Petua Cepat Bersalin? Ada Makanan dan Minuman yang Boleh Membantu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

“Alahai, due date dah dekat tapi kenapa takda tanda baby nak keluar ‘ni’? Adoiii… tak naklah kena induce.” Haaa…makin lama menunggu makin nervous, bukan? Nak tahu petua cepat bersalin? Hello Doktor ada jawapannya.

Petua cepat bersalin melalui makanan dan minuman

Pasti anda pernah mendengar petua mempercepatkan bersalin seperti memperbanyakan berjalan dan melakukan senaman ringan. Malahan ada juga petua yang mengatakan melakukan hubungan seks juga dapat membantu mempercepatkan proses bersalin.

Namun pada perkongsian kali ini anda akan dapat mengetahui jenis makanan dan minuman yang boleh membantu proses bersalin anda. Mesti ‘tak’ sabar untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai makanan dan minuman tersebut:

Makanan 

Makanan pedas

Dikatakan makanan pedas seperti kari atau tom yam dapat membantu membuatkan anda cepat bersalin. Ini kerana apabila anda makan makanan ia akan merangsang prostaglandins yang akan menyebabkan kontraksi pada dinding rahim. Namun, pastikan anda makan dalam jumlah yang terkawal dan elakkan makanan yang terlalu pedas.

Betik muda

Di dalam betik dipercayai mengandungi enzim yang dipanggil papain. Enzim ini berfungsi untuk merangsang kontraksi di dalam rahim. 

Nanas

Buah berwarna kuning ini mengandungi bromelain iaitu enzim aktif yang dikatakan boleh melembutkan serviks dan merangsang kontraksi untuk bersalin. Namun, jika anda mempunyai masalah rahim lemah sewaktu awal tempoh kehamilan, anda dilarang untuk mengambil nanas kerana ia boleh menyebabkan keguguran. 

Kurma

Umumnya ia dikenali sebagai sumber makanan yang dapat membekalkan tenaga. Selain dapat memudahkan proses bersalin, ia juga dikatakan dapat mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin serta dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Telur

Perkongsian pengalaman daripada individu yang pernah bersalin, mereka mengatakan memakan telur sebelum due date dapat membantu mempermudahkan proses bersalin. Mungkin anda boleh mencuba petua cepat bersalin ini. Tetapi pastikan telur yang anda makan itu masak sempurna kerana telur yang kurang masak adalah tidak elok untuk bayi dalam kandungan. Macam kelakar aje bunyinya, makan telur untuk bantu cepat bersalin, tetapi takda salahnya untuk mencuba, bukan?

Minuman

Teh jintan

Minuman ini dikatakan biasa digunakan bagi merawat masalah perut kembung atau sebarang masalah berkaitan sistem pencernaan. Namun ia juga boleh membantu mempercepatkan proses bersalin. Anda hanya perlu mengambil satu sudu jintan dan dimasukkan ke dalam air panas sebelum meminumnya. 

Kelapa muda

Ada petua yang mengatakan, apabila usia kandungan mula berganjak ke tujuh bulan, anda amat disarankan untuk memperbanyakkan meminum air kelapa. Ia dikatakan dapat memudahkan proses kelahiran. Selain itu, air kelapa muda juga boleh membantu menjaga kesihatan ibu dan juga janin jika diamalkan. 

Daun teh rasberi

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan teh ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kelahiran terlebih due date. Ia dipercayai dapat merangsang kontraksi dan melembutkan otot rahim.

Air zam-zam

Minuman dari tanah Arab ini dikatakan boleh membantu anda untuk cepat bersalin. Mungkin ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi tidak salah mencuba, bukan?

Cumin tea

Ada yang mengatakan minuman ini dapat membantu mempercepatkan proses bersalin. Malahan kalau ingin lebih berkesan, minuman teh ini boleh ditambah dengan kayu manis, jintan dan madu.

Minyak kelapa dara

Turut dikenali sebagai virgin coconut oil (VCO), bahan ini dikatakan dapat membantu proses bersalin. Ia juga merupakan bahan yang boleh melawan jangkitan. Ia boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Terdapat juga sesetengah individu yang menggunakannya sebagai minyak sapu pada bahagian perineum bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin.

Dapatkan kepastian

Senarai makanan dan minuman di atas bukanlah atas cadangan pakar perubatan. Jadi terdapat kemungkinan ia mungkin berkesan kepada individu lain tetapi tidak pada anda. Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba sebarang petua cepat bersalin, sebaiknya anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor bertauliah. 

Kaedah semula jadi lain

Jika anda takut untuk mencuba mengambil sebarang makanan atau minuman sebagai petua cepat bersalin, mungkin anda boleh melakukan beberapa kaedah semula jadi berikut yang dikatakan turut dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi anda. 

Berjalan kaki

Pastinya anda pernah mendengar petua daripada individu yang lebih berusia untuk memperbanyakkan berjalan. Anda boleh memilih sama ada berjalan kaki atau mungkin menaiki tangga.

Dikatakan tekanan graviti boleh membantu bayi untuk turun lebih jauh ke dalam saluran kelahiran dan mengembangkan serviks dengan tekanan mudah. Tip ini juga boleh dianggap sebagai senaman yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

Tetapi jangan memaksa diri untuk berjalan terlalu lama atau jauh dan elakkan dari menyebabkan diri menjadi terlalu penat, okay? 

Rendaman air hangat

Menunggu saat melahirkan pastinya boleh mendatangkan tekanan, jadi anda boleh mencuba tip mandian air hangat. Selain dapat membantu meredakan rasa tekanan, ia juga dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi. 

Mandi dan berendam dengan air hangat pastinya dapat memberikan kesegaran pada badan dan membuatkan badan lebih tenang. Jadi mungkin anda boleh mencubanya, bukan?

Melantun bola yoga

Beberapa sebelum anda dijangka melahirkan bayi, anda boleh bermain dengan bola yoga dengan melantunkan bola tersebut. Dikatakan pada ketika anda melantunkan bola, anda mungkin akan mengalami beberapa kontraksi. Dan sekiranya keadaan itu berlaku, itu sudah tentu boleh menjadi petunjuk bahawa anda hampir akan bersalin.

Akhir kata

Well, bagi penulis sebagai individu yang pernah melalui pengalaman bersalin, sebenarnya tidak ada salahnya mencuba beberapa perkara disenaraikan di atas sebagai petua cepat bersalin. Setiap petua yang anda lakukan, akan membantu mendekatkan diri anda sama ada untuk dapat bersalin secara normal atau caesarean.

Walau bagaimanapun, anda perlu melihat petua atau tip yang mana sesuai untuk anda lakukan bagi membantu mempercepatkan proses bersalin. Namun, jika segalanya sudah dicuba, tetapi masih tidak berjaya, C-Sec pastinya merupakan satu jalan terbaik buat anda dan bayi dalam kandungan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Oktober 2, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 24, 2019