Tidak semua influenza atau flu adalah sama. Terdapat beberapa jenis influenza yang berbeza. Ada yang menyebabkan simptom yang teruk, ada juga yang ringan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Tidak semua influenza atau flu adalah sama. Terdapat beberapa jenis influenza yang berbeza. Ada yang menyebabkan simptom yang teruk, ada juga yang ringan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Ada 3 jenis virus influenza: A, B dan C. Virus A dan B paling kerap menjangkiti manusia dan berlaku setiap tahun mengikut musim bagi negara-negara bermusim.
Manakala di negara tropikal seperti Malaysia, ia berlaku sepanjang tahun.
Virus ini boleh menjangkiti kedua-dua, manusia dan binatang meskipun lebih kerap berlaku dalam kalangan manusia.
Binatang yang dijangkiti kebiasaannya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Antara yang boleh dijangkiti adalah ayam, itik, babi dan kuda.
Ia mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 protein di permukaan virus ini iaitu haemagluttinin (HA) dan neuraminidase (NA).
Daripada dua protein ini, nama-nama subjenis virus diambil. Contohnya, H1N1, H3N2 dan H5N1. Banyak lagi subjenis lain sehingga H18 dan N11.
Punca influenza A yang menjangkiti binatang tersebar kepada manusia adalah melalui cecair daripada mulut binatang berkenaan. Kebiasaannya penternak ayam, itik atau babi boleh dijangkiti.
Istilah selesema burung dan selesema babi merujuk kepada virus influenza A yang dijangkiti oleh manusia daripada binatang.
Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi jika berlaku, simptom yang dialami adalah lebih teruk dan risiko maut lebih tinggi.
Virus ini sering menyebabkan epidemik (penyakit yang kerap berlaku di sesuatu tempat) dan juga pandemik (epidemik di beberapa buah negara atau rantau).
Ini hanya ditemui di dalam kalangan manusia sahaja. Jangkitan virus B mungkin lebih ringan berbanding virus A.
Namun, ia masih berpotensi menyebabkan penyakit dan simptom yang teruk.
Tidak seperti virus A, ia tidak dikelaskan mengikut subjenis dan tidak menyebabkan pandemik.
Baca juga:
Virus C menyebabkan penyakit paling ringan antara influenza yang lain.
Kadangkala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Jangkitan virus ini juga jarang berlaku.
Vaksin adalah cara yang terbaik dalam mencegah jangkitan influenza. Walau bagaimanapun, virus ini kerap mengalami mutasi. Jadi, vaksin baru perlu diambil setiap tahun.
Namun, jika anda dijangkiti flu, pastikan langkah-langkah sepatutnya diambil untuk mengelakkan daripada virus tersebut tersebar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen