Niat puasa 6 sering menjadi persoalan setiap kali tiba bulan Syawal. Puasa enam hari ini bukan sahaja memberi ganjaran pahala yang besar, malah turut membawa manfaat kepada kesihatan tubuh.
Niat puasa 6 sering menjadi persoalan setiap kali tiba bulan Syawal. Puasa enam hari ini bukan sahaja memberi ganjaran pahala yang besar, malah turut membawa manfaat kepada kesihatan tubuh.

Dengan memahami cara melafazkan niat puasa serta kelebihannya, individu dapat mengamalkan ibadah ini dengan lebih yakin dan konsisten selepas Ramadan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Afdal puasa 6 Syawal dilaksanakan secara berturut-turut namun jika berasingan hukumnya tetap sah.
Melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal memerlukan niat puasa Syawal yang betul.
Niat puasa Syawal:
Bacaan Rumi: Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
Dengan memahami cara niat yang betul, niat puasa 6 dapat dilakukan dengan lebih yakin dan teratur.
Ramai tertanya-tanya tentang niat puasa enam dan qadha, sama ada boleh digabungkan atau perlu dilakukan secara berasingan.
Secara umum:
Pun begitu, menurut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, boleh untuk menggabungkan niat puasa qadha’ dengan puasa sunat, serta akan memperoleh ganjaran pahala kedua-duanya.
Gabung niat puasa Syawal dan Puasa Qadha (Ganti)
Bacaan Rumi: Nawaitu sauma ghodin ‘an qodho’ie romadhona ma’a sittati syawwaaLi lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”

Persoalan boleh ke niat puasa 6 selepas subuh sering timbul dalam kalangan masyarakat.
Jawapannya: Ya, anda boleh berniat puasa selepas subuh. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu difahami:
Fleksibiliti ini memudahkan lebih ramai orang untuk mengamalkan puasa 6 secara konsisten.
Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia akan mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari RA dalam Sahih Muslim.
Puasa enam hari di bulan Syawal juga bukan sahaja memberi ganjaran pahala yang besar, malah turut membawa manfaat kepada kesihatan tubuh.
Amalan ini membantu tubuh menyesuaikan semula corak pemakanan selepas Ramadan, sekali gus mengelakkan perubahan mendadak dalam sistem penghadaman.
Antara kelebihan puasa 6 dari sudut kesihatan:
Dengan mengamalkan puasa 6, individu bukan sahaja meneruskan ibadah, malah mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.
Niat puasa 6 memainkan peranan penting dalam memastikan ibadah puasa enam di bulan Syawal dilakukan dengan betul.
Selain memberi ganjaran yang besar, amalan ini turut membawa manfaat kesihatan yang menyokong kesejahteraan tubuh.
Dengan memahami cara pelaksanaannya, setiap individu boleh menjadikan niat puasa 6 sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat selepas Ramadan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hukum Gabung Niat Puasa Qada dan Sunat Syawal.
https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/20-taudhih-al-hukmi-hukum-gabung-niat-puasa-qada-dan-sunat-syawal. Diakses March 24, 2026
Puasa Qada’ dan Puasa Enam Syawal. https://muftiwp.gov.my/images/pdf/penerbitan/ebrosur/Hukum_Gabung_Puasa_Ganti_dan_Puasa_Enam.pdf. Diakses March 24, 2026
Panduan Puasa Enam Syawal. https://mufti.pahang.gov.my/panduan/panduan-puasa-enam-syawal. Diakses March 24, 2026
Gabung Niat Puasa Ganti dan Sunat:Hukum dan Lafaz Niat. https://taqwa.my/gabung-niat-puasa-ganti-dan-sunat/. Diakses March 24, 2026
Keistimewaan Puasa 6 Bulan Syawal. https://ikimfm.my/keistimewaan-puasa-6-bulan-syawal/. Diakses March 24, 2026
Versi Terbaru
26/03/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor