backup og meta

Elak Bau Busuk Dalam Rumah Dengan Letak Gel Silika? Ini 5 Fungsinya, Jangan Buang!

Elak Bau Busuk Dalam Rumah Dengan Letak Gel Silika? Ini 5 Fungsinya, Jangan Buang!

Selalu ada di dalam kotak kasut atau beg tangan yang baru sahaja dibeli daripada pasar raya, silika gel sangat popular meski ramai yang kurang pasti apa perlu dibuat dengan benda ini. Jadi, apa fungsi gel silika yang sebenar sesuai dengan kehidupan kita semua?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

Apa fungsi utama silika gel?

Untuk pengetahuan anda semua, silica gel atau desiccants adalah bebola kecil yang dipaketkan di dalam bungkusan kecil dan biasa ditemukan di dalam kotak atau plastik barangan jualan.

Fungsi utama gel ini adalah menjadi agen untuk menyerap lembapan agar produk yang tersimpan di dalam kotak atau plastik itu tidak mudah rosak lalu mampu untuk bertahan lebih lama.

Untuk lebih tepat lagi, gel ini boleh mengurangkan risiko produk berkulat, berkarat atau teroksida akibat udara yang terkedap serta terperangkap di dalam ruang simpanan produk tersebut.

silika gel

Dalam pada itu, ia turut mampu meneutralkan bau pada produk agar ia tidak pula busuk terutama pakaian yang sudah tentu telah dicuba atau dipakai individu lain sebelum dibeli oleh anda.

Namun, mungkin masih ramai belum tahu jika ia akan membawa banyak lagi fungsi yang lain pada kehidupan!

Apa fungsi bahan ini?

Kebiasaannya, kita semua cenderung untuk membuang sahaja objek atau perkara yang tidak diketahui apa kegunaannya pada kehidupan. Ya, silika gel ini juga tidak terkecuali daripada kategori itu.

Selain fungsi utama seperti di atas tadi, kita semua boleh menggunakannya bagi manfaat berikut:

#1. Silika gel boleh mengelakkan ruang rumah berbau

Pertama, bebola kecil ini turut boleh diletakkan di celah rumah terutama yang tersembunyi seperti di sebalik perabot atau di dalam tandas dalam usaha mengelakkan bau kurang menyenangkan.

Ini kerana ia mampu sedikit sebanyak menyerap bau busuk sekali gus membuat rumah lebih segar.

silika gel

#2. Mengelakkan barang berkarat dan berkulat

Ada banyak barang yang mudah berkarat dan berkulat di dalam rumah anda termasuk pisau cukur, pisau dapur, ketip kuku, gunting serta banyak lagi objek terutama kalau ia daripada bahan besi.

Bagi memastikan barang-barang di atas tidak mudah berkarat atau berkulat gara-gara persekitaran yang lembap dan basah, sila simpan objek peribadi di dalam bekas kedap udara bersama gel ini.

#3. Mengeringkan alat elektronik yang basah

Alat elektronik terutama peranti gajet seperti telefon dan komputer mudah terdedah dengan air di sekitar anda lantas membuat ia basah. Kesannya, alat-alat ini ada risiko untuk ia menjadi rosak.

Selain merendamkan alat elektronik itu ke dalam bekas berisi beras, bebola kecil ini mungkin biasa dijadikan alternatif untuk mengeringkan alat yang basah meskipun tidak ada jaminan berkesan.

#4. Mengelakkan foto atau dokumen rosak

Meskipun kita semua hidup pada zaman digital yang mementingkan soft copy, namun masih ada beberapa perkara atau benda yang memerlukan hard copy contohnya foto atau dokumen penting individu.

Foto kenangan serta dokumen seperti surat beranak, sijil, geran, lesen atau sebagainya mempunyai risiko untuk rosak. Dengan gel ini, ia boleh tahan lebih lama sebagai simpanan jangka masa panjang.

Fungsi gel silika #5. Kilauan barang kemas

silika gel

Barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang wajar diletakkan di dalam bekas yang disertakan gel ini agar ia tidak cepat pudar dan sentiasa bersinar lagi berkilau seumpama baru sahaja dibeli.

Kesemua manfaat di atas tadi adalah disebabkan oleh sifat atau fungsi bebola kecil ini yang mampu menyerap lembapan di dalam apa sahaja bungkusan yang berisi barangan peribadi kita semua.

Awas, silika gel boleh bawa kesan bahaya!

Umumnya, silika gel mungkin tidak beracun namun masih berpotensi untuk menyebabkan salur penghadaman atau pencernaan tersumbat apabila individu tertelan dalam jumlah yang terlalu banyak terutama bagi kanak-kanak.

Ia sama sekali tidak akan mendatangkan kesan mudarat apabila anda terhidu atau tersentuh pada kulit. Maka, sebarang kontak yang sedikit tidak membawa komplikasi atau implikasi negatif!

Konklusinya, benda kecil ini ada banyak kegunaan dan bukan hanya perlu disimpan dalam plastik atau kotak barangan jualan sahaja. Jadi, jangan takut untuk cuba petua kami hari ini juga ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Silica Gel: 7 Surprising Uses for the Small White Packets, https://utopia.org/guide/uses-for-silica-gel/, Accessed Oct 17 2022.
  2. Don’t Be Afraid of Silica Gel Packs—You Can Do Cool Things with Them!, https://letgrow.org/silica-gel-packets/, Accessed Oct 17 2022.
  3. Silica gel, https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Silica_gel, Accessed Oct 17 2022.
  4. Silica Gel, https://www.ncpoisoncontrol.org/types-of-poisons/common-poisons-at-home-and-work/silica-gel, Accessed Oct 17 2022.
  5. Silica Gel, https://www.illinoispoisoncenter.org/my-child-ate/silica-gel, Accessed Oct 17 2022.

Versi Terbaru

22/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Santan & Minyak Kelapa Dara Tinggi Kalori, Benarkah? Ambil Dengan Hati-Hati?

Minyak Masak Paket Hasil Kitar Semula Minyak Terpakai? Ini 3 Fakta Minyak Masak Polibag!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan