Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Manusia adalah kelompok yang tidak boleh hidup tanpa sebarang interaksi sosial.

Semakin kurang interaksi sosial antara individu, semakin besar kemungkinan kesejahteraan mental terjejas. Ini termasuklah dengan pelaksanaan jarak sosial.

Ketika wabak COVID-19 sedang melanda dunia, terutamanya negara kita Malaysia, social distancing atau penjarakan sosial adalah satu perkara yang amat dipandang serius. 

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,629

Disahkan

5,859

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Ini kerana ia adalah salah satu cara yang paling ampuh untuk menghentikan penyebaran wabak ini di saat vaksin untuk merawat COVID-19 masih lagi tidak tersedia.

Walau bagaimanapun, jika seseorang individu tersebut kekal untuk tidak melakukan sebarang interaksi sosial atau hubungan komunikasi, ia mungkin boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental. 

Oleh itu, bagaimana kita boleh mengekalkan interaksi sosial saat mengamalkan penjarakan sosial?

virus korona

Manusia mesti terus melakukan interaksi sosial

Sejak berkurun lamanya, manusia sememangnya ditakdirkan untuk hidup dalam satu komuniti bagi tujuan saling melengkapi antara satu sama lain. 

Oleh sebab itu, apabila penjarakan sosial dilaksanakan semasa wabak COVID-19 berlaku, sesetengah manusia mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk beradaptasi dengannya. 

Apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang tinggal sebumbung, sebatang kara, atau tinggal bersendirian. Tempoh selama hampir sebulan ini pasti memberikan banyak cabaran kepada mereka.

Tidak keterlaluan jika ada antara kita yang mungkin akan tertekan, stres, kesepian bahkan kemurungan tanpa sebarang interaksi sosial.

penjarakan sosial

Oleh itu, jika anda merupakan salah seorang yang mungkin berada dalam situasi ini, kami ada beberapa cadangan untuk kekal berinteraksi. 

Tip untuk kekal mewujudkan interaksi sosial semasa PKP

Komunikasi atau interaksi sosial tidak semestinya memerlukan anda untuk berhadapan antara satu sama lain. Namun, di kala PKP sedang berlangsung, ada cara lain untuk anda mengekalkan komunikasi.

Berikut merupakan antara tip mengekalkan interaksi sosial semasa penjarakan sosial berlangsung:

#1. Bertegur sapa sesama jiran

Anda mahu menegur atau berborak dengan jiran anda sebentar, tetapi anda mahu mengekalkan penjarakan sosial dan masih risau berkenaan penyebaran jangkitan.

Perkara ini mudah sahaja. Anda boleh sahaja bertegur sapa bersama jiran anda dengan hanya berborak di sebelah pagar rumah atau di balkoni. Pastikan jarak antara diri anda dan juga jiran sekurang-kurangnya 1 meter. 

#2. Gunakan aplikasi panggilan video

penjarakan sosial

Telefon pintar sememangnya dilengkapi dengan kemudahan untuk anda melakukan panggilan video.

Untuk lebih mudah dan jimat, anda boleh menggunakan aplikasi panggilan video yang hanya memerlukan sambungan internet. 

Gunakan Skype, atau WhatsApp Video Call untuk panggilan video yang tidak mengenakan sebarang caj. Tetapi pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil di rumah.

#3. Gunakan media sosial untuk terus berhubung

Anda mungkin tidak mampu untuk menziarahi ibu bapa di kampung atau datuk dan nenek anda pada waktu ini, tetapi anda masih lagi mampu untuk kekal berhubung.

Banyak aplikasi yang boleh anda gunakan untuk terus kekal berhubung atau berborak bersama ahli keluarga dan kenalan anda.

Gunakan aplikasi seperti Whatsapp, Twitter, Facebook dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini mereka. 

#4. Rapatkan hubungan dengan individu yang tinggal bersama anda

Jika anda tinggal sekeluarga, atau menyewa rumah bersama rakan, atau mungkin juga menyewa bilik di rumah bersama penghuni lain, ia bukanlah bermakna anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.

Pada waktu inilah anda memiliki lebih banyak masa yang terluang untuk bersama mereka. Baik ahli keluarga mahupun rakan serumah, banyak perkara yang boleh dilakukan bersama seperti bergotong-royong dan memasak hidangan. 

Cara ini juga boleh mengekalkan interaksi sosial antara anda dan individu lain.

Kekalkan interaksi sosial semasa penjarakan sosial untuk elakkan kesunyian

interaksi sosial

Jarak sosial sememangnya amat penting pada waktu ini, tetapi interaksi sosial juga tidak boleh diabaikan sama sekali. Penjarakan sosial secara fizikal tidak bermakna anda perlu menghentikan segala komunikasi dengan dunia atau kenalan anda.

Ini kerana, interaksi sosial berperanan penting dalam memastikan anda tidak berasa sunyi atau kesepian. Jangan jadikan wabak COVID-19 ini sebagai penghalang untuk anda terus berhubung. 

Jika kita bersedia untuk melawan penyebaran jangkitan COVID-19, ini bermakna kita juga bersedia untuk menerima segala cabaran yang mungkin tiba. 

Anda hanya perlu bersifat fleksibel dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan semasa. Kita pasti boleh lakukannya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

    Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

    Sehingga hari ini, 6 individu yang merupakan penumpang AirAsia penerbangan AK5742 dan AK5740 dari Kuala Lumpur ke Tawau telah sah positif COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    5 Mei adalah Hari Kebersihan Tangan Sedunia. Hari ini sangat penting untuk kita memperingatkan diri untuk cuci tangan dalam usaha cegah COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Keputusan tamatkan perintah berkurung, bawa padah apabila Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan angka kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 04/05/2020

    Artikel lain untuk anda

    sambutan hari raya aidilfitri

    Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    sembahyang raya

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    makan vitamin D

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/05/2020