backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kecelaruan pemprosesan auditori

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 12/05/2022

Definisi

Apa itu Kecelaruan pemprosesan auditori?

Kecelaruan pemprosesan auditori (Auditory processing disorder) adalah masalah pendengaran yang melibatkan ketidakupayaan otak untuk memproses bunyi dengan cara yang normal.

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak boleh memproses apa yang didengarinya sebagaimana kanak-kanak lain kerana telinga dan otaknya tidak selaras . Ada sesuatu yang mengganggu otak mereka untuk mengenali dan menganalisis bunyi , terutama sekali ucapan .

Apakah kebarangkalian Kecelaruan pemprosesan auditori?

Masalah ini menjejaskan kira-kira 5% kanak-kanak yang  bersekolah. Ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja pada mana-mana peringkat umur,tetapi selalunya bermula sewaktu zaman kanak-kanak lagi. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecelaruan pemprosesan auditori?

Masalah ini boleh menjejaskan pesakit dengan banyak cara. Kanak-kanak yang mengalaminya kelihatan seakan-akan mempunyai kecacatan pendengaran ,tetapi selalunya bukan begitu dan ujian yang dilakukan juga menunjukkan pendengaran yang normal.

Ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk:

  • Memahami percakapan orang lain – terutamanya apabila suasana sekeliling yang bising, lebih daripada seorang yang bercakap, percakapan yang terlalu laju, atau kualiti bunyi yang teruk.
  • Membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang serupa – seperti “shoulder dan soldier” atau “cold dan called”
  • Menumpukan perhatian apabila sekelilingnya bising – Ini akan menyebabkan kesukaran untuk memahami dan mengingati arahan yang diberikan, kesukaran untukbercakap dengan jelas, serta mempunyai masalah untuk membaca dan mengeja.
  • Menikmati muzik

Kebanyakan orang yang mengalami kecelaruan ini mendapati masalah yang dihadapi berkurangan seiring dengan masa apabila mereka menemui cara untuk mengatasinya.

Walaupun kanak-kanak ini memerlukan bantuan dan  sokongan di sekolah, mereka tetap boleh berjaya sebagaimana rakan sekelas yang lain.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kecelaruan pemprosesan auditori?

Punca kepada masalah ini masih tidak difahami sepenuhnya. Sesetengah kes kanak-kanak mungkin terkait dengan “glue ear” sewaktu masih kecil. Ia juga barangkali berlaku kerana kecacatan pada gen sebagaimana sesetengah kes yang berlaku secara turun temurun,

Bagi kanak-kanak dan orang dewasa, kecelaruan ini kadangkala boleh dikaitkan dengan kecederaan otak yang berlaku akibat daripada trauma, strok,ketumbuhan otak atau meningitis.

Ia juga barangkali berpunca daripada kelahiran yang traumatik yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada otak,penyakit kuning (jaundice ) yang teruk atau pendarahan di dalam otak.

Sesetengah kes orang dewasa dikaitkan dengan perubahan yang berlaku seiring dengan  umur yang mengubah kemampuan otak untuk memproses bunyi dan kondisi progresif yang menjejaskan sistem saraf seperti sklerosis multipel

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecelaruan pemprosesan auditori?

Terdapat banyak faktor risikonya, seperti:

  •         Kerap mendapat jangkitan telinga
  •         Kelahiran pramatang
  •         Sejarah terapi pertuturan, pekerjaan dan fizikal
  •         Dominan yang bercampur
  •         Mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah dalam pembelajaran

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecelaruan pemprosesan auditori didiagnosis?

Sekiranya anda rasa anak anda mempunyai masalah pendengaran atau kefahaman apabila bercakap dengan orang, dapatkan audiologist (pakar pendengaran) untuk memeriksa anak anda. Hanya audiologist yang boleh mendiagnos kecelaruan pemprosesan auditori.

Audiologist akan melihat kepada lima masalah utama pada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan ini.

  • Masalah “Auditory figure-ground” : Kanak-kanak tidak mampu menumpukan perhatian apabilakawasan sekelilingnya bising. Suasana yang bising di dalam kelas sangat-sangat menjengkelkannya
  • Masalah “Auditory memory” :Kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mengingati informasi seperti senarai, arah jalan, dan bahan pembelajaran. Ia boleh terjadi secara segera (Saya tak ingat sekarang) atau tertangguh (saya tidak boleh mengingatinya apabila diperlukan).
  • Masalah “Auditory discrimination” :Kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mendengar perbezaan di antara dua perkataan atau bunyi yang serupa (COAT/BOAT or CH/SH) .Ini boleh menjejaskan kemampuannya untuk mengikuti arahan, membaca,mengeja, dan menulis.
  • Masalah “Auditory attention” : Kanak-kanak tidak boleh kekal fokus mendengar terlalu lama (seperti mendengar cikgu mengajar di sekolah). Kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalunya sukar untuk mengekalkan fokus walaupun kadangkala ia mungkin berpunca dari masalah kesihatan,motivasi dan tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri
  • Masalah “Auditory cohesion”: Kanak-kanak tidak mampu untuk melaksanakan tugasan tahap tinggi dengan hanya mendengar. Antara contoh skil ini ialah keupayaan untuk membuat kesimpulan daripada perbualan, memahami teka teki, atau menjawab soalan matematik secara verbal. Ia memerlukan pemprosesan auditori dan bahasa peringkat tinggi. Ia berkembang baik apabila skil-skil lain (4 skil yang disenaraikan diatas) berfungsi dengan baik.
  • Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah ini didiagnos ketika berumur 7-8 tahun atau lebih.Hal ini kerana ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesahkannya memerlukan kanak-kanak yang berada di peringkat umur tersebut.

    Bagaimana pesakit Kecelaruan pemprosesan auditori dirawat?

    Tiada ubat yang boleh merawat kecelaruan pemprosesan auditori namun begitu, sesetengah kanak-kanak yang mengalami kecelaruan ini turut mempunyai masalah lain seperti ADHD dan keresahan yang boleh dirawat menggunakan ubat.

    Seeloknya anda berbincang dengan doktor jika anak anda mengalami ADHD atau keresahan agar pelan rawatan (menggunakan ubat atau tidak) boleh dirancang bersama-sama dengannya.

    Kesukaran untuk membezakan bunyi adalah masalah utama bagi kanak-kanak yang menghidapi kecelaruan pemprosesan auditori. Mereka tidak mampu membezakan dua perkataan yang mempunyai bunyi yang serupa atau mereka mendengar sesuatu bunyi secara tidak tepat, hasilnya , mereka mungkin akan mengatakan “dat”untuk “that” atau “free’ untuk “three”

    Terapi pertuturan boleh membantu kanak-kanak ini dengan membuat bunyi-bunyi tersebut lebih baik dan jelas. Pakar terapi pertuturan juga boleh membantu kanak-kanak untuk belajar:

    • Memperbaiki persepsi bunyi individu (phonemes) dalam perkataan, yang akan membantu meningkatkan skil membaca.
    • Memperkembang skil pendengaran aktif, sebagai contoh meminta sesuatu arahan diulang
    • Menggunakan bahasa yang sesuai dalam majlis/situasi sosial

    Kanak-kanak ini mungkin akan rasa kecewa dengan  sekolah.Cuba bayangkan diri anda tidak mampu memahami apa yang diajar oleh cikgu. Sekiranya anda menyedari anak anda mengalami kekecewaan yang sebegini, cuba dapatkan terapi pendidikan. Terapi ini boleh membantu kanak-kanakdengan bentuk pembelajaran yang berbeza dan strategi untuk mengatasi permasalahan ‘fokus’ serta mengubat kekecewaan mereka.

    Terapi latihan auditori (kadangkala dipanggil terapi integrasi auditori) adalah rawatan alternatif . Antaranya termasuklah program latihan auditori seperti  Berard Auditory Integration Training Services dan Fast ForWord. Tujuan utama program ini adalah untukmenambah baik kefahaman pendengaran melalui pelbagai aktiviti dan permainan

    Terapi latihan auditori sebenarnya agak kontroversi, tiada banyak kajian menunjukkan yang ia benar-benar berkesan,akan tetapi bagi sesetengah kanak-kanak terapi ini membantu.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecelaruan pemprosesan auditori?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kecelaruan  pemprosesan auditori :

  • Kurangkan bunyi bising di persekitaran rumah dan sekolah
  • Pastikan anak melihat wajah anda sewaktu bercakap dengannya
  • Gunakan perkataan yang mudah difahami
  • Bertutur dengan kadar kelajuan dan nada yang perlahan
  • Minta anak anda untuk mengulang kembali arahan yang diberikan dengan kuat sehinggalah mereka mampu mengulangnya dengan sempurna.
  • Untuk arahan yang perlu dilakukan kemudian, menulis nota,memakai jam,melakukan rutin harian rumah,dan menyusun atur jadual  boleh membantu
  • Sangat mengecewakan bagi kanak-kanak ini sekiranya mereka perlu mendengar dalam suasana yang bising. Ajar anak anda untuk pergi dari perrsekitaran yang bising sekiranya dia perlu mendengar.
  • Sediakan tempat belajar yang senyap untuk anak anda
  • Amalkan gaya hidup yang tenang dan tersusun
  • Galakkan pemakanan dan tabiat tidur yang sihat.
  • Arahkan tugasan yang biasa dan realistik seperti mengemas bilik dan meja belajar
  • Bina keyakinan diri anak anda
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan