Cecair Peluntur Boleh Kesan Anda Hamil Atau Tidak? Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 15/05/2020

Tidak datang bulan, kerap rasa mual dan payudara rasa sensitif? Terdapat kemungkinan anda sedang berbadan dua. Langkah seterusnya yang diambil oleh ramai wanita adalah untuk untuk mencuba cara mengetahui kehamilan – sama ada dari kit ujian kehamilan ataupun dengan cara uji kehamilan yang pelbagai.

Ada yang terlebih kreatif sehingga memilih untuk membuat ujian kehamilan berasaskan peluntur. Persoalannya, berkesankah? Lebih penting lagi, selamatkah? 

Bagaimana cara mengetahui kehamilan dengan peluntur dilakukan

Menggunakan peluntur sebagai cara mengetahui kehamilan bunyi seperti sesuatu yang sangat tidak masuk akal dan boleh ditertawakan. Namun, seperti mitos kesihatan dan petua tidak masuk akal yang lain, terdapat segelintir individu yang memilih untuk mempercayainya!

Bagi melakukan ujian kehamilan ini, anda hanya perlu dua cawan, cecair peluntur biasa dan juga air kencing. Langkah – langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti:

  1. Tuang cecair peluntur dalam cawan pertama 
  2. Buang air kecil anda ke dalam cawan yang kedua
  3. Perlahan-lahan tuangkan air kencing anda ke dalam cawan yang mengandungi peluntur
  4. Tunggu beberapa minit dan perhatikan keputusannya

Keputusan dikatakan positif jika terdapat pembentukan buih manakala keputusan negatif adalah jika tidak ada sebarang pembentukan buih.

ujian-kehamilan-berasaskan-peluntur

Walaupun tidak ada sebarang kajian atau dakwaan saintifik, pelopor teknik ini mempercayai bahawa cecair peluntur mampu mengesan dan bertindak balas dengan kandungan hormon beta hCG seperti kit ujian kehamilan yang dijual di farmasi.

Malahan, mereka juga turut mengeluarkan saranan untuk menggunakan cecair peluntur yang tidak diwangikan atau diwarna untuk tidak menjejaskan keputusan ujian. 

Adakah ujian kehamilan ini tepat?

Walaupun mudah dan menarik konsepnya, ujian kehamilan ini jauh sekali tidak tepat. Bukan sahaja tiada asas saintifik untuk menyokong logik dan keberkesanan ujian ini, cecair peluntur juga bukanlah suatu cecair yang mampu untuk mengesan apa-apa hormon.

Tambahan lagi, pembentukan buih boleh berlaku untuk pelbagai sebab lain seperti tindak balas bersama dengan kompaun lain dalam air kencing dan juga kerana tindakan seperti mengacau cecair tersebut.

Untuk itu, lelaki, bayi dan anak dara juga boleh mendapat keputusan yang positif jika diikutkan oleh logik kaedah ini.

Walaupun tidak tepat, bolehkah cara uji kehamilan ini tetap dilakukan?

Mungkin ada yang berpendapat bahawa kalau ia tidak tepat atau berkesan sekalipun, tidak ada apa-apa mudarat jika masih ingin melakukannya, kan?

Sebelum anda mula mengambil cawan di dapur dan memenuhinya dengan sampel air kencing anda, ujian kehamilan berasaskan peluntur ini mempunyai risikonya yang tersendiri. Jelas sekali kerana ia membabitkan penggunaan bahan peluntur.

Jika anda rajin mencuci bilik air dan kerap menggunakan bahan peluntur, tentu sekali anda tahu apa yang boleh berlaku kepada sistem pernafasan anda akibat pendedahan kepada peluntur yang terlalu banyak.

Jika anda benar-benar hamil, ujian kehamilan berasaskan peluntur ini bukanlah sesuatu yang anda ingin lakukan.

Ini kerana banyak kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada peluntur secara berlebihan mampu untuk menyebabkan kecacatan kepada janin dan juga keguguran.

Selain itu, terdapat juga risiko untuk berlakunya kemalangan seperti tertumpahnya cecair peluntur kepada anggota badan. Ini mampu untuk mengakibatkan kebakaran kimia pada kulit dan juga kerengsaan.

Segala risiko dan komplikasi yang boleh berlaku menyebabkan ujian ini langsung tidak berbaloi untuk dilakukan. Tambahan lagi, kalau sudah tidak tepat, mengapa perlu dibazirkan masa untuk mencuba kaedah ini?

Pilihan cara mengetahui kehamilan yang lebih berkesan

cara-mengetahui-kehamilan

Jika anda merupakan seseorang yang mempercayai keberkesan kaedah ini, anda perlu faham bahawa keputusan yang salah mampu untuk mengganggu kesihatan fizikal dan mental anda dan bayi anda.

Jika keputusan kembali positif walaupun anda tidak hamil, ini akan menyebabkan anda menaruh harapan yang palsu.

Jika keputusan kembali negatif walaupun anda hamil, ini akan melengahkan janji temu dan pemulaan penjagaan pranatal.

Tuntasnya, tidak ada sebarang manfaat yang boleh anda perolehi daripada ujian ini. Sebaliknya, anda meletakkan diri anda berisiko untuk beberapa mudarat yang tidak diingini. Ikutlah ibu-ibu bijak yang lain dan gunalah kaedah yang telahpun dipastikan berkesan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

Terdapat pelbagai jenis kontraksi yang boleh dirasai oleh ibu hamil. Bagi mereka yang baru pertama kali hamil, pasti anda tertanya-tanya, sakit ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rasa orgasma jika main masa mengandung? Sila klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

hamil

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020
hubungan suami isteri

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/05/2020
pilih jantina anak

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/05/2020
air ketuban

Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/05/2020