backup og meta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Darah

Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group


Disemak pada 01/08/2023

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Darah

    Anda tahu jenis darah A, B, AB dan O. Tetapi tahukah anda bagaimana sel darah manusia terhasil dan apakah fungsinya dalam badan? Baca selanjutnya untuk jawapan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

    Apakah itu sel darah manusia?

    Darah ialah cecair yang mengekalkan kehidupan yang beredar di dalam:

  • Jantung
  • Arteri
  • Vena
  • Kapilari
  • Apakah fungsi sel darah merah?

    Darah membawa perkara berikut kepada tisu badan:

    • Nutrisi
    • Elektrolit
    • Hormon
    • Vitamin
    • Antibodi
    • Haba
    • Oksigen

    darah manusia

    Darah membawa perkara berikut keluar dari tisu badan:

  • Bahan buangan
  • Karbon dioksida
  • Apakah Komponen darah manusia?

    Komponen darah dalam badan ialah:

    Plasma, di mana sel-sel darah terkandung, termasuk berikut:

    • Sel darah merah (eritrosit)–membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.
    • Sel darah putih (leukosit)–membantu melawan jangkitan dan membantu proses imun. Jenis-jenis sel darah putih termasuklah:
      • Limfosit
      • Monosit
      • Esinofil
      • Basofil
      • Neutrofil (granulosit)
    • Platelet (trombosit)–membantu mengawal pendarahan.
    • Buih lemak
    • Bahan-bahan kimia termasuklah:
  • Gas-gas termasuklah:
    • Oksigen
    • Karbon dioksida
    • Nitrogen
  • Sel darah merah dihasilkan daripada apa?

    Sel darah dihasilkan di dalam sumsum tulang.

    Sumsum tulang adalah sejenis bahan lembut seperti span di tengah-tengah bahagian tulang yang menghasilkan sekitar 95% sel darah di dalam badan.

    Kebanyakan sumsum tulang orang dewasa berada di tulang pinggul, tulang dada dan tulang belakang.

    Terdapat organ dan sistem lain di dalam badan kita yang membantu mengawal sel-sel darah.

    Noda limfa, limpa dan hati membantu mengawal penghasilan, penghancuran dan pembezaan (membentuk fungsi khusus) sel-sel terbabit.

    Penghasilan dan perkembangan sel-sel baru ialah satu proses yang dinamakan hematopoiesis.

    Sel-sel darah yang dihasilkan di dalam sumsum tulang bermula sebagai sel induk (stem cell). Sel induk (atau sel hematopoietic) adalah fasa pertama bagi semua sel darah.

    Apabila sel induk telah matang, beberapa sel khusus terbentuk seperti sel darah berat, sel darah putih dan platelet. Sel-sel darah yang belum matang juga digelar sebagai blasts.

    Sesetengah blasts kekal di dalam sumsum tulang untuk menjadi matang dan sebahagiannya ke bahagian badan yang lain untuk berkembang menjadi sel yang matang dan berfungsi.

    Baca juga:

    Apakah fungsi sel-sel darah manusia?

    Fungsi utama sel darah merah, atau eritrosit, ialah untuk membawa oksigen dan karbon dioksida.

    Hemoglobin adalah protein yang penting di dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke semua bahagian badan kita.

    Fungsi utama sel darah putih, leukosit, pula ialah melawan jangkitan.

    Terdapat beberapa jenis sel darah merah dan setiap darinya memainkan peranan dalam melawan bakteria, virus, fungus dan jangkitan parasit.

    Jenis-jenis sel darah putih yang paling penting dalam membantu badan melawan jangkitan dan sel asing termasuk berikut:

    • Neutrofil
    • Eosinofil
    • Limfosit
    • Monosit
    • Granulosit

    Sel darah putih:

    Membantu memulihkan luka bukan hanya dengan melawan jangkitan tetapi dengan memakan benda seperti sel mati, serpihan tisu dan sel darah merah lama.

    Merupakan perisai kita dari benda asing yang memasuki saluran darah seperti alergen.

    Terlibat dalam melindungi badan dari sel yang termutasi seperti kanser.

    Fungsi utama platelet atau trombosit ialahpembekuan darah. Platelet adalah lebih kecil berbanding sel darah yang lain.

    Ia berkumpul dan membentuk gumpalan atau penyumbat di dalam lubang saluran darah untuk menghentikan pendarahan.

    Apakah kiraan darah lengkap (CBC)? 

    Kiraan darah lengkap ialah bacaan saiz, bilangan dan kematangan sel-sel darah berbeza di dalam isipadu darah yang khusus.

    darah manusia

    Kiraan darah lengkap boleh digunakan untuk menentukan banyak ketidaknormalan pada penghasilan atau penghancuran sel darah.

    Perbezaan pada bilangan, saiz atau kematangan normal sel darah manusia boleh digunakan untuk mengesan jangkitan atau penyakit.

    Kebiasaannya bilangan sel darah putih akan meningkan semasa jangkitan. Banyak jenis kanser boleh menjejaskan penghasilan sel darah oleh sumsum tulang.

    Pertambahan bilangan sel darah putih tidak matang di dalam kiraan darah lengkap boleh terkait dengan leukemia.

    Anemia dan penyakit sel sabit (sickle cell disease) akan mengalami bilangan hemoglobin yang rendah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Morteza Tafakory

    Fisioterapi · Hello Health Group


    Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan