backup og meta

Regangan dan Senaman Imbangan Untuk Penghidap Diabetes

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2019

    Regangan dan Senaman Imbangan Untuk Penghidap Diabetes

    Aktiviti regangan dan senaman memberikan orang ramai dengan pelbagai faedah, terutamanya kepada mereka yang menghidap diabetes. Walaubagaimanapun, sebelum melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal, anda disarankang untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda boleh mengetahui pelan senaman serta masa latihan yang paling sesuai untuk diri sendiri.

    Regangan

    Regangan membantu untuk melegakan tekanan, menawarkan minda yang positif dan badan yang sihat. Regangan juga membolehkan fleksibiliti serta mengurangkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan. Dan yang paling penting, regangan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah anda. Kebanyakan individu mendapati bahawa regangan selama 5 minit sebelum melakukan senaman seperti berjalan atau berenang membolehkan mereka untuk memanaskan badan dan lebih bersedia. Ada individu yang lebih suka melakukan regangan selepas senaman. Terdapat beberapa cadangan untuk aktiviti regangan, ini termasuklah:

    • Regangan asas
    • Regangan dinamik (seperti lutut tinggi atau tendangan belakang),
    • Yoga,
    • Pilates,
    • Tai Chi.

    Adalah penting untuk memastikan anda melakukan latihan regangan asas dengan betul. Regangan sepatutnya menjadikan anda berasa tenang serta tidak merasa sakit.

    Senaman Imbangan

    Mengambil bahagian dalam senaman keseimbangan membolehkan anda tetap stabil. Oleh itu, anda boleh mengurangkan kemungkinan untuk jatuh atau mengalami kecederaan dalam aktiviti-aktiviti lain. Ia sangat penting kepada orang tua kerana mereka memerlukan lebih banyak keseimbangan untuk digunakan dalam intensiti aktiviti fizikal mereka. Contoh senaman imbangan termasuklah:

    • Berjalan ke belakang atau ke sisi,
    • Berdiri dengan menggunakan satu kaki pada satu masa,
    • Berdiri dari kedudukan duduk,
    • Latihan kedua-dua bahagian bawah badan dan kekuatan otot teras juga membantu meningkatkan keseimbangan.

    Keselamatan Ketika Senaman

    Ambil perhatian:

    Berbincang dengan doktor untuk mengetahui senaman yang paling sesuai dan masa senaman untuk diri anda. Simpan butiran pengambilan karbohidrat, dos ubat, dan paras glukosa darah. Doktor boleh membantu mengesan peningkatan kesihatan anda.

  • Uji Glukosa Darah Anda:

    Sebelum melakukan apa-apa senaman, berhenti dan ambil ujian tahap gula dalam darah untuk memeriksa sama ada anda mempunyai keupayaan untuk bersenam atau tidak. Kerana ia pasti akan menurunkan tahap glukosa darah anda. Ia tidak selamat untuk bersenam bagi sesiapa dengan diabetes jenis 1 jika anda mempunyai keton dalam air kencing atau darah anda. Ini kerana ia boleh menyebabkan ancaman terhadap tubuh badan ke arah ketoacidosis diabetes (DKA) yang boleh mengancam nyawa.

  • Makan dengan betul:

    Tidak kira apa jenis aktiviti fizikal yang anda ambil, tubuh anda akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Oleh itu, mengimbangi makanan anda dengan karbohidrat, protein, dan lemak akan menjadi idea yang sangat baik sebelum melakukan sebarang latihan.

  • Kekal hidrat:

    Anda perlu terus minum banyak air walaupun anda telah selesai bersenam. Bukan sahaja dehidrasi akan membuat anda sakit, tetapi ia juga boleh meningkatkan kadar glukosa darah anda.

    NOTA: Walaupun selepas mengambil senaman berintensiti sederhana, anda masih perlu menyemak kadar glukosa darah anda dengan kerap. Bagi pesakit diabetes jenis 1, tahap glukosa darah masih lagi boleh menurun walaupun 48 jam setelah tamat senaman.

    Kesimpulannya, senaman adalah penting bagi mereka yang ingin mempunyai kesihatan yang lebih baik. Ia menurunkan tahap stres dan tahap gula darah anda. Sebenarnya, aktiviti fizikal sangat penting bagi mereka yang menghidap diabetes. Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan untuk penghidap diabetes ini untuk tidak mengabaikan aktiviti senaman aerobik lebih daripada dua hari berturut-turut

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan