Plak terbentuk lebih cepat sewaktu kita tidur kerana terdapat kurang pengeluaran air liur. Jadi, sekalipun anda memberus gigi sebelum tidur, masih banyak lagi yang akan ada pada waktu pagi.
Memberus sebelum bersahur akan membantu menghilangkan plak ini. Bermakna bahawa gula daripada makanan yang baru anda ambil tidak dapat dimanfaatkan bakteria daripada plak, untuk membentuk asid yang menyerang dan memusnahkan enamel gigi anda.
Jika anda menunggu sehingga selepas anda makan untuk memberus gigi bererti anda membenarkan gula bercampur dengan semua plak yang terkumpul sepanjang malam, mencipta asid yang akan memakan enamel gigi anda selepas sekurang-kurangnya 20 minit selepas makan.
Perubahan paras asid di dalam mulut anda
Makanan tinggi gula dan asid sewaktu bersahur, contohnya jus oren dan bijirin manis, boleh mengubah tahap pH dalam mulut anda yang melemahkan enamel gigi.
Memberus sejurus selepas makan boleh mengakibatkan anda mengikis enamel lembut atau lemah membolehkan asid pergi lebih jauh ke dalam gigi.
Juga, ubat gigi yang anda gunakan semasa memberus akan memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap serangan asid ini jika anda telah menmberus sebelum bersahur. Tetapi jika anda menunggu sehingga selepas itu, asid akan terbentuk sepenuhnya dan gigi berada pada tahap paling lemah.
Jadi, mana yang lebih baik?
Sebab yang paling biasa untuk memberus gigi anda selepas sarapan adalah untuk mengeluarkan makanan dan rasa makanan yang dimakan baru-baru ini. Sedangkan menurut pakar, hanya membilas mulut anda dengan air selepas makan boleh mengeluarkan sebarang sisa makanan yang mungkin menyebabkan masalah. Bahkan jika anda mempunyai masa, anda boleh memanfaatkannya dengan floss.
Jika rasa makanan yang menganggu anda, bilas sahaja dengan sedikit pencuci mulut dan bukannya air.
Jika anda masih memilih untuk memberus gigi selepas makan, tidak ada masalah asalkan anda masih memberus gigi dua kali sehari, dengan ubat gigi yang berkesan.
Walau bagaimanapun, anda sangat disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan supaya tahap pH dalam mulut kembali normal dan gigi anda dipulihkan secukupnya untuk menghadapi berusan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen