backup og meta

6 Petanda Amaran Badan Anda Penuh Dengan Cacing, Kena Cepat Buat DEWORM!

6 Petanda Amaran Badan Anda Penuh Dengan Cacing, Kena Cepat Buat DEWORM!

Jika anda masih ingat lagi, majoriti kita semua mungkin pernah mengambil ubat cacing semasa kecil untuk elak ia hidup bebas dalam tubuh badan.

Pun begitu, tidak kurang ramai juga yang menyangka proses ‘deworm’ ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup dan tidak perlu diulangi apabila dewasa.

Sebenarnya, ia kurang tepat kerana ada beberapa petanda amaran terdapat cacing dalam perut dan cacing dalam usus.

Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Jangan ambil mudah masalah kecacingan!

Untuk pengetahuan anda, masalah cacing akan berlaku apabila terdapat terlalu banyak cacing di dalam tubuh badan lantas menjejaskan kesihatan.

Ia biasanya terjadi apabila individu cenderung untuk tidak mengamalkan kebersihan yang baik terutamanya dari aspek kebersihan makanan dan minuman yang diambil.

Keberadaan cacing di dalam tubuh badan seterusnya akan menyebabkan individu kurang zat akibat parasit ini telah menjejaskan proses pencernaan individu.

Bukan itu sahaja, parasit yang wujud dalam badan ini juga akan membiak dengan lebih banyak sekali gus merembes bahan toksin ke seluruh tubuh badan.

cacing
Banjir boleh buat anda alami jangkitan cacing.

Disebabkan itu, jangan tunggu hingga parah tiba baru hendak buat proses ‘deworm’ ini ya!

Ini petanda amaran kena ambil ubat cacing!

Bilakah kali terakhir anda makan ubat cacing? Jika ia adalah pada usia kanak-kanak dan anda kini sudah dewasa, mungkin tiba masa untuk anda mengambilnya!

Sekiranya anda ada petanda amaran berikut, jangan lagi berlengah untuk ambil ubat cacing:

#1. Wujudnya cacing pada najis anda

Jika ada, ia bermakna cacing mungkin sudah terlalu banyak pada tubuh badan anda sehingga ada yang terperangkap lalu terkeluar mengikut saluran najis.

Dalam kes yang lebih teruk, anda juga mungkin akan perasan ada bintik putih pada najis yang sebenarnya adalah telur cacing dalam tubuh badan anda.

Kena makan ubat cacing jika #2. Hilang selera makan

Hilang selera makan mungkin terjadi akibat daripada pelbagai kondisi, namun ia juga adalah indikator bahawa wujudnya cacing di dalam tubuh badan anda.

Ini kerana cacing-cacing tersebut akan melepaskan asid ke dinding perut sekali gus menjejaskan selera makan serta sistem pencernaan secara umumnya.

ubat cacing
Masalah cacing yang bahaya.

#3. Berat badan menurun dengan mendadak

Jika berat badan anda menurun dengan mendadak walaupun tiada sebarang usaha untuknya, ia mungkin petanda amaran bahawa anda ada masalah kecacingan.

Ini kerana anda mungkin sudah makan dengan cukup tetapi cacing-cacing itu telah ambil cukup nutrien dan hanya meninggalkan sedikit untuk tubuh badan anda.

#4. Kerap rasa gatal pada lubang dubur

Perkara ini bukan sahaja akan memalukan namun turut tidak memberi keselesaan, dan menimbulkan kesakitan pada anda. Ini disebabkan oleh ada cacing yang melekat padanya melalui pergerakan najis.

Kesannya, cacing tersebut akan menyebabkan lubang dubur anda kerap rasa gatal dan perbuatan menggarunya pula sudah tentu akan membuat ia terluka atau terengsa.

#5. Badan timbul ruam

Jangan salah sangka bahawa kecacingan hanya akan menyebabkan masalah dalaman kerana ia juga mungkin mengakibatkan masalah luaran tubuh badan.

Apabila tubuh badan anda penuh dengan cacing, ia mungkin akan mengeluarkan bahan kimia sekali gus menyebabkan timbulnya ruam yang gatal dan merah.

Berapa kerap anda kena ambil ubat cacing?

Masalah kecacingan sering dianggap sebagai perkara yang remeh lantas membuat individu kurang tahu, mahu atau tidak peduli untuk ambil ubatan ini.

Sebenarnya, pakar menyarankan waktu sesuai makan ubat cacing adalah sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan untuk mengelakkan petanda amaran di atas tadi.

Pun begitu, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum ambil ubatan cacing dengan cara dan dos yang betul atau pilih jenama yang terbaik.

Apa perkara lain yang perlu anda waspada?

ubat cacing
Masalah cacing yang teruk.

Sesungguhnya, mencegah kecacingan adalah lebih baik daripada mengubat. Jadi, sila waspada perkara ini:

  • Basuh buah dan sayur dengan bersih
  • Masak daging dan ikan dengan sempurna
  • Cuci tangan sebelum dan selepas makan
  • Minum air yang dimasak atau ditapis
  • Selenggara pemasak atau penapis air dengan baik
  • ‘Deworm’ haiwan peliharaan anda di rumah

Dalam erti kata yang lebih mudah, sila jaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Ini penting demi mengelakkan jangkitan cacing daripada berlaku kepada anda.

Sekiranya anda rasa sesuatu tidak kena pada tubuh seperti mana petanda amaran di atas, segera dapatkan informasi dan nasihat doktor tentang ubat cacing.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Deworming, https://www.who.int/elena/titles/full_recommendations/deworming/en/, Accessed Oct 25 2021.
  2. Our Fight Against Worms, https://www.evidenceaction.org/dewormtheworld/, Accessed Oct 25 2021.
  3. The Debate Is On: To Deworm Or Not To Deworm?, https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2015/11/15/452298843/the-debate-is-on-to-deworm-or-not-to-deworm, Accessed Oct 25 2021.
  4. Worms in humans, https://www.nhs.uk/conditions/worms-in-humans/, Accessed Oct 25 2021.
  5. Worm Medicines, https://patient.info/skin-conditions/itchy-bottom-pruritus-ani/worm-medicines-anthelmintics, Accessed Oct 25 2021.

Versi Terbaru

14/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!

AWAS! Ini Bahaya Jika Selalu Ambil Paracetamol, Takut Terlebih Dos!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan