backup og meta

7 Jenis Buah Terbaik Semasa Hamil, Sedap & Berkhasiat Untuk Ibu & Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2023

    7 Jenis Buah Terbaik Semasa Hamil, Sedap & Berkhasiat Untuk Ibu & Bayi

    Pengambilan diet pemakanan yang sihat adalah penting bagi wanita ketika hamil. Pemakanan yang dimakan akan memberikan kandungan nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan ibu serta bayi. Diet yang sihat merangkumi buah untuk ibu mengandung, sayur-sayuran, bijirin, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.

    Diet berkhasiat memainkan peranan penting dalam kesihatan keseluruhan seseorang, membantu tubuh berfungsi dengan berkesan dan mengurangkan risiko beberapa penyakit.

    Kebanyakan individu menyedari bahawa diet yang sihat harus merangkumi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein tanpa lemak, dan lemak yang sihat.

    Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari bahawa terdapat buah untuk ibu mengandung yang spesifik.

    Tahukah anda, apakah buah terbaik yang memberikan banyak manfaat untuk dimakan ketika hamil?

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengapa buah-buahan terbaik itu penting untuk dimakan ketika hamil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Buah untuk ibu mengandung terbaik

    1. Oren

    buah untuk ibu mengandung

    Merupakan sumber yang baik untuk folat – vitamin B yang membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang, vitamin Cmengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel, dan membantu badan menyerap zat besi dan air.

    Buah dari kumpulan sitrus ini dapat membantu anda kekal hidrasi.

    Oren turut mempunyai folat dan kandungan air yang tinggi. Oren adalah baik untuk memastikan seseorang individu kekal terhidrat dan sihat.

    Vitamin C boleh membantu mencegah kerosakan sel dan membantu penyerapan zat besi. Folat pula boleh membantu mencegah kecacatan tiub neural, yang boleh menyebabkan keabnormalan otak dan tulang belakang pada bayi.

    Buah untuk ibu mengandung #2. Mangga

    Kaya dengan vitamin A dan C. Secawan potongan buah mangga memberikan 100% daripada keperluan harian vitamin C dan lebih daripada satu pertiga jumlah keperluan vitamin A yang disyorkan RDA (Recommended  Dietry Allowance).

    Bayi yang lahir dengan kekurangan vitamin A berkemungkinan untuk mengalami masalah imun yang rendah dan berisiko untuk menghadapi komplikasi selepas bersalin, seperti jangkitan pernafasan.

    Mangga adalah buah yang terbaik untuk diambil ketika hamil, tetapi pastikan anda juga mengambil buahan lain.

    3. Delima, buah untuk ibu mengandung yang terbaik

    Buah delima merupakan sumber buah-buahan yang padat dengan sumber tenaga yang baik.

    Ia boleh memenuhi keperluan vitamin K – penting untuk mengekalkan tulang yang sihat, kalsium, folat, zat besi, protein, serat – bantu mengatasi kesakitan akibat sembelit, tenaga dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan wanita hamil.

    Kajian turut mencadangkan, mengambil jus delima berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada plasenta.

    4. Avokado

    buah untuk ibu mengandung

    Merupakan sumber terbaik bagi vitamin C, vitamin E, vitamin B dan vitamin K, asid lemak tidak tepu tunggal (monounsaturated fatty acid), serat, tembaga, kolin (choline) – penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi, magnesium dan kalium.

    Buah ini mengandungi lemak yang dapat memberi tenaga dan membantu mencegah kecacatan tiub neural. 

    Buah untuk ibu mengandung #5. Pir

    Ia membekalkan nutrien seperti serat, kalium (potasium) dan folat – membantu mencegah kecacatan tiub neural, yang boleh menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang bayi.

    Kecacatan tiub neural boleh menyebabkan keadaan seperti spina bifida; iaitu saraf tunjang tidak berkembang dengan baik dan anencephaly – sebahagian otak dan tengkorak hilang.

    Mendapat jumlah serat yang tinggi ketika hamil adalah baik kerana ia membantu mengelakkan masalah berkaitan sembelit – antara simptom yang sering dilalui wanita hamil.

    Kalium pula bermanfaat untuk kesihatan jantung, sama ada buat ibu mahupun bayi dalam kandungan. Ia juga merangsang pertumbuhan semula sel.

    6. Pisang

    Mengandungi kuantiti yang tinggi bagi vitamin C, kalium, vitamin B-6 dan serat.

    Serat yang tinggi dalam pisang amat membantu wanita mengandung yang kerap berdepan masalah sembelit – yang mungkin berlaku disebabkan tekanan rahim pada usus, rasa bimbang dan kegelisahan, diet rendah serat dan zat besi dan kandungan zat besi dalam vitamin yang diambil.

    Terdapat juga bukti yang mengatakan bahawa vitamin B-6 boleh membantu mengurangkan dan melegakan masalah mual dan muntah pada awal kehamilan.

    7. Buah kering

    buah untuk ibu mengandung

    Buah-buahan kering mengandungi nutrien yang terdiri daripada serat, vitamin dan mineral serta tenaga. Buah kering mengandungi semua nutrien yang sama seperti buah segar.

    Oleh itu, wanita hamil boleh mendapatkan vitamin dan mineral RDA mereka dengan memakan sebahagian buah-buahan kering dengan jumlah yang lebih kecil daripada jumlah buah-buahan segar yang bersamaan.

    Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa buah kering berkemungkinan mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tidak mengandungi kandungan air sepertimana buah-buahan segar.

    Ini bermakna ia tidak membantu dalam pencernaan makanan. Wanita hamil hanya boleh makan buah-buahan kering secara sederhana.

    Adakah terdapat sebarang buah untuk ibu mengandung yang perlu dielakkan?

    Tiada buah tertentu yang harus dielakkan oleh wanita hamil. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi wanita untuk mengetahui saiz bahagian pengambilannya.

    Sesetengah buah mempunyai kandungan gula yang tinggi, dan buah-buahan tertentu, seperti jus dan buah-buahan kering, seringkali mengandungi kandungan gula yang tinggi dan kalori daripada buah-buahan segar.

    Membeli buah-buahan organik akan memastikan ia tidak mengandungi baja dan racun perosak yang boleh merosakkan kualitinya.

    Walau bagaimanapun, jika buah-buahan organik tidak menjadi pilihan, buah-buahan bukan organik masih lebih baik berbanding daripada tidak mengambil buah-buahan sama sekali dalam diet harian individu.

    Adalah penting untuk membuang mana-mana racun perosak dan bakteria yang mungkin terdapat pada buah dengan membasuh dengan teliti sebelum memakannya.

    Individu harus mengambil langkah keselamatan yang lain dengan cara:

    • Membuang kawasan buah yang lebam, yang lebih cenderung mengandungi bakteria
    • Menyimpan buahan di kawasan yang berasingan di peti sejuk daripada mana-mana produk daging mentah
    • Tip memilih buah untuk ibu mengandung: Elakkan buah-buahan yang telah dipotong siap
    • Hanya meminum jus buah yang telah dimasak atau dipasteur

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan