Menopaus Matikan Keinginan Seksual Wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan

Keinginan dan kepuasan seksual adalah berbeza bagi setiap wanita. Tetapi adakah menopaus yang berlaku boleh memberikan kesan sampingan dalam hubungan seksual? Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

Apa itu menopaus?

Ia adalah satu keadaan melibatkan kitaran menstrual wanita yang hampir berakhir dan badan akan beransur-ansur berhenti menghasilkan estrogen dan progesteron. Ini sekali gus menyebabkan wanita sudah tidak boleh lagi hamil. Nama lain bagi menopaus adalah putus haid. 

Sebelum sampai ke fasa menopaus, wanita akan melalui tempoh yang dipanggil perimenopause, proses yang memakan masa, yang biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga bertahun-tahun, bergantung kepada sifat badan seseorang wanita. Dalam sesetengah kes yang luar biasa, perimenopause boleh berlangsung sehingga 10 tahun sebelum wanita mencapai menopaus.

Adakah menopaus boleh memberikan kesan kepada keinginan seksual wanita?

Kesan dalam hubungan seksual

Kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati, secara purata, wanita yang mengalami menopaus akan mengalami kadar disfungsi seksual yang lebih tinggi berbanding wanita yang dalam fasa perimenopause. 

Berikut adalah antara kesan sampingan menopaus yang melibatkan hubungan intim:

  1. Mengurangkan nafsu

Menurut North American Menopause Society (NAMS), sama ada wanita atau lelaki, kedua-duanya akan mengalami kemerosotan dalam keinginan seksual selaras dengan peningkatan usia. 

Walau bagaimanapun, bagi individu wanita, kehilangan keinginan ini adalah dua hingga tiga kali ganda untuk berlaku. Ia disebabkan oleh perubahan tahap hormon estrogen dalam badan wanita. 

  1. Faraj kering

Perubahan tahap estrogen juga memainkan peranan dalam penurunan pelincir semula jadi menopaus faraj. Dan kekeringan ini boleh menyebabkan hubungan seks menjadi sesuatu yang menyakitkan atau paling tidak, menyebabkan rasa tidak selesa. 

  1. Keseronokan berkurangan

Pada sesetengah wanita, kekeringan faraj boleh mempunyai kaitan dengan pengurangan aliran darah kepada klitoris dan bahagian bawah faraj. Keadaan ini sekali gus menyebabkan sukar untuk mencapai orgasma. Sudah tentu ia boleh menyebabkan keinginan seksual berkurangan.

  1. Penetrasi menyakitkan

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh faraj yang kering serta penipisan tisu di sekitar faraj. Situasi ini sudah tentu menyebabkan ketidakselesaan semasa hubungan intim. 

  1. Emosi terganggu

Sesungguhnya mental merupakan bahagian yang memainkan peranan penting dalam keinginan seksual dan keghairahan. Mengalami menopaus boleh menyebabkan mental akan mengalami tekanan dan menjejaskan emosi. 

Akhir kata

Mengalami menopaus bukan bermakna anda tidak boleh melakukan hubungan seks atau kehidupan seksual anda terhenti di situ. Anda dan pasangan boleh berbincang untuk mengatasi masalah ini. Mungkin anda boleh mencuba posisi seks yang berbeza yang boleh memberikan keselesaan ketika hubungan intim dilakukan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Guna Kondom, Baru Enjoy Masa Beraksi

    Kondom adalah cara untuk mencegah kehamilan. Tetapi kalau salah pakai, ia tidak berkesan. Haa...ini cara pakai kondom yang patut anda tahu. Jangan tersilap!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    seks semasa menopaus

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan kelamin

    Ingatkan Seks Hanya Bagi Manfaat, Rupanya Ada Kesan Sampingan Juga! No 4 Tu Kena Hati-hati!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/06/2020 . 3 minit bacaan
    pelincir-seks-ketika-bersetubuh

    Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seksual

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan