home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pastikan Ada 5 Checklist Migrain Ini Dulu Sebelum Hadir Temujanji Dengan Doktor

Pastikan Ada 5 Checklist Migrain Ini Dulu Sebelum Hadir Temujanji Dengan Doktor

Temujanji doktor bagi pemeriksaan migrain atau sakit kepala boleh menjadi 1 pengalaman yang agak menakutkan dan mendebarkan.

Apatah lagi jika ia adalah pengalaman pertama anda.

Apa yang dirasai sewaktu temujanji ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor terutamanya jika simptom yang dialami menunjukkan anda mempunyai penyakit berkaitan neurologi.

Bagi mengelakkan pengalaman seperti itu, ikuti senarai yang perlu anda sediakan sebelum hadir ke temujanji doktor.

Checklist ini boleh membantu anda untuk tidak terlalu stres selain dapat merawat migrain yang dialami dengan lebih berkesan.

#1. Rekod sejarah migrain yang lepas

sejarah migrain

Dari segi undang-undang, setiap individu berhak untuk mengakses rekod perubatan masing-masing sama ada rekod semasa atau yang terdahulu.

Ada sesetengah doktor atau staf perubatan yang enggan mendedahkan rekod perubatan atau sejarah migrain pesakit, tapi mereka sebenarnya dilarang berbuat sedemikian.

Apabila permintaan bertulis diberikan kepada pegawai berkenaan, mereka mestilah menyediakan rekod sejarah migrain seperti yang diminta.

Penyediaan rekod sejarah migrain lampau kepada doktor yang sedang merawat anda akan memudahkannya untuk melakukan diagnosis yang tepat.

Doktor juga boleh tentukan jika anda perlu membuat temujanji dengan pakar neurologi atau tidak untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

Doktor pakar neurologi adalah individu yang paling tepat dan berkelayakan untuk menjalankan beberapa ujian pengesanan bagi mengenal pasti penyakit yang anda alami.

#2. Senarai ubat-ubatan

Antara perkara penting lain yang perlu disediakan sebelum berjumpa doktor ialah senarai ubat-ubatan yang pernah anda ambil sama ada pada masa sekarang atau sebelum ini.

Ini termasuklah ubat yang dipreskripsikan oleh doktor atau yang dibeli di kaunter farmasi.

Ia tidak semestinya ubat untuk merawat migrain sahaja.

Selain jenis ubatan, anda juga perlu menyenaraikan dos dan kekerapan pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Ini akan membantu doktor untuk mengenal pasti ubat yang mungkin memberi kesan sampingan kepada tubuh, sekali gus menyebabkan migrain.

Selain itu, pastikan juga anda menyenaraikan sebarang pengambilan multivitamin atau suplemen herba yang sedang atau telah diambil sebelum ini.

Ini kerana, terdapat banyak produk sebegini yang disalah anggap mampu memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

Jauhi pengambilan produk sebegini memandangkan kebanyakannya tidak cukup bukti saintifik baik untuk migrain anda.

Doktor akan membantu menyediakan alternatif yang lebih sesuai sebagai pengganti produk-produk sebegini.

#3. Catatkan kekerapan dan pemicu kepada migrain anda

temujanji doktor

Catatan seperti ini boleh membantu doktor untuk lebih memahami keadaan sakit kepala yang sedang anda alami.

Antara perkara yang perlu dicatatkan ialah kekerapan migrain yang dialami, tahap kesakitan yang dirasai, dan tempoh migrain tersebut berlaku.

Anda juga disarankan untuk mencatatkan perkara yang mencetuskan migrain dan kaedah rawatan yang pernah digunakan sebelum ini.

Melalui catatan ini, doktor akan menyenaraikan beberapa perkara untuk anda turuti bagi menguruskan migrain yang dialami.

#4. Senaraikan soalan yang ingin ditanya

Selalulah bertanya soalan kepada doktor anda.

Walaupun kita banyak kali diingatkan untuk bertanya kepada doktor jika ada sebarang kemusykilan, tapi kita lebih cenderung untuk tidak bertanya soalan-soalan penting kepada doktor.

Jika tidak bertanya soalan semasa temujanji, anda mungkin tidak dapat memahami keadaan yang anda alami.

Malahan, ini juga mungkin akan menyebabkan berlakunya kesilapan ketika diagnosis dijalankan.

Hal ini benar-benar berlaku dan kadangkala ia boleh meragut nyawa.

Jadi, sediakan dahulu soalan penting untuk ditanyakan kepada doktor sewaktu hadir temujanji kelak.

Langkah ini penting kerana ada masanya anda perlu melakukan sendiri cara melegakan simptom migrain yang anda alami.

#5. Sentiasa yakin diri

temujanji doktor

Perkara terakhir yang perlu anda sediakan ialah bersedia dan yakin pada diri sendiri sewaktu ingin menghadiri temujanji doktor.

Walaupun ia mungkin 1 pengalaman yang mendebarkan, tapi dengan adanya keyakinan dan keinginan untuk mempelajari sesuatu, ia boleh mengurangkan perasaan tersebut.

Pada masa yang sama, sakit kepala yang dialami mungkin turut menjejaskan kesihatan mental anda.

Tetapi, jangan sesekali biarkan ia mempengaruhi diri sehingga anda hilang keyakinan diri.

Kesimpulan

Senarai ini bukan sahaja membantu untuk memahami keadaan dan sejarah migrain anda, tapi juga memberikan keyakinan kepada doktor tentang objektif anda hadir ke temujanji.

Jangan risau lagi selepas ini kerana doktor pasti akan membantu anda untuk menguruskan migrain yang anda alami.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz pada 28/04/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x