JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Setiap kali suhu badan anak meningkat dengan mendadak sahaja, sudah pasti ibu bapa akan mengaitkannya dengan gejala demam panas. Pun begitu, kita juga harus tahu bahawa peningkatan suhu badan si manja yang terjadi secara tiba-tiba sahaja mungkin disebabkan oleh strok haba.

Persoalannya, apakah punca strok haba yang sebenar? Adakah ia hanya berisiko kepada kanak-kanak sahaja? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Kes yang pernah berlaku di Amerika

strok haba

Pada tahun 2017, kita pernah dikejutkan dengan satu berita di mana seorang kanak-kanak bernama Anastasia Abma yang diserang strok haba ketika sedang tidur di dalam biliknya!

Menurut Jennifer Abma yang merupakan ibu kepada kanak-kanak malang ini, dia telah menemui Anastasia berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, berpeluh banyak, bermuka merah serta suhu tubuh seakan mendidih.

Jennifer yang sedang panik ketika itu, terus sahaja menghubungi ambulans selepas anak kesayangannya itu masih tidak bangun-bangun meskipun sudah dikejutkan beberapa kali.

Nasib baik, tidak berlaku apa-apa komplikasi yang membimbangkan kepada Anastasia. Kanak-kanak perempuan itu juga telah berjaya dirawat dan pulih sedia kala.

Sila ikuti perkongsian di Facebook milik Jennifer berkenaan kes kanak-kanak yang terkena strok haba di dalam bilik ini:

strok haba

sumber: metro.co.uk

Ibu bapa perlu tahu punca strok haba yang sebenar!

kanak-kanak

Kes ini telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua. Hakikatnya, ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.

Siapakah yang berisiko? Adakah golongan kanak-kanak sahaja? Jawapannya tidak!

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan
  • Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari
  • Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar
  • Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama

Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu telah terkena hipertermia? Berikut adalah gejala-gejalanya yang kita perlu tahu:

  • Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi
  • Peluh keluar banyak
  • Muka berubah merah
  • Sakit kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Rasa haus yang berlebihan
  • Air kencing berwarna keruh
  • Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
  • Jantung berdegup dengan lebih kencang
  • Ruam merah timbul pada kulit
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri

Adakah gejala-gejala ini selalu berlaku kepada anak anda? Jika ya, sila lebih berhati-hati kerana si manja mungkin terkena strok haba!

Bagaimana untuk mengelak si manja terkena strok haba?

kanak-kanak

Hakikatnya, kita tinggal di bumi Malaysia yang memang terkenal dengan iklim khatulistiwa yakni panas dan hujan sahaja sepanjang tahun. Ketika musim panas, risiko hipertermia ini sudah pasti akan menjadi lebih tinggi.

Seperti kes yang pernah terjadi di Amerika ini, ibu bapa perlu tahu bahawa ia juga boleh terjadi kepada kanak-kanak meskipun mereka hanya berada di dalam rumah atau bilik tidurnya sahaja.

Jadi, apakah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengelak si manja terkena strok haba?

  • Pastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan si manja tersedut karbon dioksida terlalu banyak
  • Pasangkan kipas angin kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak secara mengejut sebanyak 72% mengikut kajian
  • Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C  kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas
  • Jangan sesekali memakaikan si manja anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat
  • Berikan anak anda minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga
  • Sediakan anak anda dengan makanan yang banyak air atau sup
  • Elakkan dari membiarkan si manja anda tidur dengan berselimut
  • Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu si manja untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah

Konklusinya, punca strok haba bukan hanya disebabkan anak main panas di luar rumah

Kesimpulannya, ibu bapa jangan sesekali beranggapan bahawa strok haba hanya boleh berlaku sekiranya anak anda bermain di luar rumah dan terkena panas sahaja ya?

Ketahuilah bahawa jika mereka bermain atau berada di dalam rumah sekalipun, si manja masih berisiko untuk terkena kondisi ini jika suhu rumah anda terlalu tinggi!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Perhubungan yang terjalin, khususnya antara ibu dan anak ketika dalam kandungan adalah ikatan yang paling istimewa. Tetapi bagaimana untuk menunjukkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Selain pengambilan pil perancang keluarga, anda dan pasangan juga boleh menggunakan metode NFP untuk merancang keluarga. Sila baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri bersetubuh

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    ereksi zakar

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan