Apabila anda kurang sihat, seperti demam, sakit kepala, selsema, pastinya anda akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan juga ubatan. Ubatan yang dibekalkan pula, ada masanya sejenis, malahan ia mungkin lebih dari itu. Anda juga pastikan akan diberikan antibiotik bersama pesanan,“Pastikan antibiotik habis dimakan”. Namun, pernahkan terlintas di fikiran anda, mengapa ia perlu dihabiskan? Dan perlukah antibiotik dihabiskan? Ikuti artikel ini untuk kupasan lebih lanjut.
Apa itu antibiotik?
Antibiotik adalah ubatan yang digunakan untuk melawan jangkitan yang berpunca dari bakteria. Ia juga dikenali sebagai antibakteria. Ia merawat jangkitan dengan membunuh atau mengurangkan pertumbuhan bakteria.
Antibiotik moden yang pertama digunakan adalah pada tahun 1936. Sebelum wujudnya antibiotik, 30% daripada jumlah kematian adalah disebabkan jangkitan bakteria. Sehingga ke hari ini, antibiotik masih dianggap sebagai ubat yang ‘berkuasa’, penyelamat kepada individu yang menghadapi jangkitan berbahaya, malahan ia turut berfungsi untuk mencegah risiko perkembangan jangkitan yang tidak kronik kepada kronik.
Antibiotik melawan jangkitan bakteria sama ada dengan membunuh bakteria atau melambatkan dan memberhentikan perkembangan bakteria. Beberapa kaedah yang digunakan antibiotik adalah seperti: menyerang dinding sekitar bakteria, mengganggu pembiakan bakteria dan menghalang penghasilan protein dalam bakteria.
Terdapat pelbagai jenis kelas antibiotik. Beberapa jenis antibiotik berfungsi dengan baik untuk beberapa jenis jangkitan tertentu. Beberapa jenis antibiotik adalah seperti:
- Tablet
- Kapsul
- Cecair
- Krim
- Campuran ubat cecair (oitment)
Kebanyakan antibiotik hanya boleh diperolehi dengan preskripsi dari doktor. Dan terdapat beberapa krim dan campuran ubat cecair boleh didapati di farmasi.
Berapa lama sebelum kesan antibiotik boleh dilihat?
Antibiotik akan berfungsi sebagai sahaja anda mengambilnya. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan merasa tidak sihat untuk 2-3 hari. Tempoh anda untuk sembuh selepas pengambilan antibiotik adalah berbeza, ia turut bergantung kepada jenis jangkitan yang anda hadapi.
Kebiasaannya antibiotik harus diambil antara 7 hingga 14 hari. Dalam sesetengah kes, tempoh pengambilannya adalah lebih pendek.
Perlukah antibiotik dimakan sehingga habis?
Ada yang mengatakan walaupun anda mungkin merasa lebih baik selepas beberapa hari rawatan, adalah sebaiknya anda menghabiskan keseluruhan ubatan antibiotik yang diberi untuk merawat jangkitan anda secara menyeluruh. Malahan ia adalah mesej yang sering disampaikan oleh doktor, FDA (Food and Drug Administration) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
Namun, memetik laporan yang dikeluarkan oleh The British Medical Journal, mengatakan bahawa memberhentikan pengambilan antibiotik awal akan menyebabkan wujudnya rintangan antibiotik – satu keadaan di mana bakteria dapat melindungi dirinya daripada antibiotik dan menyebabkan ia tidak lagi sensitif kepada antibiotik. Ini akan mengakibatkan antibiotik tidak lagi dapat menjalankan peranannya untuk membunuh bakteria atau menghalangnya dari membiak, adalah tidak dapat disokong oleh sebarang bukti atau kajian, manakala mengambil antibiotik sehingga habis atau untuk tempoh yang lebih lama dari yang diperlukan akan meningkatkan risiko rintangan. Dan mencadangkan agar pesakit berhenti mengambil antibiotik apabila merasakan sudah sembuh dan baik.
Betulkah situasi ini? Bolehkah pesakit menghentikan antibiotik ketika mereka ‘merasa lebih baik’?
Walaupun mungkin benar tiada bukti yang mengatakan berhenti pengambilan ubat lebih awal akan menyebabkan rintangan antibiotik, situasinya juga sama pada isu ‘berhenti makan antibiotik apabila merasa baik’, kerana ia juga masih tidak terdapat bukti untuk menyokong fakta ini.
Sebagai contoh, apakah yang dimaksudkan dengan ‘merasa lebih baik’? Untuk sesetengah individu yang ia mungkin apabila sembuh dari demam. Bagi individu lain, ia mungkin apabila simptom jangkitan hilang dan kesihatan kembali seperti biasa. Bagi sesetengah kes lain pula pengurangan tanda-tanda jangkitan jangka panjang untuk berhenti pengambilan antibiotik.
Dan ia semakin sukar untuk menentukan tahap ‘merasa lebih baik’ pada kanak-kanak yang mungkin masih tidak tahu untuk menyatakan atau memperjelaskan keadaan diri mereka yang lebih baik.
Perlukah antibiotik dihabiskan? Langkah terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor, berdasarkan simptom, tahap kesakitan dan petunjuk klinikal lain, yang akan menentukan sama ada anda boleh berhenti mengambil antibiotik atau wajar menghabiskannya seperti yang disarankan.
Jadi, apabila ia berkaitan dengan antibiotik, seandainya doktor memberikan preskripsi ubat untuk selama 10 hari, itu mungkin kerana ia adalah dos yang disyorkan untuk beberapa jangkitan bakteria yang biasa berlaku.
[embed-health-tool-bmi]