backup og meta

4 Sebab Anda Perlu Carum Insurans Pergigian, Bukan Ambil Untuk Perubatan Sahaja, Tau!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

    4 Sebab Anda Perlu Carum Insurans Pergigian, Bukan Ambil Untuk Perubatan Sahaja, Tau!

    Rasanya ramai dalam kalangan masyarakat kita telah sedar dan sudah mencarum dalam insurans perubatan, namun kurang cakna tentang insurans pergigian.

    Ini kerana masih ada yang menyangka bahawa segala kos rawatan pergigian itu sudah termasuk dalam manfaat skim insurans kesihatan umum yang dimiliki.

    Sebenarnya, mungkin tidak, ya! Ini merupakan antara sebab anda perlu carum insurans pergigian!

    Kenapa semua orang perlu mencarum insurans?

    Walaupun ia adalah antara perkara yang sangat penting dalam hidup, namun tidak semua orang di dunia ini mempunyai insurans ekoran beberapa punca yang tertentu.

    Mungkin ini disebabkan oleh sikap segelintir individu yang masih kurang cakna serta tidak yakin akan kepentingan mencarum insurans di dalam kehidupan.

    Selain itu, mereka juga mungkin menyangka bahawa wang simpanan dan tabungan yang ada itu sudah memadai sekiranya berlaku sebarang kecemasan kesihatan.

    Pun begitu, kita semua masih perlu memiliki insuran kesihatan dengan tujuan menampung segala kos perbelanjaan yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit.

    insurans pergigian

    Persoalannya, adakah insurans perubatan itu sudah cukup atau anda perlu mencarum dalam skim lain seperti insurans pergigian? Jom teruskan membaca artikel!

    Pengecualian di dalam skim insurans kesihatan!

    Buat anda yang menyangka bahawa caruman di dalam skim insurans kesihatan itu sudah meliputi segala keadaan kesihatan, anda mungkin perlu berfikir kali kedua.

    Ini kerana wujudnya beberapa pengecualian khas di dalam skim insurans kesihatan yang bermakna tidak semua kecemasan kesihatan itu termasuk dalam perlindungan insurans yang bakal atau sedang anda carum.

    Antara pengecualian yang insurans perubatan mungkin tidak akan ‘cover’ adalah seperti berikut:

    • Penyakit yang sudah sedia ada
    • Penyakit kritikal atau kronik
    • Pembedahan plastik dan kosmetik
    • Pembedahan khatan alat sulit
    • Pembaikan organ mata untuk sistem penglihatan
    • Pembaikan organ telinga untuk sistem pendengaran
    • Perawatan gigi seperti braces, scalling, whitening dan lain-lain
    • Kos rawatan @ ubatan penyakit tertentu selepas pelan tamat tarikh luput

    Di antara perkara-perkara tersebut, kita dapat lihat bahawa pengecualian ini juga melibatkan kos perawatan pergigian seperti braces, scalling, whitening dan sebagainya.

    Disebabkan itu, maka adalah agak penting juga untuk kita semua mencarum di dalam skim insurans pergigian agar segala kos rawatan atau ubatan dapat dibiayai.

    insurans pergigian

    Caruman insurans pergigian juga sama penting!

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, insurans pergigian penting kerana ia bukan salah satu daripada manfaat yang ada di dalam insurans perubatan.

    Selain itu, anda sendiri juga mungkin tidak akan tahu bila atau jika anda mengalami keadaan kesihatan berkenaan gigi, gusi, lidah atau mulut yang perlu dirawat.

    Jadi, adalah agak penting untuk anda mencarum di dalam skim insurans pergigian agar:

    #1. Anda mampu mengesan masalah lebih awal

    Pemeriksaan awal masalah pergigian akan mampu membuat anda mengesan kondisi dengan lebih awal jika memang wujud sebarang isu yang berkaitan.

    Dengan ini, masalah yang sering terabai seperti gigi reput, gigi rapuh atau gigi berlubang dapatlah dikesan dengan lebih awal serta dirawat dengan lebih baik.

    insurans pergigian

    #2. Anda mampu mengelak simpanan terbazir

    Walaupun dengan penjagaan aspek pergigian yang sangat bagus, anda masih berisiko mengalami masalah berkaitan dengannya yang memerlukan kos rawatan.

    Jika tidak ada insurans pergigian, maka anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan atau tabungan untuk merawat lantas membuatkan wang simpanan anda terbazir.

    #3. Anda mampu mendapat rawatan termurah

    Sesetengah insurans pergigian akan menawarkan kos, harga dan pelan rawatan termurah bagi pelanggan mereka jika dibuat klinik panel yang berdaftar.

    Maka dengan itu, anda mampu menjimatkan perbelanjaan anda untuk segala jenis perawatan pergigian sama ada ia bersifat kecemasan atau untuk kecantikan.

    #4. Ia mampu memberi kesan secara menyeluruh

    Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa kesihatan pergigian itu adalah sangat penting kerana ia mampu memberi kesan secara menyeluruh pada tubuh badan.

    Sebagai contoh, masalah bakteria pada gigi, gusi, lidah dan mulut mungkin mampu memburukkan lagi kondisi seperti diabetes jika ia memasuki salur darah anda.

    Konklusinya, insurans pergigian juga mungkin sama penting dengan insurans perubatan, jadi jangan berlengah lagi untuk mencarum pelan insurans yang berkaitan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan