagi.

Apakah punca penyakit buah pinggang kronik?

Keadaan yang kerap menjadi puncanya adalah:

  • Diabetes jenis 1 dan 2.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Glomerulonephritis – radang bahagian dalam buah pinggang.
  • Penyakit buah pinggang polisistik.
  • Saluran air kencing tersumbat dalam tempoh yang lama.
  • Jangkitan buah pinggang berulang.

Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi khususnya, mereka perlu menjalani pemeriksaan buah pinggang berkala untuk mengesan kerosakan yang mungkin berlaku pada buah pinggang lebih awal agar dapat mencegah keadaan menjadi lebih buruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risiko Mati Awal Apabila Kolesterol ‘Baik’ Terlalu Tinggi.

    Kolesterol, termasuk kolesterol ‘baik’ dan kolesterol ‘jahat’, ia adalah bahan lemak yang ditemui di semua bahagian badan yang boleh mengecilkan dan menyekat saluran jantung, menyebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Diet Pesakit Buah Pinggang: Apa yang Perlu Dielakkan

    Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi tentang pengambilan makanan. Artikel di bawah akan memberikan maklumat yang berguna tentang rancangan makanan bagi mereka ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Nefritis Interstitial

    Kenali apa itu Nefritis Interstitial. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    Tanda Anda Mungkin Menghadapi Masalah Buah Pinggang

    Tanda Anda Mungkin Menghadapi Masalah Buah Pinggang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/03/2019

    Meneroka Peluang Buat Pesakit Buah Pinggang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 29/10/2018

    Apa itu Dialisis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 13/09/2018
    Carnosine

    Carnosine

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 25/05/2018