Hubungan Seks Ketika Haid Boleh Hamil? Jangan Terkejut Semak 3 Risiko BAHAYA Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020

Melakukan seks ketika haid pastinya 1 perkara yang janggal dilakukan. Tetapi jika tidak tahan untuk bersetubuh semasa period, ada risiko untuk mengandung ke?

Seks ketika haid

Boleh ke seks sewaktu pendarahan? Sudah tentu bagi kebanyakan wanita akan berasa geli dan kotor. Namun pasangan anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.

Ya, bersetubuh semasa period di dalam Islam adalah haram. Pastinya agama lain juga tidak mengalakkan perbuatan ini kerana ia meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin.

Tetapi bagaimana pula dari sudut sains, adakah hubungan seks yang dilakukan saat datang bulan boleh menyebabkan kehamilan?

Pastinya ramai yang akan menganggap melakukan seks ketika haid tidak akan membuatkan seseorang wanita itu hamil. Tetapi adakah ia sahih atau sekadar kepercayaan mitos semata-mata?

Seks ketika haid berisiko hamil?

Hakikatnya, persetubuhan yang dilakukan sewaktu pendarahan haid tetap membolehkan anda berdepan kemungkinan untuk mengandung.

Ini kerana peratusan untuk anda hamil dikatakan rendah sewaktu period dan bukannya 0%. Jadi ini bermakna ada kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku walaupun jarang.

bersetubuh semasa period

Bukan ke haid maksudnya tiada ovum untuk disenyawakan?

Individu wanita mungkin hamil ketika pertengahan kitaran haid, iaitu ketika ovari melepaskan telur dalam proses ovulasi atau tempoh subur. Telur ini akan bergerak ke rahim untuk disenyawakan sperma.

Kitaran haid adalah hari pertama kedatangan haid dan hari pertama untuk haid seterusnya. Secara purata, kitaran haid adalah 28 hari.

Tempoh ovulasi pula berlaku antara hari ke 7 hingga 19 selepas pendarahan haid berakhir. Telur hanya mampu bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi. Tanpa sel sperma dalam tempoh ini, kehamilan tidak akan berlaku.

Individu dengan kitaran haid 28 hari, tidak akan mengalami ovulasi sehingga seminggu selepas period berakhir, jadi risiko untuk hamil ketika haid biasanya sukar untuk berlaku.

3 risiko hamil semasa period

Walau bagaimanapun, terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan wujudnya risiko untuk seseorang wanita itu hamil apabila bersetubuh semasa period, iaitu:

  • Tempoh kepanjangan kitaran haid
  • Perbezaan masa ovulasi berbeza setiap bulan
  • Tempoh sperma bertahan di dalam badan wanita

Kitaran haid normal jika mengalami period setiap 24 hingga 38 hari, ini bermakna tempoh kitaran adalah berbeza. 

Individu dengan kitaran haid singkat boleh mengalami ovulasi hampir dengan tempoh haid, berbanding mereka dengan kitaran haid yang lama. Atas faktor itu, sukar untuk menentukan bila masa yang tepat seseorang itu mengalami ovulasi.

1 kehebatan tentang sperma, ia boleh bertahan dan hidup di dalam badan wanita untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Ini bermakna risiko kehamilan tetap wujud walaupun hubungan seks dilakukan 5 hari sebelum ovulasi.

Ada penyelidik berpendapat bahawa persetubuhan yang dilakukan sebelum ovulasi adalah sama peluangnya untuk hamil seperti melakukan seks ketika haid secara berulang-kali sepanjang tempoh kitaran haid.

Ini bermakna anda boleh mengalami kehamilan walaupun period tetapi ia jarang untuk berlaku.

Kebarangkalian hamil selepas seks ketika haid

risiko-kehamilan-melakukan-seks-ketika-haid

Peratusan seorang wanita untuk hamil boleh naik dan turun ketika kitaran ovulasi. Walaupun kitaran haid biasa 28 hari, tapi mungkin ada individu mengalami kitaran antara 20 hingga 40 hari, atau lebih lama. 

Kebarangkalian untuk hamil selepas 1 atau 2 hari period hampir tiada. Tetapi kemungkinan itu akan meningkat dari hari ke hari, walaupun masih haid.

Kebiasaannya pada hari ke-13 selepas haid, peluang untuk hamil dianggarkan sekitar 9%. Walaupun peratusan itu rendah, tetapi seseorang wanita itu tidak boleh yakin 100% bahawa dia tidak akan hamil jika bersetubuh ketika period.

Langkah berjaga-jaga

Sekiranya anda sedang cuba untuk hamil, bersetubuh sewaktu kedatangan period mungkin tidak meninggikan peluang untuk anda hamil, melainkan kitaran haid anda kurang daripada 28 hari. Namun kemungkinan itu tetap ada.

Manakala jika anda tidak menginginkan sebarang kehamilan buat masa ini, perlindungan seks adalah penting walaupun anda melakukan seks ketika haid. Jadi penggunaan alat kontraseptif seperti kondom atau pil pencegah kehamilan, pastinya antara pilihan yang baik.

Walau bagaimanapun, pengambilan pil pencegah kehamilan tidak akan memberikan perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin seperti herpes, gonorrhea atau klamidia. 

Jadi untuk mengelakkan sebarang jangkitan berkaitan penyakit kelamin, penting untuk anda pastikan pasangan memakai kondom sebelum berjimak semasa haid.

Pilihan individu

Walaupun bagi sesetengah individu, seks yang dilakukan ketika period sesuatu yang pelik dan janggal, namun ia terpulang kepada diri masing-masing.

Sekiranya anda beragama Islam, sentiasa ingat bahawa hukum melakukan perbuatan tersebut adalah haram. Bahkan anda berdepan risiko untuk dijangkiti penyakit kelamin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

    Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

    Terdapat pelbagai jenis kontraksi yang boleh dirasai oleh ibu hamil. Bagi mereka yang baru pertama kali hamil, pasti anda tertanya-tanya, sakit ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

    Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rasa orgasma jika main masa mengandung? Sila klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    hamil

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    pilih jantina anak

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/05/2020