backup og meta

Kemalangan Di Tempat Kerja? Ini 6 Pampasan Boleh Dituntut Sebagai Hak Anda!

Keselamatan merupakan antara aspek penting harus diutamakan semasa bekerja. Namun ada kalanya kemalangan di tempat kerja tidak dapat dielakkan. Tetapi apakah hak anda jika menjadi mangsa?

Bersempena Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang disambut setiap 28 April, jom kita semak antara pampasan yang boleh dituntut jika ditimpa kecelakaan semasa bekerja.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Punca kemalangan di tempat kerja 

Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda.

Kemalangan boleh terjadi melibatkan 3 faktor, iaitu:

  1. Faktor individu seperti masalah pendengaran dan penglihatan, umur, tahap kemahiran, gagal mematuhi peraturan serta tekanan tempat kerja.
  2. Faktor organisasi melibatkan sifat kerja sama ada berbahaya atau tidak, jadual kerja dan masalah dalaman syarikat sehingga menyebabkan konflik.
  3. Faktor persekitaran merujuk kepada keadaan tempat kerja seperti kawasan sesak, peralatan tidak diselanggara dan suhu yang terlampau panas atau sejuk. 

Antara contoh kes kemalangan di tempat kerja adalah: 

  • Objek yang terjatuh dari atas
  • Pekerja terpijak atau terhantuk pada objek
  • Pekerja terjatuh
  • Pekerja tersepit di celah-celah sesuatu objek
  • Kejutan elektrik, letupan atau kebakaran
  • Pendedahan kepada bahan toksik, radiasi atau pencemaran
kemalangan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerja tanggungjawab bersama.

Pampasan kemalangan di tempat kerja

Tiada individu yang mahu dirinya ditimpa kecelakaan. Tetapi sekiranya ia berlaku, pastikan anda tahu hak anda sebagai mangsa kemalangan.

Bagi individu yang terlibat dengan kemalangan berpunca daripada pekerjaan, terdapat beberapa jenis pampasan boleh dituntut sebagai hak anda di bawah Skim Bencana Pekerjaan, iaitu:

1. Faedah Perubatan

Individu yang mengalami bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat contohnya seperti asma, penyakit kulit atau pekak boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.

Bagi kecederaan parah, rawatan mesti dibuat di hospital Kerajaan dan akan dimasukkan ke wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi jika perlu.

Bayaran Ganti Belanja

Bagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, permohonan tuntutan ganti belanja dan bayaran boleh dilakukan. Namun ia tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh PERKESO atau mengikut Akta Fee 1951.

2. Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)

Tempoh Hilang Upaya Sementara

Faedah ini akan dibayar sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. 

Kadar Faedah Hilang Upaya Sementara

Kadar harian adalah 80% daripada gaji harian purata. Kadar bayaran ini adalah minimum RM30 dan maksimum RM158.67 sehari.

3. Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK), antara pampasan kemalangan di tempat kerja

Faedah ini boleh dituntut jika berlaku hilang upaya kekal akibat bencana semasa bekerja.

kemalangan di tempat kerja
Kehilangan upaya kekal.

Kadar Faedah Hilang Upaya Kekal

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata. Kadar bayaran ini adalah minimum RM30 dan maksimum RM178.50 sehari.

Tempoh Tuntutan

Had masa membuat tuntutan adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara.

Taksiran dan Pembayaran

Tuntutan akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang upaya kekal

  • Sekiranya taksiran tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara pukal
  • Sekiranya taksiran melebihi 20%, 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan bakinya dibayar secara bulanan sepanjang hayatElaun Layanan Sentiasa

4. Elaun Layanan Sentiasa

Individu yang menerima HUK dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan bantuan orang lain, layak menerima elaun sebanyak RM500 sebulan dengan pengesyoran Doktor.

5. Faedah Orang Tanggungan

Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya berlaku kematian akibat bencana pekerjaan.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar

Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata. Kadar bayaran ini adalah minimum RM30 dan maksimum RM178.50 sehari.

6. Faedah Pengurusan Mayat

Amaun sebanyak RM3,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat daripada kemalangan di tempat kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. 

Pampasan kemalangan di tempat kerja.
Waris boleh membuat tuntutan pengurusan mayat.

Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM3,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Kesimpulan

Walaupun pampasan akan diberikan, namun hakikatnya duit bukanlah segala-galanya. Lebih-lebih lagi jika kecelakaan yang dialami itu mengakibatkan hilang upaya kekal, malah kematian. Jadi sentiasa berhati-hati semasa melakukan pekerjaan anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Contoh Kemalangan Di Tempat Kerja. https://oshe.uthm.edu.my/images/picture/INFOGRAFIK/PDF/CONTOH_KEMALANGAN_DI_TEMPAT_KERJA.pdf / Diakses pada April 7, 2025.
  2. Skim Bencana Pekerjaan. https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-bencana-pekerjaan.html / Diakses pada April 7, 2025.
  3. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Pekerja%20&%20Alam%20Sekitar/Garispanduan_Pencegahan_Kemalangan_Ditempat_Kerja.pdf / Diakses pada April 7, 2025.
  4. The impacts of climate change on occupational safety and health. https://www.un.org/en/observances/work-safety-day / Diakses pada April 7, 2025.
  5. Jenis-Jenis Tuntutan Perkeso dan Cara Claim PERKESO Untuk MC Atau Kemalangan. https://kppit.my/jenis-jenis-tuntutan-perkeso-dan-cara-claim-perkeso-untuk-mc-atau-kemalangan/  Diakses pada April 7, 2025.
  6. Senarai-senarai penyakit khidmat. https://pkpu.utem.edu.my/index.php/5-0-bahagian-pengurusan-wang-universiti-pw/bab-f-pembayaran/2092-lampiran-6-2-b2-senarai-senarai-penyakit-khidmat/file / Diakses pada April 7, 2025.

Versi Terbaru

10/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Pengamal Perubatan Tradisional Tak Berdaftar Berdepan Tindakan Undang-Undang!

Kajian Baharu Telah Sahkan Bahaya Vape Sama Dengan Merokok? Ini Pakar Jelaskan!


Disemak oleh {expert_display_name} · {specialty} · {organisasi} · Ditulis oleh {author_name} · Dikemas kini {post_modified}

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan