ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Kebelakangan ini, telah tular di segenap media sosial tentang pokok lidah jin atau lidah mentua akan membawa pelbagai kebaikan jika ditanam dan disimpan di dalam rumah.

Tidak dinafikan, penyataan tersebut ada benarnya namun orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada.

Ini kerana ada dakwaan yang mengatakan bahawa tumbuhan ini sebenarnya beracun dan berbahaya.

Jadi, apakah kebenarannya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu pokok lidah jin?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita berkenalan dengan tumbuhan ini terlebih dahulu.

Pokok lidah mentua (Sansevieria trifasciata) adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam genus Dracena dan mempunyai lebih daripada 70 jenis spesies.

Fizikalnya sangat mudah dikenali dengan daun yang berbentuk panjang, bermuncung tirus dan bercorak pedang.

pokok lidah mentua

Tanaman ini sangat mudah ditanam dan disimpan di dalam rumah ekoran memiliki sifat yang tahan lasak.

Kebiasaannya, ia digunakan sebagai tanaman hiasan dalaman (indoor plant) namun kegunaan perubatan pokok lidah jin ini juga adalah sangat menakjubkan!

Apa manfaat pokok lidah jin?

Bukan sekadar perhiasan, tumbuhan ini juga sering kali digunakan untuk perubatan tradisional ekoran manfaat yang wujud di dalam daunnya seperti yang kami nyatakan di atas.

Buat anda yang belum tahu, daun pokok lidah mentua ini kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol yang boleh membantu merawat penyakit seperti:

Menurut kajian pusat penyelidikan tempatan, tumbuhan ini dipercayai mampu menjadi kolagen yang bagus untuk kesihatan kulit selain boleh membantu merawat masalah keguguran rambut.

Disebabkan itu, orang ramai mula memburu dan mencari tumbuhan ini lebih-lebih lagi selepas Public Health Malaysia mengeluarkan kenyataan tentangnya di dalam laman Facebook rasmi mereka.

pokok lidah jin

Orang ramai menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah kerana percaya ia menghasilkan oksigen selain boleh membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara.

Namun kajian The National Aeronautics and Space Administration (NASA) menyatakan ia tidak tepat.

Ini kerana tumbuhan ini hanya akan berkesan menapis udara jika ia diletakkan di dalam ruangan tertutup.

Jika mahu meletakkan ia di dalam rumah atau pejabat, anda memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pokok lidah mentua untuk menapis udara secara berkesan!

Benarkah pokok lidah mentua beracun?

Setiap perkara yang wujud di dunia ini pasti akan ada pro dan kontranya, begitu juga dengan tumbuhan ini.

Pokok lidah jin ini memang dipercayai boleh mendatangkan beberapa manfaat sebagai perhiasan dan perubatan.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia juga membawa mudarat yang kalian mungkin tidak pernah sangka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara menerusi laman Facebook rasmi mereka, pokok lidah jin sebenarnya beracun dan berbahaya!

Ini kerana ia mengandungi bahan aktif saponin yang boleh mengakibatkan gejala-gejala ringan kepada manusia terutamanya kanak-kanak seperti cirit-birit, muntah-muntah dan ruam.

Bukan itu sahaja, tumbuhan ini turut menyebabkan gejala yang lebih teruk terhadap haiwan peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan anjing.

Mereka berkemungkinan mengalami gejala berat seperti kurang selera makan, lesu, cirit-birit, muntah-muntah serta pengeluaran air liur berlebihan.

pokok lidah jin

Jika kalian menyangka bahawa kalian sekeluarga akan selamat selagi tidak termakan tumbuhan ini, anda salah.

Ketahuilah bahawa saponin juga boleh menyebabkan kalian keracunan jika terdedah dengan sentuhan sahaja.

Awas jika ada tanaman ini di rumah!

Kami tidak kata yang kalian langsung tidak boleh menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah untuk tujuan perhiasan atau perubatan.

Akan tetapi, kami menyarankan anda untuk lebih berwaspada dengannya kerana memang benar ia boleh menjadi punca keracunan saponin.

Kesimpulannya, ia mungkin kurang mendatangkan bahaya kepada golongan dewasa namun sila perhatikan 2 golongan yang lebih mudah terdedah iaitu:

Ini kerana mereka mungkin kurang arif mengenai bahaya pokok lidah mentua lantas meningkatkan risiko termakan mahupun tersentuh.

Akhir kata, sila elak dari menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah untuk memastikan anda dan keluarga selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

Kenapa Anda Perlu Meletakkan Pokok Di Meja Kerja?

Ada sesetengah individu yang gemar meletakkan pokok di meja kerja, tetapi ada kebaikan ke berbuat demikian atau sekadar penghias meja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 14/01/2020 . 4 minit bacaan

Berhenti Panaskan Nasi Di Rumah, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Makanan – KKM

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, panaskan semula nasi boleh sebabkan keracunan makanan. Ikuti artikel untuk tahu lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 31/12/2019 . 4 minit bacaan

Alam Semula Jadi Bawa Manfaat Kesihatan Kepada Manusia

Tekanan boleh mendatangkan masalah kepada tahap kesihatan. Tetapi adakah anda percaya bahawa alam semula jadi boleh memberikan manfaat kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 27/12/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan

7 Makanan Eksotik Yang Sebenarnya Boleh Membunuh Anda! No #4 Ramai Suka Makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan
9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 minit bacaan