PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April, Ini Sebab Mengapa PM Panjangkan Masa Kuarantin!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada sidang media 25 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman berkenaan dengan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Perkara ini, meskipun mengejutkan, memang telah dijangka semenjak bermulanya penguatkuasaan perintah tersebut. Kini, Malaysia mempunyai kes positif sebanyak:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

2,626

Disahkan

479

Sembuh

37

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

2,626

Disahkan

479

Sembuh

37

Kes Kematian

Menurut Tan Sri Muhyiddin, beliau berpuas hati dengan tahap kepatuhan penduduk terhadap perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan kerajaan pada 16 Mac yang lalu.

Artikel ini akan menerangkan sedikit sebanyak mengapa perintah kawalan pergerakan wajar dilanjutkan dan apakah prospek wabak korona baharu (COVID-19) menjelang 14 April 2020. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Realiti perlaksanaan lanjutan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari

Masih tidak banyak yang kita tahu berkenaan dengan virus korona baharu. Namun, maklumat penting seperti kaedah jangkitan, simptom dan tempoh pengeraman telah diputuskan di dalam panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

covid

Jangkitan wabak COVID-19 telah diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik pada 11 Mac 2020. Melihat kepada potensi virus ini untuk tersebar dalam kalangan individu pada kadar yang cepat, amalan jarak sosial telah disarankan bagi membendung wabak.

Kerajaan Malaysia turut mengambil inisiatif mengarahkan perintah kawalan pergerakan seperti negara-negara lain yang turut mengalami kenaikan kes mendadak.

Perkara ini dilihat sebagai satu kepentingan utama bagi memastikan kadar transmisi virus menjadi perlahan. Walau bagaimanapun, tempoh 14 hari yang telah diisytiharkan pada perintah yang lepas dianggap tidak mencukupi.

Artikel berkaitan:

Perintah Kawalan Pergerakan Buat Anda Resah & Gelisah? Ini 5 Cara Berkesan Atasinya

Ini telah terbukti melalui lanjutan perintah kawalan pergerakan yang dibuat pada hari ini. Pada awalnya, tahap kepatuhan rakyat terhadap perkara ini tidak seberapa baik.

Meskipun kerajaan telah berulang kali menegaskan semua penduduk untuk tinggal di rumah, terdapat segelintir individu atau masyarakat yang memandang enteng akan hal ini.

Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan PKP tidak berkesan, malah jika berlaku gelombang ketiga, ia dijangka akan menyebabkan kenaikan yang lebih pesat pada jumlah kes positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hakikatnya, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyedari bahawa 14 hari merupakan tempoh yang sangat pendek untuk membendung wabak pandemik.

Oleh sebab itulah, pengumuman terbaru oleh PM ini mendapat sambutan yang sangat baik meskipun ada yang mungkin mengeluh terutamanya mereka yang bergantung kepada sistem pendapatan harian (peniaga kecil dan pekerja kontrak).

Tempoh pengeraman virus korona baharu. Relevankah lanjutan yang dibuat oleh kerajaan?

lanjutan

Tempoh pengeraman virus merupakan salah satu maklumat penting yang perlu diambil kira dalam membuat keputusan kawalan pergerakan sepanjang wabak berlangsung.

Ia merupakan satu tempoh dari bermulanya jangkitan virus sehingga individu berjangkit tersebut menunjukkan simptom. 

Sebagai contoh, jika virus yang menjangkiti seorang individu itu hanya menyebabkan simptom setelah 7 hari ia menjangkiti, maka ia mempunyai tempoh pengeraman selama 7 hari.

Virus korona baharu mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari. Ini bermakna jika seseorang itu dijangkiti pada minggu pertama tempoh kawalan pergerakan, mereka boleh menunjukkan simptom setelah perintah tersebut diisytiharkan tamat (jika hanya 2 minggu).

Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia

Walau kadar jangkitan positif yang berlaku pada hari terakhir menurun sekalipun, ia boleh meningkat kembali dalam beberapa hari selepas itu.

Menurut satu kajian baharu yang dijalankan oleh Universiti Massachusetts, tempoh median pengeraman bagi jangkitan COVID berada di antara 5 hingga 11 hari. 

Menurut Nicholas Reich, Profesor Madya di Sekolah Perubatan Awam universiti tersebut, 97.5% subjek jangkitan mengalami simptom setelah 11 hari mendapat jangkitan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah jika dilihat pada jangkaan, 101 daripada setiap 10,000 kes positif hanya menunjukkan simptom selepas 14 hari melalui proses kuarantin

Ini bermakna, bagi individu yang mempunyai risiko tinggi, wajar bagi mereka untuk melalui proses kuarantin yang lebih lama daripada 14 hari.

Lanjutan perintah kawalan pergerakan boleh dikatakan umpama tempoh pemantauan tambahan terhadap corak kenaikan kes positif di Malaysia.

Ketika pengumuman lanjutan dibuat, kes positif baharu pada 25 Mac 2020 adalah sebanyak 172. Angka ini masih lagi tinggi dan jika tiada langkah pencegahan diambil, ia boleh menyebabkan jumlahnya memecut naik.

Keputusan bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan dilihat sebagai satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memastikan keadaan wabak terkawal.

Dalam tempoh masa tersebut, setiap individu perlulah mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Konklusi

Diharapkan semua individu dapat mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan. Jika pada 2 minggu pertama, 95% rakyat Malaysia mematuhi perintah ini, tidak mustahillah jumlah tersebut boleh mencecah 100%.

Kebanyakan individu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan perintah ini dipatuhi. Nasihat kepada rakan dan keluarga berkenaan dengan hal ini sedikit sebanyak membantu mempercepatkan pembasmian wabak COVID-19.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Tarikh Reviu: Mac 25, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut