Melakukan seks ketika haid pastinya 1 perkara yang janggal dilakukan. Tetapi jika anda masih mahu bersama ketika sedang haid, ada risiko untuk mengandung ke?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Seks ketika haid
Boleh ke bersama ketika haid? Sudah tentu bagi kebanyakan wanita akan berasa geli dan kotor. Namun pasangan anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.
Ya, bersetubuh ketika haid di dalam Islam adalah haram. Pastinya agama lain juga tidak mengalakkan perbuatan ini kerana ia meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin.
Tetapi bagaimana pula dari sudut sains, adakah hubungan seks yang dilakukan saat datang bulan boleh menyebabkan kehamilan?
Pastinya ramai yang akan menganggap melakukan seks ketika period tidak akan membuatkan seseorang wanita itu hamil. Tetapi adakah ia sahih atau sekadar kepercayaan mitos semata-mata?
Seks ketika haid berisiko hamil?
Adakah seks ketika haid boleh hamil?
Hakikatnya, persetubuhan yang dilakukan sewaktu pendarahan haid tetap membolehkan anda berdepan kemungkinan untuk mengandung.
Ini kerana peratusan untuk anda hamil dikatakan rendah sewaktu period dan bukannya 0%. Jadi ini bermakna ada kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku walaupun jarang.
Bukan ke haid maksudnya tiada ovum untuk disenyawakan?
Individu wanita mungkin hamil ketika pertengahan kitaran haid, iaitu ketika ovari melepaskan telur dalam proses ovulasi atau tempoh subur. Telur ini akan bergerak ke rahim untuk disenyawakan sperma.
Kitaran haid adalah hari pertama kedatangan haid dan hari pertama untuk haid seterusnya. Secara purata, kitaran haid adalah 28 hari.
Tempoh ovulasi pula berlaku antara hari ke 7 hingga 19 selepas pendarahan haid berakhir. Telur hanya mampu bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi. Tanpa sel sperma dalam tempoh ini, kehamilan tidak akan berlaku.
Individu dengan kitaran haid 28 hari, tidak akan mengalami ovulasi sehingga seminggu selepas period berakhir, jadi risiko untuk hamil ketika haid biasanya sukar untuk berlaku.
3 risiko hamil semasa period
Walau bagaimanapun, terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan wujudnya risiko untuk seseorang wanita itu hamil apabila bersetubuh semasa haid, iaitu:
- Tempoh kepanjangan kitaran haid
- Perbezaan masa ovulasi berbeza setiap bulan
- Tempoh sperma bertahan di dalam badan wanita
Kitaran haid normal jika mengalami period setiap 24 hingga 38 hari, ini bermakna tempoh kitaran adalah berbeza.
Individu dengan kitaran haid singkat boleh mengalami ovulasi hampir dengan tempoh haid, berbanding mereka dengan kitaran haid yang lama. Atas faktor itu, sukar untuk menentukan bila masa yang tepat seseorang itu mengalami ovulasi.
1 kehebatan tentang sperma, ia boleh bertahan dan hidup di dalam badan wanita untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Ini bermakna risiko kehamilan tetap wujud walaupun hubungan intim dilakukan 5 hari sebelum ovulasi.
Ada penyelidik berpendapat bahawa persetubuhan yang dilakukan sebelum ovulasi adalah sama peluangnya untuk hamil seperti melakukan seks ketika haid secara berulang-kali sepanjang tempoh kitaran haid.
Ini bermakna anda boleh mengalami kehamilan walaupun haid tetapi ia jarang untuk berlaku.
Kebarangkalian hamil selepas seks ketika haid
Peratusan seorang wanita untuk hamil boleh naik dan turun ketika kitaran ovulasi. Walaupun kitaran haid biasa 28 hari, tapi mungkin ada individu mengalami kitaran antara 20 hingga 40 hari, atau lebih lama.
Kebarangkalian untuk hamil selepas 1 atau 2 hari haid hampir tiada. Tetapi kemungkinan itu akan meningkat dari hari ke hari, walaupun masih haid.
Kebiasaannya pada hari ke-13 selepas haid, peluang untuk hamil dianggarkan sekitar 9%. Walaupun peratusan itu rendah, tetapi seseorang wanita itu tidak boleh yakin 100% bahawa dia tidak akan hamil jika bersetubuh ketika haid.
Langkah berjaga-jaga
Sekiranya anda sedang cuba untuk hamil, bersama ketika haid hari pertama mungkin tidak meninggikan peluang untuk anda hamil, melainkan kitaran haid anda kurang daripada 28 hari. Namun kemungkinan itu tetap ada.
Manakala jika anda tidak menginginkan sebarang kehamilan buat masa ini, perlindungan seks adalah penting walaupun anda melakukan seks ketika haid.
Jadi penggunaan alat kontraseptif seperti kondom atau pil pencegah kehamilan, pastinya antara pilihan yang baik.
Walau bagaimanapun, pengambilan pil pencegah kehamilan tidak akan memberikan perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin seperti herpes, gonorrhea atau klamidia.
Jadi untuk mengelakkan sebarang jangkitan berkaitan penyakit kelamin, penting untuk anda pastikan pasangan memakai kondom sebelum berjimak semasa haid.
Kesimpulan
Sekiranya anda beragama Islam, sentiasa ingat bahawa hukum melakukan perbuatan tersebut adalah haram. Bahkan anda berdepan risiko untuk dijangkiti penyakit kelamin!
[embed-health-tool-ovulation]