backup og meta

Sakit Kepala akibat Tekanan

Definisi

Apa itu Sakit Kepala akibat Tekanan?

Sakit kepala akibat tekanan dianggap sebagai ketegangan atau tekanan yang tersebar di sekeliling dahi, belakang kepala atau leher anda; merupakan kesakitan ringan hingga sederhana di kepala yang sering digambarkan seperti terdapat ikatan yang ketat di sekitar kepala anda, atau kadang-kadang seperti kepala anda sedang tersepit. Anda boleh didiagnosis dengan sakit kepala akibat tekanan yang berepisod jika kekerapannya berlaku kurang daripada 15 hari sebulan. Jika ia berlaku dengan lebih kerap, maka keadaan itu dikira kronik.

Apakah kebarangkalian Sakit Kepala akibat Tekanan?

Masalah kesihatan ini sangat biasa. Ia biasanya lebih banyak menjejaskan wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sakit Kepala akibat Tekanan?

Tanda-tanda dan simptom bagi sakit kepala akibat tekanan adalah:

  • kesakitan atau tekanan yang ringan hingga sederhana di bahagian hadapan, atas, atau sisi kepala;
  • bermula pada lewat hari
  • masalah tidur;
  • merasa sangat letih;
  • kerengsaan;
  • masalah dalam menumpukan perhatian;
  • kepekaan ringan terhadap cahaya atau bunyi bising;
  • sakit otot;
  • sakit kepala yang memberatkan;
  • tekanan di sekitar dahi dan kulit kepala.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika ada yang berikut:

  • Sakit kepala akibat tekanan mengganggu hidup anda;
  • Anda memerlukan ubat untuk sakit kepala anda lebih daripada dua kali seminggu;
  • Corak perubahan keadaan yang berlaku atau sakit kepala anda tiba-tiba berasa berbeza dari biasa.
  • Jika sakit kepala yang teruk datang secara tiba-tiba;
  • Jika anda mengalami sakit kepala dengan demam, ketegangan leher, kekeliruan mental, sawan, penglihatan berganda, kelemahan, rasa kebas atau kesukaran bercakap;
  • Jika anda mengalami sakit kepala selepas kecederaan kepala, terutama jika ia bertambah buruk.

Punca

Apakah punca Sakit Kepala akibat Tekanan?

Hakikatnya, penyebab sebenar sakit kepala akibat tekanan masih belum diketahui. Kepekaan yang meningkat terhadap rasa sakit dianggap bertanggungjawab dalam menyebabkan keadaan ini. Selain itu, tekanan adalah pencetus yang paling biasa dikenal pasti. Tekanan sedemikian mungkin diperoleh dari bebanan kerja, sekolah, keluarga, rakan, atau hubungan lain.

Penyebab lain bagi keadaan ini adalah dari otot-otot yang mengecut di bahagian belakang leher dan kulit kepala, yang mungkin terhasil dari:

  • rehat yang tidak mencukupi;
  • keadaan postur yang kurang baik;
  • tekanan emosi atau mental, termasuk kemurungan;
  • kebimbangan;
  • keletihan;
  • kelaparan;
  • kadar besi yang rendah dalam darah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sakit Kepala akibat Tekanan?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit kepala akibat tekanan, seperti:

  • Menjadi seorang wanita. Dilaporkan bahawa 90 peratus wanita mengalami sakit kepala akibat tekanan sepanjang hayat mereka;
  • Berada pada pertengahan umur.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sakit Kepala akibat Tekanan didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai sakit kepala yang kronik atau berulang, pemeriksaan fizikal dan neurologi mungkin diperlukan. Mereka seterusnya perlu menentukan jenis dan punca sakit kepala anda melalui perincian berkenaan kesakitan anda; pada ciri-cirinya, sebagai contoh adakah ianya berdenyut, statik dan memberatkan, tajam atau menikam; pada kekuatan rasa sakit, contohnya adakah anda boleh bekerja semasa mengalaminya atau jika ia boleh mengejutkan anda dari tidur atau menghalang anda daripada tidur. Di samping itu, doktor anda juga perlu tahu berkenaan di bahagian mana kesakitan anda berlaku, adakah di seluruh kepala anda, pada hanya satu sisi kepala, di dahi anda atau di belakang mata anda.

Sekiranya perlu untuk mengenal pasti punca-punca yang lebih serius bagi sakit kepala akibat tekanan, anda boleh menjalani dua ujian biasa untuk mengimbas otak anda. Antaranya imbasan tomografi berkomputer (CT) dan imbasan resonans magnetik (MRI). Imbasan CT menggunakan siri x-ray yang diarahkan oleh komputer untuk memberikan gambaran komprehensif pada otak anda sementara imbasan MRI melibatkan medan magnet, gelombang radio dan teknologi komputer untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.

Bagaimana pesakit Sakit Kepala akibat Tekanan dirawat?

Anda harus merawat sakit kepala akibat tekanan anda secepat mungkin, terutamanya apabila ia baru bermula dan simptomnya masih ringan. Ini dapat membantu menghindari lebih banyak kesakitan dan melegakan kesakitan yang telah anda alami. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengambil ubat-ubatan dan mengelakkan punca-punca atau pencetus yang ada.

Sekiranya anda perlu menggunakan ubat-ubatan untuk merawat masalah ini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan ubat penahan sakit belian kaunter bagi rawatan awal. Sekiranya anda mengalami jenis yang kronik, beberapa ubat-ubatan untuk mencegah sakit kepala diperlukan. Apabila pelega kesakitan seperti ini tidak berfungsi untuk anda, ubatan preskripsi yang lebih kuat atau ubatan pengendur otot boleh menjadi penyelesaian bagi anda. Anda juga mungkin diberikan ubatan antidepresan seperti perencat reaksi serotonin selektif (SSRI) untuk menstabilkan tahap serotonin otak anda dan dapat membantu anda mengatasi tekanan.

Terapi perilaku kognitif juga boleh disyorkan untuk anda. Ini dapat membantu anda mengesan keadaan yang menyebabkan anda tertekan, gelisah, dan tegang. Kemudian anda boleh mengelakkannya untuk mengelakkan sakit kepala ini. Akupunktur juga boleh menjadi satu lagi alternatif rawatan untuk keadaan anda, membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan dengan menggunakan jarum halus pada kawasan tertentu di badan anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sakit Kepala akibat Tekanan?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi sakit kepala akibat tekanan:

  • Menguruskan tekanan anda atau belajar teknik merehatkan minda;
  • Amalan biomaklumbalas (biofeedback);
  • Cuba mandi dengan air panas, pek ais, atau pada postur yang lebih baik;
  • Perbaiki postur anda. Apabila berdiri, anda perlu menahan bahu anda ke belakang dan tegakkan kepala anda. Apabila duduk, anda perlu memastikan bahawa paha anda selari dengan tanah dan kepala anda tidak membongkok ke hadapan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tension headache. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tension-headache/basics/definition/con-20014295. Accessed June 12, 2016.
Tension headaches. http://www.webmd.com/migraines-headaches/guide/tension-headaches. Accessed June 12, 2016.

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Punca Sebenar Di Sebalik Isu Sakit Kepala Sebelah Kanan, Perhatikan Yang No. 3!

Ubat Pening Bukan Hanya Paracetamol, Ini 5 Urutan Hilangkan Sakit Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan