brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

44 Entri Hospital Swasta Terbaik Di Malaysia, Senarai Lengkap Dari Perlis Ke Borneo!

Dalam usaha untuk mendapatkan ubatan dan rawatan terbaik sesuai dengan masalah kesihatan, anda mungkin perlu memikirkan perkara ini – hospital kerajaan atau hospital swasta terbaik di Malaysia?

44 Entri Hospital Swasta Terbaik Di Malaysia, Senarai Lengkap Dari Perlis Ke Borneo!

Walaupun kedua-duanya berfungsi memperbaiki kesejahteraan kita semua, namun ada sebab salah satunya itu menjadi pilihan lebih baik untuk anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Kenapa tahap hospitaliti di swasta itu lebih baik?

Tidak, kami bukan mengatakan bahawa tahap hospitaliti di pusat perubatan kerajaan itu buruk. Sebaliknya, mungkin ada individu yang lebih cenderung memutuskan untuk ke pusat perubatan swasta atas sebab tertentu.

Antara sebab utama pemilihan itu adalah faktor keselesaan dan kemudahan yang tidak dapat dinafikan mungkin agak lebih baik. Pun begitu, ia juga tentu sahaja hadir dengan kos yang jauh lebih tinggi.

Soal kos perbelanjaan perubatan itu pula tidaklah begitu berat bagi individu yang berpendapatan lebih tinggi. Dalam pada itu, caruman insurans dan panel hospital swasta juga turut memainkan peranan pilihan anda beralih ke hospital swasta.

kos rawatan penyakit
Kos rawatan penyakit tertentu di hospital

Bayangkan, pelaburan yang sedikit ‘mahal’ itu mungkin berbaloi dengan layanan doktor, jururawat dan staf yang lebih mesra. Dalam masa yang sama, bab kepakaran di sini juga tidak harus dipersoalkan.

Persoalan lebih penting, apalah sangat nilai wang ringgit tanpa memiliki tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang baik, kan?

Berikut senarai hospital swasta terbaik di Malaysia!

Daripada 14 negeri di seluruh negara, terdapat banyak pusat perubatan swasta yang anda boleh pilih. Bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, berikut beberapa contoh hospital swasta terbaik di Malaysia:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital Pantai Kuala Lumpur

Hospital Pusrawi

Hospital Tung Shin

Prince Court Medical Centre

Sunway Velocity Medical Centre

Pusat perubatan swasta di Selangor

Assunta Hospital

Columbia Hospital

KPJ Damansara Specialist Hospital

MSU Medical Centre

Subang Jaya Medical Centre

Hospital swasta terbaik di Perak

Anson Bay Medical Centre

Hospital Fatimah

KPJ Ipoh Specialist Hospital

Hospital swasta terbaik di Pahang

IIUM Medical Specialist Centre

  • Kulliyyah Of Medicine, International Islamic University Malaysia, Indera Mahkota, 25200, Kuantan
  • 09-573 0380
  • https://imsc.com.my/

KMI Kuantan Medical Centre

KPJ Pahang Specialist Hospital

hospital swasta
Pesakit menerima maklumat dan nasihat daripada doktor.

Pusat perubatan swasta di Pulau Pinang

Hospital Lam Wah Ee

Island Hospital

KPJ Penang Specialist Hospital

Loh Guan Lye Specialists Centre

Penang Adventist Hospital

Pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan

Aurelius Hospital Nilai

CMH Specialist Hospital

Salam Senawang Specialist Hospital

Pusat perubatan terbaik di Melaka

Mahkota Medical Centre

Oriental Melaka Straits Medical Centre

Putra Specialist Hospital

Pusat perubatan terbaik di Johor

Gleneagles Hospital Medini Johor

Hospital Pakar KPJ Johor

Regency Specialist Hospital

Senarai pusat perubatan di Perlis

KPJ Perlis Specialist Hospital

hospital swasta
Pesakit menerima keputusan ujian dan rawatan daripada doktor.

Senarai pusat perubatan di Kedah

Kedah Medical Centre

Metro Specialist Hospital

Putra Medical Centre

Senarai hospital swasta di Kelantan

Kota Bharu Medical Centre

Pusat Perubatan An-Nisa’

Senarai hospital swasta di Terengganu

KMI Kuala Terengganu Medical Centre

Salam Specialist Hospital Kuala Terengganu

Senarai hospital private di Sabah

Gleneagles Kota Kinabalu

Jesselton Medical Centre

  • Jalan Metro 2, Off, Jalan Tuaran, Jalan Bunga Ulam Raja, 88300, Kota Kinabalu
  • 088-366 333
  • https://jmc.my/

Rafflesia Medical Centre

Senarai hospital private di Sarawak

Bintulu Medical Centre

Borneo Medical Centre

Timberland Medical Centre

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/04/2026