backup og meta

“Jauh Sangat Dengan Tuhan, Sebab Tu Banyak Masalah”- Jangan Katakan Ini Pada Orang Depresi

“Jauh Sangat Dengan Tuhan, Sebab Tu Banyak Masalah”- Jangan Katakan Ini Pada Orang Depresi

“Mudah sangat koyak”, “Alah, masalah kecik je pun. Tu pun nak tekanan bagai”, “Sikit-sikit nak tekanan, pastu jadi gila” . Biasa dengar ungkapan seperti ini? Atau anda merupakan salah seorang individu yang sering mengungkapkannya terhadap individu lain yang mengadu sedang mengalami tekanan hidup? 

Kata-kata tersebut timbul daripada sikap mudah menghakimi orang lain dan tidak mengganggap masalah yang dialami sebagai sesuatu yang serius.

Sikap memerli dan merendah-rendahkan individu yang sedang bermasalah menjadi antara pemicu untuk kita mengatakan ungkapan tidak membina seperti berikut. 

Apa itu depresi atau tekanan hidup?

Tahukah anda, setiap 40 saat akan terdapat seorang individu yang kehilangan nyawanya akibat bunuh diri? Kebanyakan kes bunuh diri ini berpunca daripada depresi atau kemurungan. Kadangkala, ungkapan kata seperti di atas akan membuatkan keadaan semakin teruk, yang pada akhirnya meragut nyawa.

Depresi atau kemurungan adalah satu keadaan kesihatan yang menyebabkan perasaan sedih melampau dan perasaan kehilangan minat terhadap sesuatu perkara.

Ia memberi kesan secara negatif terhadap bagaimana seseorang itu rasa, fikir atau bertindak dan boleh menyebabkan pelbagai masalah fizikal atau mental.

Ia turut mengurangkan kemampuan seseorang individu itu sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Perkara yang tidak patut disebut kepada individu depresi/ tekanan hidup 

kemurungan kerana tidak subur

Jika anda berhadapan dengan individu yang mengalami depresi, elakkan daripada mengucapkan kata-kata di bawah:

  • “Sentiasalah positif”

Anda perlu memahami bahawa kesemua perkara yang kelihatan positif pada anda akan menjadi tidak masuk akal pada individu yang sedang mengalami kemurungan.

Malah perkara yang kelihatan mengarut pada anda, mungkin itu yang akan dilakukan oleh mereka yang sedang mengalami masalah. Tambahan pula, anda sendiri juga mungkin tidak tahu apakah cara yang perlu dilakukan untuk kekal positif. 

  • “Janganlah fikir macam tu”

Kata-kata ini seperti menidakkan kebenaran mengenai apa yang mereka fikirkan. Pada anda, ia mungkin salah, tetapi tindakan mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang salah, tidak akan membuatkan mereka berfikir dengan rasional.

Mereka mungkin tidak bersependapat dengan idea dan pemikiran anda. Ia seolah-olah menegur bahawa mereka melakukan kesalahan disebabkan berfikir dengan cara yang sedemikian.

  • “Kenapa nak rasa murung bagai”

Ini merupakan antara kesilapan kata-kata yang perlu anda elakkan. Mengapa? Kerana mereka yang kemurungan ini juga tidak mengetahui mengapa mereka menjadi murung.

Ia seolah-olah bertanyakan soalan kepada seseorang yang sememangnya tiada jawapan untuk diberikan. Mereka juga tidak mengetahui bagaimana untuk keluar daripada permasalahan yang sedang dialami.

  • “Buatlah sesuatu untuk buatkan kau rasa lebih baik”

Mengalami Kemurungan

Pada kebiasaannya, mereka yang sedang mengalami masalah atau kemurungan akan hilang minat untuk melakukan banyak perkara.

Mereka tidak minat untuk diganggu, letih, tiada tenaga dan hanya mahu melakukan sesuatu yang boleh melupakan masalah mereka seperti tidur.

Mereka berkemungkinan akan berasa lebih tertekan jika anda sering menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu. 

  • “Orang lain pun ada masalah yang lagi berat daripada kau. Bersyukurlah sikit”

Mudahnya berkata-kata seperti itu. Tapi, tidak semudah menanggung beban masalah yang tidak kelihatan pada mata kasar.

Di saat mereka sedang mengalami masa yang beremosi, perbandingan seperti ini hanya akan membuat mereka berasa malu seolah-olah kita mempertikaikan keupayaan mereka dalam menghadapi masalah. Perasaan kecil hati yang dirasakan oleh mereka hanya akan membuatkan mereka bertindak menjauhi kita.

  • “Cuba lebih kuat lagi”

Bagaimana anda tahu sama ada seseorang itu telah berusaha bersungguh-sungguh atau tidak menguruskan masalah yang dialami? Ia tidak mudah untuk diukur.

Jika pada anda usaha tersebut tidak cukup kuat, namun mungkin pada individu lain, ianya telah berada pada tahap tertinggi had kemampuan mereka.

Perlu diingat bahawa kemampuan setiap individu adalah berbeza, dan ia sangat tidak adil untuk membandingkan kemampuan anda dengan orang lain.

Ungkapan kata-kata seperti ini hanya akan membuatkan individu yang mengalami kemurungan berasa lebih mudah untuk berputus asa dan tidak meletakkan sebarang harapan yang positif.

  • “Cerialah sikit”

Ini mungkin dianggap sebagai cara yang selamat untuk menggembirakan mereka yang sedang mengalami kemurungan. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh memaksa otak mereka untuk menghasilkan lebih banyak serotonin untuk menjadikan mereka kembali gembira.

kata-kata ini benar-benar berkesan, sudah tentu ramai individu yang mengalami kemurungan akan kembali ceria dengan mudah.

Kesimpulannya, cara kita melihat dunia adalah berbeza bagi setiap individu. Ramai yang meraikan perbezaan pendapat jika terdapat pertelagahan dalam sesuatu situasi, tetapi tidak ramai yang mampu memberikan sokongan kepada mereka yang sedang mengalami kemurungan.

Kita dengan mudah cenderung untuk menyatakan kesimpulan awal kepada mereka yang bermasalah bahawa mereka tidak cukup kuat, lemah atau tidak bersifat positif. Sikap ini jelas menunjukkan bahawa kita kurang memiliki sifat empati dalam memahami apatah lagi membantu mereka yang memerlukan sokongan mental ini.

Oleh itu, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang memerli atau merendahkan individu lain kerana setiap daripada kita mempunyai kemampuan dan keunikan yang berbeza. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.psychiatry.org/patients-families/depression/what-is-depression

https://medium.com/thrive-global/10-things-not-to-say-to-a-depressed-person-1d771e9265f7

https://www.verywellmind.com/worst-things-to-say-to-someone-who-is-depressed-1066982

https://www.thehealthy.com/mental-health/depression/things-to-never-say-to-someone-with-depression/

Versi Terbaru

20/01/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

Ibu Alami Kemurungan Selepas Bersalin, Bolehkah Terus Menyusukan Bayi?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/01/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan