Alzheimer dalam Kalangan Warga Tua, Apa yang Anda Perlu Tahu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penyakit Alzheimer adalah kehilangan fungsi otak yang signifikan (yang di panggil sebagai demensia), yang mana perlahan-lahan memusnahkan ingatan, kemahiran berfikir dan juga keupayaan untuk menjalankan tugasan yang mudah. Ia beransur-ansur dari tahap ringan, ketika ia baru mula mempengaruhi fungsi seseorang, ke tahap yang parah, ketika seseorang perlu bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk penjagaan asas. Buat masa ini, ia tidak boleh disembuhkan.

Penyebab penyakit Alzheimer

Walaupun tiada punca penyakit Alzheimer yang diketahui, umur dianggap faktor risiko terbesar untuk penyakit ini. Kebanyakan orang yang menghidap penyakit Alzheimer adalah berusia 65 tahun atau lebih tua, dan risiko meningkat dengan usia. Orang yang berumur 85 tahun ke atas amat berisiko terhadap penyakit Alzheimer. Sementara itu, orang muda dalam lingkungan usia 30-an, 40-an, dan 50-an mungkin mendapat penyakit Alzheimer tetapi kurang biasa. Oleh itu, penyakit Alzheimer bukanlah sebahagian daripada penuaan biasa.

Simptom awal penyakit Alzheimer

Simptom yang paling biasa di awal Alzheimer adalah gangguan kemerosotan ingatan semasa. Ini tidak sama dengan memori jangka pendek, yang merupakan keupayaan untuk mengingati sesuatu dengan cukup lama untuk menyimpannya bagi ingatan jangka panjang. Sebaliknya, individu dengan Alzheimer biasanya tidak mempunyai masalah dengan ingatan jangka panjang.

Simptom awal penyakit Alzheimer mungkin termasuk:

  • Pelupa/kealpaan
  • Kehilangan tumpuan
  • Masalah bahasa
  • Kekeliruan tentang masa dan tempat
  • Gangguan penghakiman
  • Kehilangan wawasan
  • Koordinasi dan pergerakan terjejas
  • Perubahan mood dan tingkah laku
  • Apatti dan kemurungan

Rawatan penyakit Alzheimer

Tiada ubat untuk penyakit Alzheimer tetapi terdapat cara untuk merawatnya. Terapi ubat bertujuan untuk melambatkan perkembangan penyakit dan merawat simptom yang dikaitkan dengan penyakit ini. Faedah daripada ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer biasanya kecil. Terdapat juga cara bebas-perubatan untuk merawat penyakit, seperti terapi muzik atau terapi memori.

Pesakit dan keluarganya perlu berbincang dengan doktor jika terapi ubat dapat membantu meningkatkan tingkah laku atau kebolehan berfungsi. Mereka juga perlu membincangkan sama ada ubat-ubatan harus ditetapkan awal dalam perkembangan penyakit atau dilewatkan.

Ubat berikut biasanya ditetapkan untuk rawatan penyakit Alzheimer:

  • Donepezil (Aricept, generik)
  • Rivastigmine (Exelon, generik)
  • Galantamine (Razadyne, generik)
  • Memantine (Namenda)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut