Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/02/2020

“Kau kena minum air banyak, barulah okay.” Hmmm…sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

Bergantung kepada keperluan

Dalam satu perkongsian status di laman Facebook peribadi milik seorang pakar perunding/Nefrologi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Dr Rafidah Abdullah, kadar pengambilan air adalah berbeza bagi setiap individu.

Ia bergantung kepada aktiviti harian yang dilakukan. Sekiranya seseorang individu itu lebih terdedah kepada cahaya matahari, aktif bersukan dan sebagainya, maka keperluan air akan menjadi lebih. 

Menurut Dr Rafidah menerusi perkongsiannya, pengambilan air perlu dilakukan secara sederhana, tidak perlu berlebihan dan sudah tentu jangan berkurangan. Apa yang penting adalah tidak dahaga serta kepekatan air kencing adalah pada tahap yang seimbang. 

Beliau yang juga merangkap Ketua Jabatan Unit Perubatan memberitahu bahawa seseorang individu yang terlebih minum air berdepan dengan risiko bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Risiko jika terlebih minum air?

Setiap sel dan organ di dalam badan memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, pengambilan air secara berlebihan boleh menyebabkan water intoxication (mabuk air). Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan maut.

Mabuk air atau turut dikenali sebagai keracunan air, merupakan satu keadaan yang boleh menjejaskan fungsi otak disebabkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Air yang diminum dalam jumlah yang berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan air dalam darah. 

Air tersebut boleh mencairkan elektrolit dalam darah terutamanya natrium. Natrium membantu mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel. Apabila tahap natrium jatuh di bawah 135 mmol/L, keadaan ini dipanggil sebagai hyponatremia.

Apabila paras natrium turun kerana terlebih minum air, cecair yang berada di luar akan masuk ke dalam sel menyebabkan pembengkakan. Jika keadaan ini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menyebabkan risiko bahaya dan berpotensi untuk mengancam nyawa.

Bahaya terlebih air

Mabuk air berlaku apabila sel membengkak. Apabila sel otak menjadi bengkak, tekanan di dalam kepala akan meningkat. Tekanan ini boleh menyebabkan simptom fasa pertama mabuk air, antaranya:

Bagi kes yang serius, masalah ini boleh menyebabkan wujudnya gejala seperti:

  • Peningkatan tekanan darah
  • Kekeliruan
  • Gangguan pada penglihatan 
  • Mengantuk
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Otot lemah dan kebas

Pengumpulan air secara berlebihan di dalam otak dipanggil edema serebral. Ia merupakan keadaan yang menjejaskan stem otak dan mengganggu fungsi sistem saraf pusat. Dalam kes yang serius, ia berisiko mengakibatkan sawan, kerosakan otak, koma serta kematian.

Keperluan air

Seperti perkongsian Dr Rafidah, sememangnya tiada jumlah spesifik  untuk menentukan keperluan air seseorang individu setiap hari. Ia adalah berbeza bergantung kepada berat, aktiviti fizikal dan harian yang dilakukan. 

Peraturan yang terbaik untuk menentukan keperluan air adalah dengan ‘mendengar’ kepada badan dan mengambil air apabila rasa dahaga. Tindakan ini cukup untuk mengimbangi tahap hidrasi badan yang terbaik. 

Walau bagaimanapun, sesetengah individu seperti atlet, individu dewasa berusia dan wanita hamil mungkin memerlukan air yang lebih dan tidak boleh sekadar bergantung kepada rasa dahaga semata-mata.

Akhir kata

Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi adalah amat baik untuk kesihatan. Tetapi harus diingatkan bahawa makanan yang diambil juga sebenarnya turut mengandungi air seperti buah-buahan. 

Jadi pastikan anda mengambil air mengikut keperluan badan anda. Elakkan daripada mengambil air secara berlebihan. Jangan pula ambil air dengan banyak kononnya untuk kurus, ia tidak akan berjaya, malahan mengundang bahaya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

    Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus selesema. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Stop, Bayi Tak Boleh Minum Air Masak! Jom Ketahui Sebabnya

    “Si kecil haus tu, bagilah bayi minum air masak”, STOP! Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya. Jom ketahui kesan bahaya boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    JANGAN Kencing Masa Mandi Kolam Renang, Banyak Mudaratnya!

    Mesti kita semua pernah dengar orang cakap kita tidak boleh kencing dalam kolam renang bukan? Ini kerana banyak kemudaratan yang boleh terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Mudah Sembelit Semasa Pergi Melancong? Ini Petua Untuk Hilangkannya

    Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ini boleh terjadi? Ikuti petua hilangkan sembelit di sini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020
    teh kombucha

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/04/2020
    cara cuci tangan

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020