Ramai yang mungkin pernah dengar tentang batuk kokol namun kurang tahu tentang kondisi ini. Jadi, jom baca artikel untuk mengetahui mengenai batuk kokol dengan lebih lanjut!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ramai yang mungkin pernah dengar tentang batuk kokol namun kurang tahu tentang kondisi ini. Jadi, jom baca artikel untuk mengetahui mengenai batuk kokol dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.
Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda dan simptom batuk sakit dada akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.
Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.
Anda boleh mendapat:
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:
Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:
Adakah batuk boleh berjangkit? Ya, ini kerana pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.
Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.
Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronkitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.
Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.
Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.
Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.
X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.
Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.
Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.
Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.
Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.
Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.
Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen