Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Apa karakter kerap sakit kepala yang disebabkan oleh barah otak?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di antara 50 hingga 75% individu dewasa (18-65 tahun) pernah melaporkan sekurang-kurangnya sekali simptom sakit kepala pada tahun 2015.
Apa sebenarnya punca kepada berlakunya kanser otak?
Punca berlakunya kanser otak sukar untuk dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, saban tahun, kita semakin mendalami ilmu berkaitan dengan bagaimana proses ini berlaku dari sudut fisiologi.
Secara asasnya, proses pembentukan kanser berpunca daripada ketidakseimbangan peranan gen dalam mengawal atur kadar pertumbuhan dan kematian sel.
Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya kanser otak (konteks artikel) dan simptom pening kepala.
Antara gen penting yang menyelia proses pembentukan sel baharu dan kematian sel di dalam badan adalah:
Pesakit sedang berjumpa dengan doktor.
Oncogenes merupakan gen yang membantu sel untuk membesar, membahagi (replikasi) dan memastikan keterusan jangka hayat sel.
Tumour suppressor genes pula mengawal aktiviti oncogenes. Ia memastikan kadar replikasi sel berada dalam keadaan terkawal, membaiki kerosakan DNA dan mengatur kematian sel bagi menyeimbangi kadar pembentukan sel baharu.
Apabila fungsi tumour suppressor genes terganggu (dimatikan), keterusan pada aktiviti oncogenes boleh menyebabkan ketidakseimbangan persekitaran fisiologi dalam badan.
Antara simptom lain yang perlu diberi perhatian adalah:
Gangguan deria (penglihatan, pendengaran atau percakapan)
Perubahan tingkah laku atau personaliti
Serangan sawan
Lemah sebelah atau seluruh badan
Serangan sakit kepala teruk yang hadir secara tiba-tiba
Diagnosis bagi masalah kesihatan berkaitan dengan simptom kerap sakit kepala bergantung kepada sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal (sekiranya perlu).
Bagi sesetengah kes, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan imbasan CT atau MRI.
Pun begitu, anda tidak perlu risau. Tidak semestinya anda mempunyai barah otak hanya kerana doktor membuat pemeriksaan radiologi.