backup og meta

Kepenatan

Definisi

Apa itu Kepenatan?

Kepenatan ialah satu keadaan di mana anda sentiasa merasa penat atau kurang tenaga. Perkataan lain yang menggambarkan kepenatan ialah habis tenaga, dan letargi.

Apakah kebarangkalian Kepenatan?

Kepenatan ialah aduan yang sangat biasa dan adalah penting untuk diingat bahawa ianya adalah simptom, bukan penyakit. Banyak penyakit boleh menyebabkan aduan kepenatan dan ianya boleh jadi fizikal, psikologikal, atau kombinasi keduanya.

Ianya boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk informasi lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kepenatan?

Ada beberapa simptom berkaitan, ianya bergantung dengan punca dalaman:

  • Individu dengan penyakit jatung, penyakit paru-paru, atau anemia boleh mengadu berkaitan dengan sesak pernafasan atau mudah penat dengan aktiviti minimal.
  • Mereka yang mengalami diabetes boleh merasa polyuria (lebihan kencing), polidipsia (haus beramatan), atau perubahan pada pandangan.
  • Mereka dengan hipotiroidism boleh juga mengalami simptom merasa selsema, kulit kering, dan rambut rapuh.

Simptom lain yang dikaitkan dengan kepenatan termasuklah:

  • Turun berat badan;
  • Sakit dada dan sesak pernafasan;
  • Muntah-muntah dan cirit-birit;
  • Demam dan menggigil;
  • Otot melemah atau kesakitan;
  • Anzieti dan kemurungan.

Dalam kes di mana kepenatan tidak dirawat dengan baik, ianya mungkin boleh membawa kepada beberapa kemungkinan komplikasi seperti:

  • Kemurungan;
  • Isolasi sosial;
  • Halangan gayahidup;
  • Pertambahan ketidakhadiran kerja.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Dapatkan seseorang untuk membawa anda ke bilik kecemasan atau jagaan penting sekiranya kepenatan disertai dengan:

  • Pendarahan abnormal, termasuklah pendarahan dari rectum atau muntah darah;
  • Sakit kepala yang teruk.

Punca

Apakah punca Kepenatan?

Ada beberapa potensi punca kepenatan, ianya dibahagikan kepada tiga kumpulan: faktor gaya hidup, isu medikal, dan isu kesihatan mental.

Faktor Gayahidup

Sekiranya anda mengalami kepenatan, aktiviti anda, dan pilihan gayahidup yang lain mungkin menjadi akar punca. Kepenatan boleh diebabkan oleh:

  • Physical activity and excessive physical exertion;
  • Aktiviti fizikal dan paksaan fizikal berlebihan;
  • Kurang beraktiviti;
  • Kurang tidur;
  • Menjadi bosan;
  • Mengalami berat berlebihan atau obes;
  • Satu tempoh tekanan emosional;
  • Meratap kesedihan;
  • Mengambil beberapa ubatan;
  • Penggunaan alkohol yang kerap;
  • Penggunaan dadah jalanan;
  • Penggunaan narkotik;
  • Pengambilan kafein;
  • Tidak memakan secara elok dan diet berkhasiat.

Isu Medikal

Beberapa isu medikal dan kondisi yang boleh membawa kepenatan ialah:

  • Anemia;
  • Kesakitan;
  • Penyakit Addison (masalah yang memberi kesan pada kadar hormon anda);
  • Hipotiroidism (tiroid kurang aktif)
  • Hipertiroidism (tiroid terlebih aktif)
  • Arthritis;
  • Insomnia dan lain-lain masalah tidur;
  • Masalah makan;
  • Masalah autoimun;
  • Fibromyalgia;
  • Kegagalan jantung kongestif;
  • Kanset;
  • Diabetes;
  • Penyakit buah pinggang ataupun hati;
  • Infeksi;
  • Sindrom kepenatan kronik;
  • Penyakit obstruktif pulmonri kronik (atau COPD, di mana memberi kesukaran bernafas);
  • Emphysema;
  • Sindrom kaki gelisah.

Isu kesihatan mental

Mereka yang bertarung dengan anzieti dan depressi boleh mengalami sindrom kepenatan sebagai simptom keadaan mereka.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kepenatan?

Faktor yang meningkatkan risiko kepenatan termasuklah:

  • Mereka di usia 40-an dan 50-an;
  • Wanita;
  • Tekanan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kepenatan didiagnosis?

Untuk mendiagnos kepenatan, doktor biasanya mencadangkan ujian fizikal penuh bagi mencari sebarang gejala dalaman untuk penyakit. Beberapa ujian bersama evaluasi dari berbagai sistem badan akan menggabungkan sebarang penemuan abnormal bersama klu yang dijumpai dalam pengambilan sejarah kesihatan boleh membantu membuat diagnosis.

Perhatian yang istimewa boleh diberi untuk merasai sebarang kelenjar tiroid abnormal, noda limfa terjangkit, mendengar bunyi jantung abnormal termasuklah murmur dan untuk menguji ton otot normal dan reflex.

Bergantung dengan hasil jumpaan di dalam ujiansejarah dan fizikal, ujian darah dan lain-lain ujian pengimejan mungkin akan diarahkan.

Bagaimana pesakit Kepenatan dirawat?

Oleh kerana kepenatan ialah simptom dari keadaan dalaman, maka rawatan akan bergantung dengan punca, tidk kira samaada fizikal psikologikal atau kombinasi keduanya.

Mungkin ada beberapa jarak masa antara bila rawatan telah dirawat dan kekuatan simptom kepenatan; beberapa simptom mungkin akan selesai selepas keadaan dalaman dirawat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kepenatan?

Lebih penting lagi, pengenalan awal mengenai kepenatan akan memberi ruang pada pesakit untuk mendapatkan rawatan medikal dan berpotensi mendapat diagnosis awal mengenai punca dalaman.

Kadangkala simptom seperti kepenatan datang perlahan dan ianya sukar bagi pesakit untuk menyedari bahawa ianya adalah masalah. Ianya mungkin memerlukan perspektif luaran dari kawan atau ahli keluarga untuk memhmi perubhan pada fungsi. Kesedaran kendiri mengenai penurunan pada prestasi badan biasanya sukar kerana seseorang membuat akomodsi kecil berulangan bagi menyiapkan aktiviti harinan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fatigue. http://www.mayoclinic.org/symptoms/fatigue/basics/definition/sym-20050894. Accessed September 4th, 2016.

Fatigue. http://www.medicinenet.com/fatigue/article.htm. Accessed September 4th, 2016.

What causes fatigue? 251 possible conditions. http://www.healthline.com/symptom/fatigue. Accessed September 4th, 2016.

Chronic fatigue syndrome. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-fatigue-syndrome/basics/complications/con-20022009. Accessed September 4th, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Punca Sakit Dada Sebelah Kanan, Jaga-jaga Dengan Penyakit No. 5!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan