Berdiet sudah, bersenam pun dah buat, macam-macam cara sudah dilakukan, tapi perut masih tetap buncit, macam mana ni? Pastinya masalah perut buncit ini menjadi antara isu yang sering bermain di fikiran.
Adakah ke cara untuk mengatasi masalah ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Atasi masalah perut buncit dengan probiotik
Bagi yang berdepan dengan masalah perut buncit ini, terdapat satu kajian yang menyarankan pengambilan probiotik boleh membantu mengurangkan berat badan. Dikatakan mikroorganisma hidup yang terdapat dalam probiotik boleh membantu meningkatkan ‘bakteria baik dalam usus.
Keadaan ini sekali gus membawa kepada pengurangan berat badan yang lebih baik.
Kajian melibatkan 54 individu kanak-kanak berusia antara 6 hingga 14 tahun dengan masalah obesiti ini dilakukan oleh penyelidik daripada Fuzhou Children’s Hospital di China.
Dalam kajian ini, setiap kanak-kanak diberikan suplemen, senaman dan pelan diet pemakanan.
Daripada 54 individu kanak-kanak terlibat dalam kajian yang berjalan selama 12 minggu ini; 30 individu dipilih secara rawak untuk mengambil pil probiotik, dan baki 24 individu dalam kumpulan plasebo.
Berat badan berkurang
Menurut Ketua Penyelidikan Profesor Rui-Min Chen, kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini turut dianalisis dari aspek ukuran berat badan dan kesihatan metabolik mereka.
Keputusan menunjukkan mereka yang mengambil pil probiotik kehilangan berat lebih tinggi berbanding tidak mengambilnya.
Lebih menarik lagi, kanak-kanak dalam kumpulan probiotik juga mempunyai tahap kesihatan metabolik lebih baik. Ia diukur melalui tahap gula dalam darah dan rintangan protein.
Keadaan ini dapat membantu kanak-kanak mengurangkan risiko masalah berkaitan obesiti seperti diabetes jenis dua dan penyakit berkaitan jantung.
Profesor Chen menjelaskan lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini.
Ini kerana kajian yang dilakukan setakat ini adalah melibatkan kumpulan kecil dan terhad kepada kawasan Fujian. Pasukan saintis ini merancang untuk melakukan ujian dengan lebih meluas bagi menganalisis bagaimana probiotik dapat berfungsi untuk mengubah usus.
Baca juga: