Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/06/2020 . 2 minit bacaan

Semasa kecil, penulis amat takutkan dua perkara: tempat yang tinggi dan air. Air? Ya, penulis sangat fobia dengan air atau juga digelar hidrofobia. Ketakutan melampau akan menyinggah dalam diri jika datang ke pantai dan mandi di laut atau mandi di kawasan air terjun. Air pancuran di bilik mandi juga adalah salah satu ketakutan yang perlu penulis hadapi setiap hari ketika masih kecil. Apabila sudah meningkat dewasa, fobia tersebut masih wujud tetapi tidaklah terlalu kuat seperti sewaktu masih kecil.

Apakah sebenarnya fobia?

Bercakap soal fobia ini, adakah anda memiliki jenis fobia tertentu yang anda sedang alami? Bagi mereka yang tidak tahu, fobia bermaksud sejenis ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang mudarat. Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi. Ia berbeza dengan ketakutan biasa kerana fobia boleh menyebabkan kesukaran yang boleh mengganggu kehidupan individu tersebut. 

Apakah kategori fobia yang ada?

Berdasarkan Diagnistic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Kelima (DSM-5), fobia tertentu boleh dikategorikan kepada 5 bahagian umum iaitu:

  • Ketakutan berkaitan haiwan seperti labah-labah, ular dan serangga
  • Ketakutan berkaitan persekitaran semula jadi seperti ketinggian, guruh, kilat dan kegelapan
  • Ketakutan berkaitan darah, kecederaan, dan keadaan kesihatan seperti suntikan, dan kepatahan tulang
  • Ketakutan berkaitan situasi tertentu seperti menaiki kapal terbang, menunggang motosikal atau menaiki lif
  • Ketakutan lain seperti tercekik, bunyi bising dan lemas

Berapa banyakkah jenis fobia yang ada?

Sebenarnya, tidak terdapat jumlah sebenar berkenaan jenis fobia yang ada. Oleh itu, penyelidik akan mewujudkan nama khas bagi jenis fobia yang berlaku apabila ia terjadi. Kajian mengenai fobia juga adalah satu proses yang sedikit rumit memandangkan ramai individu yang mengalami fobia tidak mendapatkan rawatan dan kes fobia tidak dilaporkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia yang sering berlaku berpandukan kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 dan diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry. Antaranya ialah:

  • Acrophobia: Ketakutan terhadap ketinggian
  • Aerophobia: Ketakutan menaiki kapal terbang
  • Arachnophobia: Ketakutan terhadap labah-labah
  • Astraphobia: Ketakutan terhadap kilat dan guruh
  • Autophobia: Ketakutan jika keseorangan
  • Claustrophobia: Ketakutan terhadap kawasan yang sesak dan sempit
  • Hemophobia: Ketakutan terhadap darah
  • Hydrophobia: Ketakutan terhadap air
  • Ophidiophobia: Ketakutan terhadap ular
  • Zoophobia: Ketakutan terhadap haiwan

Terdapat juga beberapa jenis fobia yang dianggap sebagai sesuatu yang unik, seperti:

  • Alektorophobia: Ketakutan terhadap ayam
  • Onomatophobia: Ketakutan terhadap nama
  • Pogonophobia: Ketakutan terhadap janggut
  • Nephophobia: Ketakutan terhadap awan
  • Cryophobia: Ketakutan terhadap sejuk atau ais

Tempoh masa fobia juga tidak terhad. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan fobia yang dialami. Percaya tak kalau penulis kata bahawa penulis masih lagi mempunyai fobia terhadap air. Sebab itulah penulis masih lagi tidak pandai berenang. Penulis akan mula rasa takut apabila air sudah mula memasuki lubang telinga dan akan mula menggelabah. Kalau mandi di pantai, penulis akan berada jauh sedikit daripada orang lain kerana ada yang cuba menyelamkan kepala penulis kedalam air. Tak cool okay! 

Jika anda mengalami masalah yang dinyatakan, sila berjumpa doktor untuk nasihat selanjutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Otak Melawan Ketakutan yang Kembali Hadir dalam Memori Kita

    Saintis telah menemui sekumpulan sel di dalam otak yang bertanggungjawab apabila memori yang menakutkan muncul semula tanpa diduga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/04/2019 . 2 minit bacaan

    Jenis-jenis Fobia

    Fobia adalah sejenis gangguan cemas di mana anda berasa takut tanpa sebab yang rasional yang amat sangat pada sesuatu yang tidak wujud atau tidak berbahaya. Anda tahu bahawa ketakutan itu tidak perlu, tetapi usaha ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Apakah Penyebabnya Serangan Panik?

    Pernahkah anda berdepan situasi diserang ketakutan secara tiba-tiba untuk tempoh beberapa minit? Dalam situasi tersebut, jantung anda berdegup pantas, sukar bernafas atau tidak mampu berfikir tentang apa-apa. Jika ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/03/2019 . 2 minit bacaan

    Apa Itu Trypophobia?

    Pernah tak ketika anda melihat sesuatu berlubang yang banyak, dan tiba-tiba anda berasa meremang? Jika ya, anda berkemungkinan adalah penghidap trypophobia. Tapi tahukah anda apa itu trypophobia? Artikel di bawah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit fobia

    Si Kecil Takut Dengan Belon? Jangan Biarkan Nanti Sampai Ke Besar Fobia, Ini Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    ketakutan-dialami-kanak-kanak-dan-cara-atasinya

    Anak Takut Gelap, [email protected]? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
    halusinasi

    Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 2 minit bacaan