backup og meta

Empunya Jenis Darah O Adalah Ekstrovert! Bagaimana Personaliti Jenis Darah Lain?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    Empunya Jenis Darah O Adalah Ekstrovert! Bagaimana Personaliti Jenis Darah Lain?

    Kajian jenis darah dan personaliti dari Jepun mencadangkan bahawa kumpulan darah mungkin mempunyai kaitan dengan personaliti anda.

    Pada masa kini, bukan hanya Jepun menjalankan kajian mengenai fenomena ini.

    Sains menyimpulkan bahawa jenis darah dan personaliti anda adalah berkaitan sama juga dengan kesihatan anda dan kemungkinan anda mendapat penyakit tertentu.

    Di Jepun, di mana semuanya bermula, mereka percaya bahawa ciri-ciri biologi anda benar-benar boleh mencerminkan keupayaan kerja anda dan berapa cepat anda boleh menyesuaikan diri ke dalam sesuatu pekerjaan berbanding orang lain.

    jenis darah dan personaliti

    Majikan menggunakan kumpulan darah sebagai pangkalan data yang boleh mereka susun dan menilai pekerja mereka.

    Satu lagi contoh penggunaan jenis darah dan personaliti dalam kehidupan sebenar adalah oleh  ejen penjodoh cinta yang menggunakan jenis darah untuk mengatur pasangan yang bersesuaian.

    Kaitan jenis darah dan personaliti

    Terdapat 4 jenis darah, A, B, AB, dan O.

    Setiap daripada mereka mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan keperibadian seseorang, menunjukkan kemungkinan keserasian seseorang dengan yang lain dan ciri-ciri yang dimiliki seseorang.

    A

    Jenis A biasanya mementingkan kesempurnaan.

    Mereka cenderung untuk mempunyai permintaan yang sangat tinggi terhadap diri mereka sendiri dan orang lain.

    Mereka sentiasa kelihatan tenang di luar tetapi sebenarnya sangat berani dan tegas di dalam.

    Mereka mungkin pemalu tetapi boleh dipercayai, sensitif dan berseni.

    Walau bagaimanapun, ramai orang jenis darah A biasanya menahan perasaan mereka sehingga mereka meletup.

    Bakat mereka menjadikan mereka pemimpin yang hebat tetapi mereka boleh menjadi tertekan, yang tidak baik untuk sistem mental dan fizikal mereka.

    Contoh terkenal: George H W. Bush, Adolf Hitler, Britney Spears, Richard Nixon

    jenis darah dan personaliti

    B

    Kumpulan darah B merupakan individu yang sangat tegas.

    Mereka berfikir dengan teliti dan bercita-cita tinggi pada masa yang sama.

    Mereka sangat bertegas selepas memutuskan sesuatu dan akan meneruskannya sehingga kesemua tugas mereka selesai.

    Mereka berdiri dengan sendiri dan biasanya dapat mengemudi hidup dengan baik.

    Orang-orang ini biasanya sangat empati.

    Mereka boleh memahami orang lain tetapi kebanyakannya teragak-agak untuk menyelesaikan masalah.

    Contoh terkenal: Leonardo DiCaprio, Paul McCartney, Luciano Pavarotti, Mia Farrow, Vince Young.

    Jenis darah dan personaliti AB

    Hasil daripada campuran A dan B, golongan ini mungkin mempunyai personaliti campuran.

    Mereka boleh jadi mudah mesra dan malu, berani dan takut.

    Mereka boleh dipercayai dan suka menguruskan dan membantu orang lain.

    Kumpulan darah AB hanya merupakan 2 hingga 5 peratus daripada keseluruhan populasi.

    Walaupun mereka boleh bertanggungjawab terhadap sebarang amanah, terlalu banyak tanggungjawab membuatkan mereka berasa tegang dan tertekan seperti jenis darah A.

    Contoh terkenal: John F. Kennedy, Thomas Edison, Marilyn Monroe, Miyavi, Jackie Chan, Mick Jagger, Bob Sapp.

    jenis darah dan personaliti

    O

    Kumpulan darah O adalah satu khazanah dalam bidang perubatan dan juga kepada keadaan sosial. Orang yang mempunyai jenis darah O sangat mesra.

    Mereka adalah ekstrovert yang suka menjadi pusat perhatian.

    Mereka gemar dikelilingi orang, bersosial dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

    Mereka biasanya berada dalam barisan kepimpinan kerana mereka boleh menjadi sangat intuitif, berdikari dan tinggi daya tumpuan.

    Selain itu, mereka boleh menangani lebih tekanan berbanding kumpulan darah lain dan juga mempunyai sistem imun yang lebih kuat.

    Contoh terkenal: Queen Elizabeth II, Elvis Presley, Ronald Reagan, Al Capone, Gerald Ford, John Gotti, John Lennon, Paul Newman.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan