Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/02/2020

Mesti ramai tertanya-tanya, perlu ke lelaki mengambil asid folik dan zink dalam persiapan untuk mendapatkan cahaya mata? Betul ke suplemen tersebut boleh meningkatkan tahap kesuburan lelaki? Kepentingan mengambil suplemen tersebut bagi wanita, secara umumnya, diketahui ramai bagi mengurangkan insiden kecacatan tiub saraf pada bayi. 

Namun, populasi umum kurang didedahkan dengan kepentingan bagi kaum lelaki mengambil nutrisi mikro yang sama. Perlu ke? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut. 

Asid folik dan tahap kesuburan lelaki

Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kualiti sperma bagi lelaki tua. Keadaan ini bersesuaian dengan dapatan kajian pada tahun 2012 oleh Thomas et al yang menunjukkan pemberian nutrisi mikro tambahan kepada golongan berusia 44 tahun ke bawah tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dari sudut kesuburan lelaki.

Dalam kajian tersebut, lelaki yang diberikan nutrisi mikro tambahan mempunyai penurunan kadar kerosakan DNA pada sperma sebanyak 20%. Dapatan ini selari dengan hasil kajian pada tahun 2012 yang melibatkan 108 lelaki subur dan 103 lelaki yang kurang subur.

Dalam kajian tersebut, peningkatan kualiti sperma merupakan kesan positif yang dialami oleh subjek setelah mengambil suplemen asid folik 5mg dan/atau zink 66 mg sehari selama 26 minggu. Jumlah sperma meningkat setinggi 74% dan ia mempunyai trend kenaikan yang sama pada subjek yang subur. 

Pemberian asid folik pada kadar 700mcg sehari dapat memelihara kualiti sperma bagi menghindari masalah berkaitan kromosom yang boleh menyebabkan kecacatan kongenital seperti sindrom Down.

Asid folik merupakan komponen vitamin B yang bertanggungjawab dalam menghasilkan dan memelihara integriti sel baru terutamanya pada saat pembahagian sel. Ia adalah komponen penting dalam penghasilan DNA dan sel darah merah. Pengambilannya oleh lelaki dianggap mempunyai kebaikan kumulatif bersama dengan pengambilan asid folik oleh wanita bagi menghindarkan kecacatan tiub saraf.

Sumber makanan yang mempunyai nutrisi mikro ini termasuklah sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, makanan bijirin diperkuat dan roti. Nutrisi mikro ini bukan sahaja penting bagi kesuburan malah untuk kesihatan secara menyeluruh.

Ia boleh melindungi jantung dan sistem kardiovaskular di samping merendahkan risiko untuk mendapat kanser seperti pankreas, esofagus dan kolorektal.  

Zink dan tahap kesuburan lelaki

kesuburan

Nutrisi mikro zink merupakan elemen mikro yang banyak terdapat dalam tubuh badan manusia. Ia boleh didapati daripada sumber makanan seperti kekacang, makanan laut, makanan bijirin diperkuat, daging, ikan dan bahan tenusu. 

Ia merupakan salah satu daripada elemen nutrisi mikro yang penting memandangkan tanpanya, golongan lelaki berisiko untuk mempunyai sperma berkualiti rendah dan masalah ketidaksuburan.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira ⅓ lelaki di seluruh dunia mengalami masalah kekurangan zink. Ini merupakan satu masalah yang perlu dititikberatkan berikutan ia bukan sahaja penting untuk tahap kesuburan malah bagi memastikan fungsi fisiologikal badan berada pada tahap yang optimum.

Penghasilan DNA, proses tumbesaran, pembahagian sel dan ekspresi gen. Itu antara contoh proses biologikal yang memerlukan zink bagi memastikan kualiti penghasilan sel berada pada tahap optimum. Ia juga bertanggungjawab dalam memperkuatkan sistem pertahanan badan, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu proses penulangan (ossification).

Walaupun masalah kekurangan zink merupakan masalah yang jarang dialami oleh individu, namun ia boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai mutasi genetik, anak yang menyusu daripada ibu yang mengalami masalah kekurangan zink dan individu yang mengambil minuman beralkohol secara berlebihan.

Mereka yang kekurangan zink akan mengalami simptom seperti ruam, cirit birit kronik, proses penyembuhan luka terganggu, keguguran rambut dan masalah berkaitan tingkah laku.

Sebenarnya…

Pelbagai jenis kajian telah membuktikan bahawa gabungan nutrisi mikro zink dan asid folik dapat memberikan kesan positif terhadap tahap kesuburan lelaki. Namun, kajian yang telah diterbitkan di laman Jurnal Rangkaian JAMA pada awal Januari 2020 telah menunjukkan dapatan yang sebaliknya.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh pengkaji dari Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat melibatkan 2,380 lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan. Subjek berusia di antara 18 hingga 45 tahun. Sebahagian daripada mereka diberikan suplemen asid folik 5mg dan zink 30mg. Selebihnya menerima pil yang tidak memberikan apa-apa kebaikan fisiologi digelar plasebo.

Sampel air mani mereka dianalisis sebanyak 4 kali, pada permulaan kajian dan dalam tempoh 2,4 dan 6 bulan kajian. Antara perkara yang diperiksa adalah jumlah sperma, pergerakannya, kualiti dan pemecahan DNA. Secara amnya, mereka yang mempunyai jumlah kerosakan DNA yang tinggi cenderung untuk mengalami masalah ketidaksuburan.

Dapatan kajian direkodkan melalui kadar kehamilan yang berlaku dalam kalangan pasangan subjek selama tempoh 18 bulan. Secara keseluruhannya, 820 orang subjek mempunyai pasangan yang hamil dalam tempoh tersebut. Namun, apa yang menghairankan adalah tiada perbezaan di antara kedua kumpulan tersebut malahan terdapat peningkatan (lebih tinggi daripada plasebo) pemecahan DNA pada kumpulan yang mengambil suplemen tersebut.

Perlu dikaji semula

Kajian semula perlu dibuat berikutan dapatan yang bercanggah dengan kebanyakan kajian termasuklah kajian metaanalisis yang pernah diterbitkan pada tahun 2017 di laman Jurnal Urologi.

Kini, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dan suplemen yang dijual bagi membantu meningkatkan keupayaan lelaki yang mengalami masalah kesuburan dalam usaha mereka mendapatkan cahaya mata. Produk tersebut kebanyakannya mengandungi zink dan asid folik yang menjadi teras kepada fungsi pemulihan masalah ketidaksuburan tersebut.

Jika suplemen tersebut tidak memberikan impak signifikan terhadap tahap kesuburan lelaki, ia perlu diperjelaskan agar fungsinya tidak disalahertikan. Jangan salah faham! Zink dan asid folik, kedua-duanya penting untuk proses fisiologi normal di dalam badan namun peranannya dalam mempertingkatkan kualiti sperma lelaki masih menjadi persoalan buat para ahli akademik.

Kajian lanjut perlu dibuat bagi memahami fungsi, peranan dan hubungan di antara suplemen dan tahap kesuburan lelaki.

Konklusi

Buat masa sekarang, saranan utama adalah supaya wanita yang merancang untuk hamil mengambil asid folik bagi mengelakkan kecacatan kongenital. Dapatan berkenaan dengan kesan asid folik dan zink buat lelaki perlu dikaji semula bagi melihat keberkesanan elemen tersebut dalam menyebabkan kehamilan. Jika anda merupakan lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bongkar 5 Mitos Tentang Sperma, Paling Popular Tentang Seluar Dalam, Apa Kaitannya?

    Sebelum ini, ada yang mengatakan pemakaian seluar dalam ketat boleh kurangkan jumlah sperma lelaki. Adakah benar kesan tersebut ke atas kandungan air mani?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca KEGUGURAN – Ini Sebabnya…

    Selalu punca keguguran akan dikaitkan dengan wanita. Tetapi sebenarnya kualiti sperma juga boleh menjadi faktor penyebab. Tak percaya? Bacalah artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Wah! Lelaki Pun Ada Waktu Subur, Tapi Betul Ke Pukul 4 Pagi?

    Ramai orang percaya bahawa waktu subur lelaki adalah pada waktu pagi dan cuaca sejuk. Persoalannya, pukul berapa yang paling tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Boxer atau seluar dalam? Persoalan ini selalu bermain dan berlegar di dalam fikiran golongan lelaki. Usah khuatir, kami ada jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    air mani

    Cara Nak Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    sakit ketika ejakulasi

    TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/05/2020
    wanita hamil

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020