backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser Hati

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/06/2021

Kanser Hati

Definisi

Apa itu kanser hati?

Punca kanser hati bermula dalam sel hati. Hati ialah organ dalam bahagian atas sebelah kanan  abdomen, di bawah diafragma dan perut.

Kanser hati adalah karsinoma sel hati yang paling kerap ditemui. Ia adalah ketumbuhan primer, yang timbul daripada hati, bukannya kanser yang merebak daripada organ lain.

Bukan semua kanser yang melibatkan hati dipanggil kanser hati.

Kanser daripada organ lain seperti usus besar, paru-paru atau payudara yang merebak ke hati dipanggil kanser metastasis.

Apakah kebarangkalian kanser hati?

Kanser hati lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 50 hingga 70 tahun.

Pesakit yang didiagnosis awal mempunyai prognosis yang lebih baik.

Anda boleh mencegah diri daripada mendapat kanser hati dengan mengurangkan faktor risiko. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kanser hati?

Satu pertiga pesakit kanser hati tidak mempunyai simptom. Adapun tanda dan simptom yang boleh kelihatan termasuklah:

  • Turun berat badan
  • Loya dan muntah
  • Sakit abdomen
  • Abdomen membesar
  • Anoreksia
  • Kepenatan
  • Jaundis

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kerisauan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda dan simptom yang disebutkan di atas, atau mempunyai sebarang persoalan atau kerisauan, hubungi doktor anda.

Keadaan pesakit boleh jadi berbeza antara satu sama lain.

Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang cara diagnosis dan rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah punca kanser hati?

punca kanser hati

Punca kanser hati tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, dalam kes tertentu, ia mungkin disebabkan hepatitis yang membawa kepada kanser hati.

Punca kanser hati lain termasuklah: sirosis atau kerosakan hati disebabkan ketagihan alkohol, obesiti atau penyakit hati berlemak (fatty liver).

Punca kanser hati berlaku apabila sel hati berubah (mutasi gen DNA) mengubah metabolisme badan. Sel tersebut akan mula hilang kawalan dan membentuk ketumbuhan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada punca kanser hati?

Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan risiko punca kanser hati:

  • Hepatitis B atau Hepatitis C yang kronik: Jangkitan kronik virus Hepatitis B atau virus Hepatitis C berkemungkinan meningkatkan risiko kanser hati.
  • Sirosis: Situasi ini menyebabkan pembentukan tisu parut dalam hati dan meningkatkan risiko berlakunya kanser hati.
  • Penyakit yang diwarisi: Penyakit genetik hati seperti penyakit beban lebih ferum (hemochromatosis syndrome) dan penyakit Wilson
  • Kencing manis: Pesakit kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai kencing manis
  • Penyakit hati berlemak nonalkoholik. Pengumpulan lemak dalam hati boleh membawa kepada kanser hati.
  • Terdedah kepada aflatoksik, toksik berbahaya dalam makanan yang dibuat daripada jagung dan kacang-kacang
  • Ketagihan alkohol: Pengambilan alkohol berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan meningkatkan risiko kanser hati
  • Obesiti juga akan meningkatkan risiko kanser hati
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit kanser hati didiagnosis?

    punca kanser hati

    Diagnosis kanser hati kebiasaannya sukar dibuat kerana sel epithelial kanser tidak kelihatan sewaktu tahap awal penyakit.

    Diagnosis mungkin akan dilakukan berdasarkan ujian darah AFP (alpha fetoprotein) atau ujian fungsi hati dalam pesakit sirosis atau hepatitis B dan C.

    Bagaimanapun, ujian ini bukan penentu kerana mereka yang tidak mempunyai kanser hati juga mungkin mempunyai keputusan ujian darah yang tidak normal.

    Jadi doktor akan melakukan ujian lain seperti ultrabunyi, CT atau MRI hati.

    Jika imej ultrabunyi menunjukkan ketumbuhan, doktor akan melakukan biopsi di mana sampel tisu hati akan diambil dengan jarum dan diteliti di bawah mikroskop untuk mencari sel kanser.

    Bagaimana pesakit kanser hati dirawat?

    Rawatan kanser hati bergantung kepada tahap, usia dan keadaan kesihatan pesakit.

    Pembedahan adalah pilihan rawatan paling optimal tetapi kebanyakan pesakit tidak dapat menjalani pembedahan kerana sirosis atau kerana ketumbuhan mungkin merebak.

    Ketumbuhan yang bersaiz kecil (kurang daripada 5 cm) tanpa metastasis, boleh menjalani pembedahan dan mempunyai prognosis yang baik di mana kanser berkemungkinan tidak akan berulang lagi.

    Pesakit yang tidak boleh menjalani pembedahan akan dirawat dengan cara lain termasuklah rawatan kemoterapi, rawatan embolisasi (suntikan bahan penghalang ke dalam arteri yang membekalkan darah kepada ketumbuhan tersebut). dan rawatan suntikan ethanol ke dalam ketumbuhan untuk meghancurkannya.

    Pesakit dengan ketumbuhan yang besar atau kerosakan hati yang teruk hanya boleh dirawat dengan pemindahan hati daripada penyumbang.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kanser hati?

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani kanser hati:

    • Pemeriksaan semula secara berkala untuk mengawasi perkembangan simptom dan kesihatan pesakit
    • Mendengar nasihat doktor, tidak mengambil ubat yang tidak diarahkan doktor atau meninggalkan ubat yang telah diarahkan.
    • Bertanya tentang kanser hati kepada pakar untuk memilih rawatan yang sesuai
    • Tidak meminum alkohol

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan