Teh Hijau Rendahkan Risiko Strok Dan Sakit Jantung, Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/01/2020

Selain kopi dan teh hitam, teh hijau juga merupakan minuman yang lazim diambil oleh individu di seluruh dunia. Ia juga dianggap sebagai minuman tersihat memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis nutrien dan antioksida yang dapat mengurangkan kesan buruk molekul radikal bebas di dalam badan.

Kajian yang telah dijalankan di China melibatkan 100,902 subjek menunjukkan pengambilan minuman teh secara berkala dapat menurunkan risiko strok dan sakit jantung sebanyak 25%. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Jangka hayat peminum teh hijau meningkat

Mereka yang kerap minum teh, secara puratanya, hidup 1.26 tahun lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. Definisi peminum teh kerap telah ditetapkan sebagai mereka yang mengambil minuman tersebut dengan kekerapan 3 kali atau lebih dalam masa seminggu. 

Walau bagaimanapun, menurut kajian tersebut, kesan itu hanya dialami oleh mereka yang mengambil teh hijau. Ini berikutan 8% daripada jumlah 100,902 subjek mengambil teh hitam dan mereka tidak mengalami sebarang kesan kesihatan positif yang signifikan. 

Selain daripada hidup lebih lama, mereka yang minum teh hijau juga mengalami masalah jantung 1.4 tahun lebih lambat daripada mereka yang tidak mengambil minuman tersebut.

Ia menunjukkan kualiti hidup subjek yang mengambil minuman teh hijau meningkat. Namun tanpa penjagaan pemakanan dan faktor-faktor yang berkaitan, individu tersebut masih berisiko untuk mendapat penyakit jantung, 

Menurut pakar, dapatan kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Pencegahan Kardiologi Eropah (EJPC) itu masih tidak kuat untuk menggalakkan orang ramai menukar pilihan minuman pagi kepada teh hijau. 

Perkara penting yang perlu ditekankan adalah pengamalan gaya hidup sihat bagi menghindarkan penyakit kronik. Teh hijau boleh bertindak sebagai suplemen sahaja dalam memastikan tahap kesihatan anda berada pada paras yang optimum. 

Teh hijau mengandungi kompaun bioaktif yang menyihatkan

Minuman teh hijau mengandungi pelbagai jenis kompaun dan molekul antioksidan seperti polifenol dan catechin (EGCG). Ia mempunyai peranan yang penting dalam mengurangkan kadar penghasilan molekul radikal bebas yang sering dikaitkan dengan proses penuaan dan penyakit kronik yang lain.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Malaysia telah menunjukkan potensi EGCG dalam merawat penyakit kardiovaskular dan penyakit metabolik. 

Namun, pilih produk teh hijau yang berkualiti tinggi kerana kajian yang dijalankan pada tahun 2004 oleh Universiti Zhejiang menunjukkan produk teh hijau berkualiti rendah mengandungi paras fluorida yang tinggi. 

Teh hijau tingkatkan fungsi otak

minuman teh hijau

Sekiranya anda hamil, anda perlu berhati-hati dalam mengambil minuman teh hijau. Ini berikutan teh hijau mengandungi bahan perangsang, kafein

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), pengambilan minuman berkafein melebihi 200 mg sehari boleh memberikan kemudaratan kepada janin. Jumlah tersebut bersamaan dengan 2 cawan kecil kopi.

Oleh sebab kandungan kafein di dalam teh hijau tidak setinggi kopi, pastikan anda mengambil minuman tersebut tidak melebihi 2 cawan kecil sebagai langkah berjaga-jaga. 

Jika diambil pada jumlah yang disarankan, minuman berkafein boleh menghalang pengeluaran penghalang neurotransmiter yang dikenali sebagai adenosin. Ini akan meningkatkan kepekatan neurotransmiter lain seperti dopamin dan adrenalin yang boleh menambah keupayaan memori, mood dan menjadikan seseorang itu berjaga-jaga.

Teh hijau juga kaya dengan sejenis asid amino yang dikenali sebagai L-theanine. Molekul ini berupaya untuk merentasi penghalang otak-darah menyebabkan kesan positif kepada otak, terutamanya jika ia digandingkan bersama dengan kafein.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2008 oleh Institut Kajian Psikiatri di Amerika Syarikat. Gandingan kedua-duanya memberikan fungsi kognitif yang lebih tinggi berbanding dengan plasebo atau penggunaan kafein dan L-theanine secara berasingan.

Pernah tak anda minum kopi dan tiba-tiba berasa resah? Mesti anda risau nak minum teh hijau sebab takut berasa resah, kan? Jangan risau! Minuman teh hijau tidak menyebabkan kesan sampingan tersebut berikutan L-theanine juga mempunyai sifat antiresah. 

Banyak individu melaporkan bahawa pengambilan teh hijau membuatkan mereka lebih produktif dan mempunyai kadar tenaga yang tinggi berbanding dengan pengambilan kopi.

Teh hijau bantu bakar lemak badan

Jika anda mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, cuba minum teh hijau. Jika anda belek mana-mana produk suplemen pembakar lemak di kedai-kedai suplemen, anda akan dapati teh hijau merupakan salah satu daripada bahan yang terkandung di dalamnya.

Pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan teh hijau dalam meningkatkan kadar pembakaran lemak:

  • Pada tahun 1999, kajian oleh Universiti Geneva telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau boleh meningkatkan kadar penggunaan tenaga setinggi 4%
  • Kajian pada tahun 2007 di Belanda telah menunjukkan bahawa selain daripada capsaicin (molekul yang terkandung di dalam cili), teh hijau juga berkesan dalam menggalakkan pembakaran lemak 
  • Pada tahun 2008, kajian oleh Universiti Birmingham telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak setinggi 17%

Peningkatan pada kadar pembakaran lemak ini berpunca daripada kafein yang terkandung di dalam teh hijau. Jika digunakan pada kadar yang betul, kafein juga boleh meningkatkan prestasi fizikal individu.

Minuman teh hijau boleh merendahkan risiko jangkitan

Kajian pada tahun 2013 telah menunjukkan bahawa EGCG yang terkandung di dalam teh hijau mampu merendahkan risiko jangkitan mikroorganisma. Ia menunjukkan sifat antiviral dan berupaya untuk menghalang kitaran replikasi DNA pada virus Hepatitis B, virus Herpes dan Virus Adeno. 

Kesan tersebut tidak terbatas pada virus sahaja. Teh hijau juga boleh membantutkan aktiviti Streptococcus mutans yang boleh menyebabkan masalah kaviti dan gigi reput. 

Kajian yang dijalankan di Institut Sains Pergigian di India telah menunjukkan bahawa teh hijau mampu untuk mengurangkan keradangan, proses resorpsi tulang dan membantutkan aktiviti bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan mulut.

Konklusi

Minuman teh hijau mempunyai pelbagai jenis kebaikan kesihatan yang seharusnya dimanfaatkan oleh setiap individu. Pengambilannya, jika digandingkan dengan pengamalan gaya hidup sihat meningkatkan kebarangkalian seseorang individu itu untuk mencapai kelanjutan usia. 

Jika anda ingin kekal sihat, cuba ambil teh hijau dan nikmatilah perubahan tahap kesihatan yang lebih baik. Ambil pada jumlah yang disarankan dan alami perubahan ketara dari sudut kesihatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Demam adalah simptom paling lazim dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh virus novel korona. Apa bezanya dengan demam yang dialami ketika selesema biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/02/2020

    3 Pantang Larang Ibu Mengandung Yang Terbukti Oleh Sains, Ini Baru Boleh Percaya!

    Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang ibu mengandung tanpa mengetahui sebabnya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Hati-Hati! Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

    Baru-baru ini, wabak influenza telah melanda bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China yang telah menyebabkan 44 kes influenza. Adakah Malaysia turut terkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    kopi 3 in 1

    Anda Penggemar Kopi Segera? Baca Ini Dulu Sebelum Sediakan Minuman Berbuka Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/04/2020

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    7-makanan-menjejaskan-kualiti-tidur

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/04/2020

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Timbul Jika Anda Tidak Sunat, Lebih Baik Berkhatan Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/03/2020