backup og meta

Jangan Main Letak Aje Berus Gigi Merata-Rata, Ketahui Cara Penjagaan Yang Betul Di Sini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/06/2020

    Jangan Main Letak Aje Berus Gigi Merata-Rata, Ketahui Cara Penjagaan Yang Betul Di Sini!

    Berus gigi adalah aspek penting dalam penjagaan kesihatan oral kepada setiap individu tanpa mengira usia. Jadi apakah cara penjagaan berus gigi yang perlu anda lakukan?

    Penjagaan berus gigi

    Setiap orang perlu memberus gigi dua kali sehari bagi menjaga kesihatan oral.

    Kita harus memberus gigi sekurang-kurangnya selama tiga minit selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Selain itu, pemilihan berus gigi yang sesuai dengan gigi anda juga penting untuk menjaga kesihatan oral.

    Di sini, terdapat beberapa petua yang perlu anda tahu semasa membeli berus gigi yang baharu dan cara-cara menjaga berus gigi.

    Pemilihan berus gigi yang bersesuaian

    Ramai orang beranggapan bahawa menggunakan berus gigi yang keras boleh membantu membuang plak dari permukaan gigi. Sebenarnya, berus gigi yang lembut adalah lebih baik untuk penjagaan gigi anda.

    Anda tidak perlu memberus gigi dengan terlalu kuat kerana cara memberus gigi adalah lebih kepada teknik berbanding kekuatan. Bukan itu sahaja, gusi dan enamel juga akan rosak sekiranya memberus gigi dengan terlalu kuat.

    kesihatan oral

    Terpulang kepada anda untuk memilih menggunakan berus gigi elektronik atau yang biasa.

    Walau bagaimanapun, banyak kajian yang menjumpai bahawaberus gigi elektronik memberikan keputusan yang lebih baik. Malahan penggunaan berus gigi elektrik dapat membantu membersihkan permukaan gigi dengan lebih efektif.

    Anda harus sentiasa memilih berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anda.

    Bagi kanak-kanak, haruslah memilih berus gigi yang bersaiz kecil, manakala saiz yang besar adalah amat bersesuaian untuk individu dewasa.

    Cara memberus gigi

    Anda harus memberus gigi sekurang-kurangnya tiga minit. Ini adalah kerana anda perlu membersihkan keseluruhan permukaan gigi anda. Permukaan dalam, permukaan luar, permukaan mengunyah, dan jangan lupa untuk memberus lidah anda juga.

    Bagi cara memberus gigi bagi anak yang berusia bawah 2 tahun, ibu bapa dinasihatkan untuk berdiri atau berada di bahagian belakang kanak-kanak.

    Bantu untuk mendongakkan kepala anak ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

    Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa menyelia atau membantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.

    Penjagaan berus gigi: waktu sesuai menukar berus

    Kita selalunya tahu bilakah kita harus tukar berus gigi kita.

    Kebiasaannya, berus gigi harus ditukar selepas tiga ke empat bulan digunakan. Jangan tunggu sehingga ia menjadi terlalu usang dan tidak boleh membersihkan gigi anda dengan sempurna.

    Sebaiknya, tukarlah berus gigi anda apabila:

    penjagaan berus gigi

    Penjagaan kebersihan

    Cara penyimpanan berus gigi tidak semudah yang orang ramai fikirkan kerana berus tersebut boleh mengandungi berjuta-juta bakteria.

    Pastikan anda menyimpannya di tempat yang ia boleh kering dengan mudah dan cepat. Anda juga harus elakkan daripada meletakkan kesemua berus dalam satu bekas kerana kuman boleh berpindah dengan mudah.

    Kebanyakan kita menyimpan berus ini di dalam bilik air yang merupakan tempat penuh dengan bakteria. Maka, jangan letak berus gigi anda berdekatan sinki atau tandas kerana bakteria daripada situ boleh berpindah melalui udara dan sampai ke berus gigi anda.

    Anda juga dinasihatkan agar menutup penutup mangkuk tandas sebelum mengepam air.

    Pilih mengikut kesesuaian

    Semoga tip yang dikongsikan di atas anda membantu anda untuk memahami tentang pemilihan dan cara penjagaan berus gigi yang sesuai dengan anda dan keluarga.

    Jika terdapat sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai berus gigi, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor gigi bagi mendapatkan maklumat lanjut, nasihat dan bimbingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan