Laringitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Laringitis?

Laringitis adalah keradangan larinks (bahagian atas saluran dari kerongkong ke paru-paru yang padanya terdapat peti suara).  Di dalam peti suara terdapat korda vokal iaitu 2 lapisan membran mukus. Kebiasaannya, suara anda terhasil melalui getaran korda ini. Apabila berlaku keradangan, suara anda menjadi garau atau anda kehilangan suara. Anda juga akan merasa bunyi pernafasan yang kasar dan batuk yang menyakitkan. Keradangan ini selalunya disebabkan terlebih guna, iritasi atau jangkitan.

Laringitis boleh jadi sementara waktu atau untuk jangka masa yang lama. Jika simptom anda berlangsung untuk tempoh waktu yang lama, ia menandakan sesuatu yang lebih serius. Adalah penting untuk menyemak dengan doktor anda.

Apakah kebarangkalian Laringitis?

Laringitis adalah penyakit yang kerap dijumpai. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang menggunakan suara dalam aktiviti harian seperti pemidato dan penyanyi. Laringitis juga kerap berlaku dalam pesakit yang dijangkiti selsema atau bronkitis. Laringitis boleh ditangani dengan mengelakkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Laringitis?

Tanda dan simptom laringitis yang paling kerap dijumpai ialah suara bertambah dalam atau garau atau kehilangan suara. Simptom lain termasuklah:

  • Rasa gatal dalam kerongkong
  • Suara lemah;
  • Kering tekak;
  • Sakit tekak.

There may be some symptoms not listed above. If you have any concerns about a symptom, please consult your doctor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Laryngitis bukanlah penyakit yang serius dan selalunya selesai dengan rawatan di rumah. Dalam kebanyakan masa, laringitis mungkin menandakan keadaan yang lebih serius. Sila dapatkan saranan doktor jika anda mengalami simptom tersebut:

  • Masalah bernafas
  • Batuk berdarah
  • Demam hingga 39.5 C (103 F);
  • Sakit tekak yang kian melarat
  • Kesukaran menelan

Punca

Apakah Punca Laringitis?

Punca laringitis bergantung kepada sama ada ia akut atau kronik. Berikut adalah beberapa punca utama:

The most common causes of laryngitis depends if it is short-lived (acute) or long-term (chronic). Here are some of the common causes:

Laringitis Akut

  • Jangkitan virus (selsema, bronkitis)
  • Tekanan vokal (menjerit, berteriak, terlebih penggunaan suara)
  • Jangkitan bakteria (difteria).

Laringitis Kronik

  • Menelan iritasi (asap kimia, alergen, asap)
  • Merokok;
  • Sinusitis kronik
  • Terlebih alkohol

Beberapa jenis laringitis dalam kanak-kanak boleh berlaku disebabkan pernafasan tersumbat atau jangkitan seperti krup atau epiglotitis. Keadaan ini sangat serius. Anda perlu hubungi doktor anda secepat mungkin.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Laringitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk laringitis, seperti:

  • Mempunyai jangkitan paru-paru, seperti selsema, bronkitis, dan sinusitis
  • Terdedah kepada iritasi seperti asap rokok, meminum asid perut secara berlebihan atau bahan kimia di tempat kerja
  • Terlebih penggunaan suara, seperti banyak bercakap, menjerit atau menyanyi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Laringitis didiagnosis?

Untuk memastikan diagnosis yang betul, doktor akan menyemak rekod perubatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian berikut:

  • Pemeriksaan larinks dengan memasukkan cermin kecil dan menyuluh untuk memeriksa peti suara.
  • Dalam sesetengah kes jika doktor anda mengesyaki terdapat ketumbuhan, biopsi akan dilakukan untuk menentukan jika terdapat sebarang sel kanser

Bagaimana pesakit Laringitis dirawat?

Untuk laringitis akut, simptom akan reda dengan sendiri selepas seminggu. Anda boleh menggunakan rawatan di rumah atau ubat tanpa preskripsi untuk melegakan simptom termasuklah analgesik (NSAIDs seperti ibuprofen), sirap batuk atau paracetamol. Anda patut merehatkan suara anda dengan kurang bercakap atau menulis mesej ke atas kertas. Bagi laringitis kronik, doktor mungkin akan menyarankan rawatan berikut:

  • Antibiotik: Ubat ini hanya boleh digunakan untuk jangkitan bakteria dan bukan untuk jangkitan virus

Ubat kortikosteroid: Ubat ini boleh membantu mengurangkan keradangan dalam peti suara. Ia hanya digunakan dalam kes yang lebih parah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Laringitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani laringitis:

  • Rehatkan suara anda. Gunakan nota atau mesej untuk berkomunikasi.
  • Hirup udara lembap. Anda boleh menggunakan alat pelembap udara atau menghirup wap daripada mangkuk yang diisi air panas.
  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dinyahhidratkan
  • Elakkan alkohol dan asap rokok
  • Gunakan lozeng tekak atau kumur dengan air garam.
  • Elakkan dekongestan kerana ia mengeringkan tekak.
  • Elakkan menekan suara, seperti berbisik
  • Ikut arahan doktor

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan