Pulut Punca Anak Lambat Bercakap, Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/09/2019 . 4 minit bacaan

Ada yang mengatakan antara petua orang dulu-dulu kalau tak nak anak lambat bercakap, jangan bagi anak makan pulut. Betul ke macam tu? Takkanlah pulut boleh jadi punca anak lambat bercakap? 

Apakah sebenarnya isu anak lambat bercakap? Adakah ia sama dengan masalah speech delay? Benarkah masalah itu berpunca daripada pengambilan makanan seperti pulut? Ikuti penjelasan lanjut mengenai isu ini di dalam perkongsian artikel ini.

Isu serius

Setiap anak mempunyai keunikan yang tersendiri. Ada yang boleh bercakap dengan cepat dan ada juga yang hanya boleh bercakap satu atau dua perkataan. Malahan ada anak yang hanya tahu menggunakan bahasa bayi (baby language) untuk tempoh masa yang lama. 

Oleh kerana perkembangan setiap anak-anak adalah berbeza, ini menyebabkan ibu bapa sukar untuk mengenal pasti jika anak mereka berdepan dengan permasalahan lambat bercakap atau tidak. 

Mungkin ada di antara ibu bapa yang merasakan masalah anak lambat bercakap ini adalah satu perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Tetapi menurut pakar, anak dengan isu pertuturan ini sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang lebih serius. 

Anak lambat bercakap vs speech delay

Ramai bayi boleh menyebut’ (babble) perkataan “mama”, “dada”, “mamam”, “no” dan sebarang perkataan pendek lain sebelum berusia setahun. Kebanyakan daripada mereka boleh menuturkan lebih daripada 50 perkataan apabila mencecah usia 18 bulan.

Tetapi bagaimana kalau seseorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun masih sukar untuk menutur dengan lancar dan hanya boleh bercakap dua perkataan sahaja?

Ibu bapa memainkan peranan untuk mengenal pasti tentang apa yang dikatakan ‘normal’ dan apa yang tidak dalam perkembangan percakapan dan bahasa anak-anak. Setiap proses harus diberikan perhatian untuk mengenal pasti sama ada pencapaian anak-anak anda adalah pada tahap yang sewajarnya atau tidak.

Anak yang lambat bercakap dan anak yang mempunyai gangguan percakapan (speech delay) kedua-dua akan lambat untuk mula bercakap. Anak yang mempunyai masalah lambat bercakap biasanya boleh pulih apabila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa sebarang campur tangan individu dewasa.

Manakala anak dengan gangguan percakapan pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan (bantuan) untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi terlalu ketara apabila mereka membesar.

Masalah gangguan percakapan yang berkaitan dengan sebutan, boleh menjadi lebih ketara dan ibu bapa perlu berbincang dengan pakar pertuturan jika anak menyebut sebutan yang salah pada tahap usia yang tidak sepatutnya. 

Ciri-ciri anak lambat bercakap

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat untuk mengenal pasti sama ada anak anda mempunyai masalah lambat bercakap atau tidak. 

  • Anak anda mungkin mempunyai masalah lambat bercakap apabila hanya boleh menutur perkataan pertama mereka selepas berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan).
  • Anak anda seharusnya boleh menuturkan ayat dengan dua perkataan seperti “nak mama” pada usia 2 tahun dan ayat dengan tiga perkataan pada usia 3 tahun seperti “mama, nak susu” dan seterusnya mengikut pertambahan usia.
  • Menggunakan bahasa bayi untuk jangka masa yang lama.

Adakah benar apabila ada yang mengatakan anak lelaki lebih lambat bercakap berbanding anak perempuan? Perkara ini dikatakan benar. Namun, seperti yang dinyatakan pada awal tadi, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan dan pencapaian yang berbeza. 

Tidak semua anak lelaki akan lambat untuk mula bercakap dari anak perempuan, malahan terdapat juga anak lelaki yang boleh bercakap lebih awal dari anak perempuan. Tetapi, dipercayai gangguan perkembangan dan bahasa, autism dan gagap biasanya lebih banyak berlaku kepada lelaki. 

Simptom yang perlu diberikan perhatian

Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa tanda atau simptom yang boleh diperhatikan dan perlu dibimbangkan dalam isu berkaitan lambat bercakap atau speech delay ini. Antara:

  • Anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau respons kepada sebarang bunyi
  • Anak masih belum boleh bercakap walaupun mencecah usia 18 bulan
  • Tidak menunjukkan sebarang komunikasi melalui gerakan tubuh pada usia 12 bulan seperti melambai atau bertepuk tangan
  • Sukar memahami arahan atau rutin mudah pada usia 2 tahun
  • Lebih menggunakan bahasa tubuh dari bertutur untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada usia 18 bulan
  • Tidak berminat melakukan eye contact atau berbual dengan individu lain
  • Menghasilkan bunyi tidak normal seperti ah, ohh
  • Percakapan yang sukar difahami

Jika terdapat simptom-simptom yang dinyatakan di atas, ia mungkin didasari oleh beberapa masalah berkaitan perkembangan atau kesihatan anak-anak, seperti:

  • Masalah pendengaran
  • Kurangnya rangsangan bunyi, contoh keadaan ibu bapa yang bisu
  • Masalah fizikal berkaitan lidah, tekak, hidung dan sebagainya
  • Masalah perkembangan seperti autism, global developmental delay
  • Masalah genetik

Sekiranya anda mengesan sebarang simptom seperti yang di senaraikan, anda adalah dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan awal daripada doktor atau pakar pertuturan kanak-kanak.

Galakkan anak bercakap

Pulut Punca Anak Lambat Bercakap, Boleh Percaya Ke (2)

Anda perlu melatih dan memberikan galakkan kepada anak anda untuk lebih bercakap. Berikan mereka sebab untuk berkomunikasi dengan anda. Beberapa contoh perkara yang boleh anda lakukan untuk merangsang anak anda bercakap, seperti:

Bermain dengan anak

Berikan barang mainan kesukaan mereka satu per satu supaya mereka mempunyai peluang untuk ‘meminta lebih’ dan berlatih untuk mengambil giliran bercakap serta kemahiran komunikasi lain

Cipta peluang berkomunikasi

Anda boleh berpura-pura tidak tahu mengenai apa yang disukai atau tidak disukai oleh anak anda. Ini memberikan mereka peluang untuk memberitahu anda mengenainya atau sekurang-kurangnya membolehkan mereka untuk bercakap ‘no’

Ringkaskan perbualan

Banyakkan bercakap dengan anak anda, tetapi pastikan ia adalah pendek dan mudah untuk difahami serta ditiru oleh anak anda. Apabila anak anda sudah boleh memahami, mungkin anda boleh memperkembangkan penggunaan kosa kata dan ayat. 

Bahasa isyarat

Gunakan gerak badan dan bahasa isyarat untuk menambah maksud perkataan yang anda cakapkan terutama ketika anak anda masih belum boleh bercakap. Cara ini sekurang-kurangnya dapat membina motivasi kepada anak-anak untuk bercakap.

Banyakkan bercakap

Katakan mengenai apa sahaja, sama ada mengenai apa yang anda sedang lakukan dan apa yang anak anda lakukan. Bercakap tentang segalanya yang boleh anda bualkan dengan anak anda.

Gangguan perkembangan

Seperti yang dinyatakan, speech delay berkemungkinan besar boleh menjadi indikator menunjukkan bahawa anak anda mungkin mempunyai masalah gangguan lain seperti autism. Salah satu ciri utama gangguan autism adalah kegagalan untuk berkomunikasi walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu. Tetapi kajian daripada Psychology Today membuktikan bahawa hampir 70 peratus kanak-kanak dengan isu lambat bercakap tidak mempunyai masalah autism.

Tidak semua kanak-kanak autism mempunyai masalah lambat bercakap dan tidak semua anak yang lambat bercakap mengalami masalah autism. Jika anda merasakan anak anda lambat bercakap, dapatkan pandangan doktor atau pakar pertuturan kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian mengenai isu ini. 

Yang paling penting, berkaitan dengan topik ini, memakan pulut langsung tiada kaitan dengan masalah anak lambat bercakap atau speech delay. Itu adalah sekadar kepercayaan yang tidak sahih. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay? Kenali 14 Tanda Ini DULU Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 02/10/2019 . 3 minit bacaan
    autisme

    Anak Lambat Bercakap TAK Bermaksud Ada Autisme, Ini Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Hati-Hati, Anda Mungkin Alami Depresi Dalam Diam Jika SELALU Sebut 9 Perkataan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/02/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Jenis-jenis Disleksia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/10/2018 . 2 minit bacaan