backup og meta

5 Aktiviti Penghidap Asma Harus Elakkan

5 Aktiviti Penghidap Asma Harus Elakkan

Asma adalah keradangan paru-paru kronik yang membuat saluran pernafasan bengkak dan sempit. Penghidap asma biasanya perlu berurusan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan harian mereka daripada keluar dengan rakan-rakan untuk berkelah hinggalah kepada penyertaan dalam permainan fizikal. Di sini terdapat 5 aktiviti yang perlu dijauhkan pesakit asma.

Bersenam

Dalam kebanyakan aktiviti harian kita, kita menggunakan hidung untuk bernafas. Sewaktu udara melalui saluran hidung, ia akan dipanaskan dan dilembapkan. Walau bagaimanapun, bagi senaman yang memerlukan pernafasan melalui mulut seperti bola sepak, udara sejuk dan kering yang akan disedut. Saluran pernafasan pesakit asma adalah sangat sensitif kepada kelembapan dan suhu, perubahan secara tiba-tiba akan menyebabkan pengecutan saluran udara dan mencetuskan simptom asma. Penghidap asma boleh menyertai semua jenis sukan dengan pengambilan ubat pada waktu yang betul untuk mengurangkan risiko serangan asma atas nasihat doktor

Merokok

Merokok, secara umum, bukanlah hobi yang baik untuk sesiapa pun, dan untuk penghidap asma, merokok adalah sangat toksik. Asap rokok mengandungi pelbagai bahan-bahan kimia dan gas berbahaya. Asap ini benar-benar boleh merengsa paru-paru. Penyelidik juga mencari hubungan antara merokok semasa mengandung dan asma bayi.

Membela haiwan peliharaan

Haiwan sememangnya comel dan memeluk mereka sangat menenangkan. Walaupun kelihatan comel dan tidak berbahaya, haiwan peliharaan dengan kulit, bulu, air liur dan sisa mereka berada dalam senarai pencetus asma. Cuba untuk menjauhkan diri daripada hubungan secara langsung dengan haiwan untuk mengurangkan risiko anda.

Taman dalam rumah

Kita semua tahu bahawa pokok menghasilkan oksigen dan menyegarkan udara, jadi memiliki tumbuh-tumbuhan di dalam rumah seperti pilihan yang munasabah. Tidak sebenarnya. Sesetengah pesakit asma alah kepada debunga dari bunga. Apabila debunga disedut ia boleh menyebabkan serangan asma yang serius. Tambahan pula, kebanyakan orang tidak mempunyai masa untuk benar-benar menjaga tumbuh-tumbuhan mereka, mereka mungkin terlebih menyiram air, membiarkan tumbuhan jauh dari cahaya matahari langsung atau jarang membuang daun mati. Ini akan menyebabkan pembentukan kulat, yang semestinya tidak baik untuk kesihatan orang lain.

Beremosi

Menangis, menjerit, marah, takut atau kebimbangan boleh mencetuskan serangan asma kerana emosi yang melampau ini membuat jantung anda berdegup lebih cepat, nafas anda lebih pendek dan saluran pernafasan anda mengecut. Bukan sahaja menangis dan menjerit, ketawa terlalu keras boleh menyebabkan tindak balas yang sama.

Kesimpulannya, asma hanyalah keadaan kesihatan di mana anda lebih sensitif kepada faktor persekitaran berbanding orang lain. Anda hanya perlu menjadi lebih sedar tentang badan anda, memastikan semua simptom dijaga, ambil ubat yang ditetapkan dan berfikiran positif. Asma tidak akan menghalang anda daripada pergi ke luar, berseronok dengan rakan-rakan anda atau menjalani hidup dengan sebaiknya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How To Prevent Asthma Attack:10 Things You Should Avoid To Prevent Asthma Attacks http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/10-asthma-triggers-you-should-avoid/ acessed March 26, 2017

Asthma Causes and Triggers http://www.webmd.com/asthma/guide/asthma-triggers#1 acessed March 26, 2017

Exercise and Asthma http://www.webmd.com/asthma/guide/exercising-asthma#1 acessed March 26, 2017

Versi Terbaru

05/10/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

MENGEJUTKAN! Ribut Petir Pun Boleh Cetuskan Serangan Asma? Ini Pandangan Saintis

Ada Masalah Asma Tapi Tak Tahu Kronik Ke Tidak? Ini Cara Diagnosis Asma Tahap Kronik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan