Muda-muda Lagi Rambut Dah Nipis. Agak-agak Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 15/04/2020

Pernahkah ketika anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, anda melihat banyak helaian rambut gugur di tapak tangan anda? Semakin banyak anda menggosok kepala anda, maka semakin banyak helaian rambut yang gugur.

Kemudiannya, anda berasa risau dan resah jika anda akan mengalami kebotakan pada usia yang muda. Pasti berasa malu jika orang di sekeliling bertanya mengapa rambut anda telah tiada walaupun baru berumur 25 tahun.

Kami pasti, anda juga tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan mereka ini. Baca penerangan ringkas di bawah mengapa anda mudah mengalami rambut gugur walaupun pada usia yang sangat muda. 

Lebih cepat rambut gugur berbanding generasi sebelumnya

rambut gugur

Stres, jenis diet dan rawatan rambut antara sebab mengapa generasi muda mudah mengalami keguguran rambut pada usia muda. Berdasarkan kajian, penduduk yang berumur 20an di China akan mengalami kebotakan lebih cepat berbanding generasi sebelum mereka.

Data tersebut adalah berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap 4,000 orang pelajar di Tsinghua University, Beijing. 60% daripada peserta tinjauan tersebut melaporkan bahawa mereka mengalami kehilangan jumlah rambut yang signifikan.

Manakala 25% yang lain pula menyatakan bahawa mereka tidak menyedari sedang mengalami kehilangan rambut sehinggalah diberitahu oleh rakan dan ahli keluarga.

Para penyelidik juga melaporkan bahawa pelajar yang lebih cenderung untuk mengalami rambut gugur adalah mereka daripada jurusan sains, matematik dan kejuruteraan automotif. Emm, jurusan yang mungkin menyebabkan sedikit tekanan kepada penuntutnya.

Faktor-faktor penyebab rambut gugur

rambut gugur

Walaupun kebotakan lebih banyak dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia, kini lebih ramai golongan yang lebih muda mengalami rambut gugur pada usia yang sangat muda.

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan lelaki dan wanita. Antaranya ialah perubahan hormon, penyakit autoimun, penyakit tiroid, stres dan gaya pemakanan.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa pengurangan pengambilan protein yang sangat banyak selain kekurangan zink, vitamin D dan jenis nutrien lain juga boleh menjejaskan pertumbuhan rambut. 

Bagaimana stres boleh menyebabkan rambut gugur?

Kebiasaannya, rambut akan tumbuh, berhenti tumbuh dan kemudiannya gugur. Kitaran ini disebut sebagai fasa anagen, catagen, telogen dan exogen. Fasa anagen (pertumbuhan) berlaku antara 2 hingga 6 tahun.

Selepas fasa pertumbuhan, rambut anda akan mengalami fasa catagen yang pendek dalam masa beberapa hari apabila folikel anda mengecut sedikit.

Kemudiannya, rambut anda akan melalui fasa telogen dimana rambut anda kekal stabil. Akhir sekali, fasa exogen akan hadir dimana rambut anda akan mulai gugur.

Proses ini adalah satu proses yang berterusan dan adalah normal bagi seseorang untuk mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari

Untuk pengetahuan anda, stres boleh menjejaskan kitar hayat pertumbuhan rambut anda. Dr. Doris Day menyatakan bahawa stres merupakan faktor yang signifikan yang menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan golongan yang lebih muda.

Menurut Dr. Doris, stres boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dengan cara menggugurkan rambut pramatang daripada fasa pertumbuhan. Fasa yang terganggu ini boleh menyebabkan peningkatan jumlah helaian rambut yang gugur dalam sehari. 

Orang muda mengalami stres yang lebih tinggi

rambut gugur

Persatuan Psikologi Amerika melaporkan bahawa terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara umur dan stres.

Mereka juga menemui bahawa golongan yang lebih muda ini dilaporkan memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding generasi yang lebih berusia.

Mereka juga dilihat mempunyai sedikit kesukaran dalam mengatasi sebarang masalah dengan lebih berkesan. 

Kesimpulan

Memandangkan penulis masib berada dalam kategori ‘orang muda’, mungkin selepas ini, penulis akan cuba untuk lebih relaks dalam rutin harian agar rambut penulis tidak mudah gugur.

Penulis akan cuba untuk melakukan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang boleh memberikan kegembiraan pada diri. Risau juga sekiranya rakan-rakan asyik bertanya kemanakah rambut penulis menghilang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan? Tidak mengapa, terdapat 7 cara mengatasi kegelisahan yang anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 16/04/2020

Stres Akibat PKP, Anak Bini Jadi Mangsa! Sila Ambil Peduli

Tempoh PKP sememangnya menyebabkan stres. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh melempiaskan tekanan kepada anak dan isteri sehingga berlaku kes penderaan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

punca stres

Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 27/05/2020
cara mengatasi tekanan perasaan

7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/05/2020
meroyan selepas bersalin

Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/05/2020
ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/05/2020