Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sedang dunia digemparkan dengan wabak virus korona (COVID-19), terdapat pelbagai mitos virus korona berlegar-legar di masyarakat hingga muncul banyak salah faham!
Antaranya seperti beberapa mitos virus corona ini –
Artikel berkaitan:
- 5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut
- Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!
Sebelum itu, ini perkembangan semasa kes COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
1. Penularan melalui barangan dari China merupakan mitos virus korona
Tempoh hari, tular “khabar angin’ tentang risiko dijangkiti COVID-19 hanya melalui barangan yang ditempah online dari China.
COVID mempunyai sifat lebih kurang sama dengan virus korona yang pernah menyebabkan SARS.
Jika ia juga memiliki sifat yang sama, maka tempoh jangka hayat virus di luar badan hanyalah beberapa jam.
Tetapi, tahukah anda, virus ini boleh merebak melalui sentuhan muka, wang kertas dan juga duit syiling?
Artikel berkaitan:
- Saintis Sahkan Bukan Hanya Batuk & Bersin, Tapi Coronavirus Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT!
- Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda
Meskipun pekerja boleh menyebarkan virus korona pada kotak sekalipun, ia akan melalui proses pembasmian kuman sebelum dihantar.
Setakat ini tiada bukti yang mengatakan virus korona boleh menjangkiti individu melalui barangan import.
2. Mitos virus korona yang tular – minum alkohol boleh sembuhkan jangkitan COVID
Walaupun alkohol dapat membunuh pelbagai jenis bakteria dan virus pada kepekatan tertentu, namun minuman alkohol tidak boleh membasmi jangkitan tersebut.
Pengarah Kawalan dan Penghindaran Penyakit di Pusat Kesihatan San Francisco telah mengesahkan ura-ura tersebut sebagai mitos.
Menurutnya, minuman beralkohol tidak boleh menyembuh atau menyebabkan jangkitan.
Mungkin anda cenderung untuk menggunakan hujah hand sanitizer yang mengandungi 60% alkohol sebagai alasan.
Artikel berkaitan:
- Kerap Cuci Tangan Guna Air Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!
- Anda Fikir Hand Sanitizer Berkesan Membasmi COVID-19? Jangan Terkejut Bila Tahu Risiko Ini!
Namun, cara paling berkesan untuk mengelak jangkitan bukanlah dengan hand sanitizer, tetapi amalan basuh tangan menggunakan air dan sabun.
Jika tiada air dan sabun, baru lah boleh guna hand sanitizer tersebut.
3. Guna vaksin pneumonia untuk elak jangkitan virus korona – satu lagi MITOS!
Penggunaan vaksin pneumonia tidak boleh melindungi anda daripada jangkitan ini.
Vaksin tersebut hanya boleh melindungi anda dari jangkitan virus seperti pneumokokus dan Haemophilus influenza jenis B (HiB).
Setiap virus mempunyai struktur genetik berbeza.
Jangan pula anda batalkan niat untuk mengambil vaksin tersebut jika anda belum mendapatkannya. Anda perlu melindungi diri daripada jangkitan lain juga.
Walaupun masih tiada lagi vaksin yang boleh melindungi individu daripada jangkitan COVID, syarikat terkemuka seperti Novavax dan Johnson & Johnson sudah mula mencipta vaksin bagi jangkitan ini.
Artikel berkaitan:
https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/ujian-klinikal-vaksin-covid-19/
4. Kangkung boleh sembuhkan COVID?
Betulkah sayur kangkung dalam merawati virus korona baharu? Jawapannya tidak ada bukti atau penerangan yang jelas.
Artikel berkaitan:
- Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?
- Lepas Kangkung, Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Virus Korona- Betul Ke?
Malah, mitos ini tidak dapat dibuktikan mana-mana badan kesihatan global. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan garis panduan yang selari dengan CDC.
Garis panduan yang dikeluarkan CDC adalah setiap individu perlu membasuh tangan secara kerap.
Perkara ini telah disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) maka anda tidak perlulah paranoid dan mandi 6 hingga 7 kali sehari.
Ianya tidak produktif atau memberikan sebarang kesan positif terhadap pembasmian virus korona baharu.
Walau bagaimanapun, anda boleh meningkatkan imuniti tubuh badan anda dengan mencuba gabungan jus buah-buahan seperti dalam video ini.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/667348440759697/
Tetapi ingat, cadangan minuman jus ini bukan bertujuan untuk merawat sebarang jangkitan virus seperti COVID-19, tetapi ia hanya berfungsi meningkatan imuniti atau antibodi tubuh anda agar lebih kuat dalam melawan serangan bakteria atau virus.
5. COVID boleh tersebar melalui mata
Ada sedikit kebenaran pada mitos ini. Jika anda tidak mencuci tangan anda yang bersentuh dengan pelbagai permukaan, tindakan menggosok mata boleh menyebabkan jangkitan.
Namun, secara amnya, jangkitan COVID tidak boleh tersebar melalui mata. Tiada bukti yang mengatakan ia bertindak sedemikian.
Ia telah disahkan merebak melalui titisan air di udara melalui bersin dan batuk. Selain daripada itu, jangkitan ini juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar dengan virus tersebut.
Artikel berkaitan: