Kanser Payudara Semasa Kehamilan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Walaupun kanser payudara semasa kehamilan adalah sesuatu yang jarang berlaku, namun, ia ada masanya ia tetap berlaku. Puncanya bukan kerana kehamilan, tetapi peningkatan tahap hormon mungkin mempercepatkan perkembangan kanser. Payudara anda, kebiasaannya akan menjadi lebih tebal ketika kehamilan, menyebabkan sukar untuk mengesan sebarang kelainan. Oleh kerana itu, pemeriksaan yang teliti terhadap payudara sepanjang tempoh kehamilan adalah penting.

Pemeriksaan doktor lebih kerap

Adalah amat disarankan kepada wanita hamil untuk melakukan pemeriksaan secara teratur semasa kehamilan, bukan sahaja untuk bayi tetapi juga untuk kesihatan anda sendiri. Selain mendapatkan pemeriksaan doktor untuk payudara, anda sendiri perlu melakukannya di rumah. Tanya doktor atau jururawat untuk memberikan arahan bagaimana untuk melakukannya. Jika terdapat ketulan atau benjolan yang mencurigakan pada payudara, anda perlu melakukan biopsi untuk menentukan apakah sebenarnya itu. Tisu sample dari benjolan itu akan dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk pakar dalam corak sel tidak normal melakukan analisis mencari sebarang sel kanser.

Tidak perlu menghentikan kehamilan

Kanser tidak akan membahayakan anak anda, tetapi rawatan kanser itu sendiri mempunyai kesan sampingan. Pembedahan dianggap rawatan paling selamat untuk kanser payudara semasa kehamilan. Jika anda sedang berada dalam trimester pertama atau kedua, doktor akan menasihati anda untuk mengeluarkan keseluruhan payudara anda. Sekiranya anda berada dalam trimester ketiga, doktor biasanya akan memilih untuk menyingkirkan benjolan yang mencurigakan. Semasa prosedur, doktor perlu mengeluarkan kelenjar limfa yang terlibat, jika ada. Kemoterapi perlu dilakukan pada trimester kedua untuk mengurangkan risiko membahayakan kepada bayi. Radiasi bukan satu pilihan kerana ia membahayakan bagi pembesaran janin. Kanser payudara pada tahap yang lebih tinggi memerlukan kedua-dua rawatan, pembedahan dan kemoterapi, yang akan meletakkan bayi pada risiko yang tinggi. Penyusuan adalah selamat melainkan anda sedang dalam rawatan kemoterapi. Adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan bayi anda.

Kewujudan risiko daripada rawatan yang mungkin menjejaskan anak anda, menentukan sama ada untuk mendapatkan rawatan semasa kehamilan atau tidak selalunya menjadi pilihan yang sukar bagi seorang ibu. Sebelum melakukan sebarang keputusan, berbincang dengan keluarga dan doktor, bandingkan kelebihan dan kekurangan sebaiknya dan lakukan apa yang anda rasa betul untuk diri anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara makan pil perancang

    5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    najis hijau

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan