backup og meta

Anak Tidur Berdengkur? Kajian Kata Ada KESAN Pada Tingkah Laku, Ibu Kena Ambil Peduli!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/01/2023

    Anak Tidur Berdengkur? Kajian Kata Ada KESAN Pada Tingkah Laku, Ibu Kena Ambil Peduli!

    Masalah anak berdengkur dalam kalangan kanak-kanak, boleh ke untuk terjadi? Parents kena tahu impaknya jika si kecil berdengkur semasa tidur. Ikuti penjelasan dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Tidur berdengkur

    Berdengkur merupakan keadaan yang popular yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja meskipun ia seringkali berlaku kepada orang lelaki dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.

    Dengkur yang berkala selalunya tidak mendatangkan masalah, cuma ia boleh mengganggu pasangan anda.

    Jika anda selalu berdengkur, anda bukan sahaja mendatangkan masalah tidur kepada pasangan anda tetapi anda juga mengganggu kualiti masa tidur anda juga.

    Berdengkur selalunya akan menjadi bertambah teruk dengan usia yang meningkat. Bantuan kesihatan diperlukan kepada pendengkur tegar bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

    anak berdengkur

    Masalah anak berdengkur, fahami impaknya

    Kanak-kanak prasekolah yang selalu mengalami masalah tidur berdengkur dengan kuat mungkin berisiko tinggi mendapat masalah perilaku. Ini termasuklah terlalu aktif, masalah menumpukan perhatian dan kemurungan.

    Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Paediatrik, sebanyak 9% daripada 249 kanak-kanak yang berdengkur dengan kuat dua kali atau lebih dalam seminggu semasa mereka berumur 2 atau 3 tahun.

    Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah perilaku semasa umur 3 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak berdengkur pada umur 2 atau 3 tahun, tetapi bukan kedua-duanya.

    Menyusu, walau bagaimanapun, boleh membantu menghindari kanak-kanak daripada berdengkur seterusnya mungkin boleh mengelakkan kesan negatif kepada masalah perilaku.

    anak berdengkur

    Menurut pengkaji, kanak-kanak yang banyak berdengkur juga dapat dikesan pada umur 2 ke 3 tahun.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa atau pakar kanak-kanak.

    Para pengkaji masih lagi tidak memahami bagaimana berdengkur pada umur 2 dan 3 tahun boleh meningkatkan risiko kepada masalah tingkah laku.

    Tetapi ia adalah berkemungkinan daripada tidur yang tidak berkualiti. Sesetengah dengkuran adalah normal seperti ketika kanak-kanak mendapat selesema.

    Jika anda bimbang akan keadaan anak anda, sila berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

    Ibu yang baru melahirkan anak haruslah cuba menyusukan selama yang mungkin. Ini kerana ia mempunyai kesan yang kuat bagi melindungi si kecil daripada berdengkur.

    Kanak-kanak daripada keluarga yang miskin dan golongan yang disusukan hanya untuk jangka masa pendek, adalah cenderung untuk menjadi pendengkur tegar.

    Langkah mengatasi masalah anak berdengkur

    Ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan masalah tidur berdengkur dalam kalangan kanak-kanak.

    Apabila anak berdengkur, anda melepas tangan dengan menyatakan bahawa semua orang dalam kalangan ahli keluarga anda berdengkur juga.

    Sebaiknya nda perlu membawa anak berjumpa dengan pakar pediatrik bagi mengetahui cara hilangkan dengkur kanak-kanak.

    anak berdengkur

    Para pengkaji meletakkan kaitan di antara berdengkur dan masalah perilaku dalam perdebatan.

    Kanak-kanak yang berdengkur secara berterusan mempunyai risiko yang besar terhadap masalah perilaku.

    Tetapi ini tidak bermaksud setiap kanak-kanak yang berdengkur akan mempunyai masalah perilaku atau semua kanak-kanak yang mempunyai masalah perilaku adalah pendengkur.

    Meskipun begitu, berdengkur adalah tidak normal kepada kanak-kanak.

    Sesetengah kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil atau adenoids.

    Penilaian boleh membantu memastikan sama ada berdengkur adalah tidak berbahaya atau memerlukan rawatan kepada keadaan yang tersembunyi untuk menghilangkan masalah berdengkur atau perilaku.

    Baca juga:

    Masalah tidur berdengkur dan masalah perilaku boleh menjadi kitaran kejam.

    Anak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi letih dan meragam serta tidak makan dengan sempurna.

    Bunyi dengkuran didefinisikan dengan terdapat gangguan pada saluran pernafasan semasa tidur, yang membawa kepada kekurangan oksigen dan tidur yang tidak cukup.

    Sekiranya ini merupakan masalah bermusim atau disebabkan oleh selesema, ia tidak menjadi masalah tetapi jika keadaan anak berdengkur adalah serius dan menyebabkan masalah tidur, sila dapatkan pemeriksaan yang sah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan