backup og meta

Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2020

    Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Aduh… dari 2 minggu, dilanjutkan hingga sebulan. Adakah anda masih ingat sudah berapa lama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung?

    Jangan bimbang. Kami faham jika anda stres di rumah.

    Amalkan 7 langkah penjagaan diri di rumah ini agar anda menjaga kesihatan keluarga malah juga diri anda. 

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Tempoh PKP akan dilanjutkan sampai bila?

    Mungkin ketika kali pertama PKP diumum, anda tidak rasa sebarang tekanan. 2 minggu sahaja perlu bataskan pergerakan. 

    Tapi apabila perintah dilanjutkan sehingga sekarang, pastinya ada di antara anda mula berasa tertekan. Semuanya mula menjadi serba tidak kena.

    Jadi bagaimana nak atasi keadaan ini? Sudah tentu ada cara dan langkah penjagaan diri yang boleh dilakukan?

    7 langkah penjagaan diri di rumah yang PENTING dibuat

    Tekanan dan kegelisahan berdepan PKP pastinya tidak boleh dielakkan.

    Namun, ia tidak bermakna anda harus membiarkan diri terus dilanda tekanan mental.

    Berikut 7 langkah penjagaan diri di rumah yang perlu anda buat bagi mengelakkan diri terus mengalami tekanan dan kegelisahan.

    1. Dapatkan maklumat sahih

    Dengan kemudahan dan kemajuan teknologi, kita boleh dapat pelbagai maklumat dengan cepat dan mudah. Segalanya di hujung jari, bukan?

    Tetapi dalam masa yang sama, kemajuan ini juga boleh menyebabkan kebanjiran maklumat yang adakalanya tidak sahih.

    Kesannya, ia cenderung menyebabkan anda lebih tertekan dan mengalami kegelisahan malah mungkin ketakutan. 

    Artikel berkaitan:

    1. Bataskan maklumat tentang COVID-19

    Tiada salah nak kekal up to date. Tapi anda perlu membataskan jumlah pendedahan liputan media yang dibaca. 

    Wujudkan sempadan berapa banyak berita perlu anda baca, tonton atau dengar setiap hari bagi membolehkan anda menumpukan perhatian pada kehidupan. 

    1. Penjagaan diri 

    Langkah penjagaan diri di rumah seterusnya adalah menjaga diri sendiri.

    Ia termasuklah memfokuskan pada perkara yang boleh anda kawal seperti penjagaan kebersihan diri.

    Kekalkan tabiat rutin dan aktiviti normal seperti pengambilan makanan berkhasiat, dapatkan tidur secukupnya dan lakukan perkara yang anda gemari, contohnya berkaraoke di rumah.

    Cuba lihat tempoh PKP ini dari sudut positif.

    Jika selama ini anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, kini ia adalah masa untuk anda tidur malam 8 hingga 9 jam tanpa gangguan.

    Baca juga:

    • Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!
    • Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Perlu Buat
  • Terus berhubung 
  • Dalam masa tertentu, bersendirian adalah perkara yang menyeronokkan. Bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan diri.

    Berjauhan bukan bermakna anda terputus hubungan, bukan?

    Anda boleh terus berhubung dengan ahli keluarga mahupun rakan melalui media sosial, panggilan telefon atau panggilan video.

    Menerima sokongan dan keprihatinan daripada individu lain boleh membantu menyeimbangkan dan memberikan kestabilan serta keselesaan pada diri.

    Tempoh PKP yang diumumkan Kerajaan Malaysia adalah 1 perkara bersifat sementara.

    Jika setiap individu melakukan tanggungjawab dengan mematuhi saranan untuk duduk di rumah, pastinya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung. #StayAtHome

    1. Kekal pemikiran dan harapan positif

    Tidak dinafikan semakin hari, peningkatan kes semakin meningkat. Tetapi cuba untuk fokus mengenai sesuatu yang positif. 

    Jika selama ini anda sukar meluangkan masa bersama keluarga, maka ini adalah kesempatan buat anda bersama keluarga dan anak-anak. Jadi gunakanlah sebaiknya tempoh masa ini

    Ia adalah satu langkah penjagaan diri di rumah yang amat kita perlukan sekarang. Untuk kekal positif, berdoalah agar keadaan yang dialami seluruh dunia ini akan pulih. 

    1. Terima emosi dan perasaan

    Sekiranya anda berdepan emosi bercampur baur, tertekan, gelisah, bimbang atau kecewa, percayalah ia adalah normal, terutamanya dalam situasi sekarang.

    Jadi apa yang boleh anda lakukan seandainya berdepan keadaan ini, biarkan diri anda untuk menerimanya dan meluahkan apa yang dirasai. 

    Anda boleh luahkan kepada rakan baik, menulis di dalam jurnal atau melepaskannya melalui sesuatu yang kreatif seperti lukisan. Paling penting, jangan pendamkannya, okay?

    1. Berehat

    langkah penjagaan diri di rumah

    Langkah penjagaan diri di rumah yang boleh anda cuba adalah untuk berehat. Tenangkan minda dan emosi anda. 

    Kurangkan masa menghadap skrin, cuba lakukan yoga atau sebarang aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah. Anda mungkin boleh bermain puzzles, membaca buku, melukis atau belajar bahasa baru secara atas talian.

    Sekiranya anda masih perlu melakukan tugasan kerja di rumah ketika tempoh PKP ini, pastikan anda memberikan diri rehat 5 minit setiap jam. Buatlah air minuman atau sekadar lelapkan mata. Ini boleh mengurangkan tekanan pada mata.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Dapatkan bantuan

    Diharapkan perkongsian tip dan langkah penjagaan diri di rumah akan dapat memberikan ketenangan kepada anda dalam mengharungi tempoh PKP ini. 

    Seandainya anda berasa terlalu tertekan, hubungi doktor atau profesional untuk mendapat nasihat dan sokongan.

    Jangan biarkan diri anda mengharunginya sendiri kerana keadaan yang kita lalui sekarang adalah 1 situasi luar biasa untuk semua individu. #KitaJagaKita

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan