backup og meta

5 Tip Kesihatan Aneh Tapi Berkesan

5 Tip Kesihatan Aneh Tapi Berkesan

Kesedaran untuk menjalani gaya hidup yang sihat semakin mendapat tempat di Malaysia. Masyarakat ini lebih peka dengan penyakit-penyakit yang ada serta pemakanan yang tidak sihat.

Namun, kesedaran dan keinginan untuk membuat perubahan tidak cukup tanpa pengetahuan yang betul. Mungkin ada beberapa gaya hidup “sihat” yang sebenarnya tidak begitu sihat tetapi kita sangkakan sebaliknya.

Sila baca sehingga penghujung artikel untuk mendapatkan 5 tip kesihatan yang aneh tapi berkesan.

1. Jangan berus gigi sejurus selepas makan

Lebih baik untuk anda tidak memberus gigi sejurus selepas makan atau minum, terutamanya makanan atau minuman yang mengandungi asid. Contohnya buah-buahan sitrus, tomato atau minuman berkarbonat. Ia hanya akan merosakkan lagi gigi anda. Tunggu sehingga 30 minit ke 1 jam sebelum memberus gigi.

2. Bina otot untuk menjadi lebih kurus

Satu kilogram otot mempunyai berat sama seperti satu kilogram lemak. Tapi otot adalah lebih padat dan tidak memakan ruang yang besar.

3. Dapatkan lebih banyak kalori untuk turun berat

Karbohidrat hanya akan meningkatkan kadar gula darah anda dan membuatkan anda lebih lapar. Jika anda menambahkan protein dan lemak seperti kacang, ikan dan ayam, ia akan membuatkan anda kenyang lebih lama dan kurang makan. Jadi, berat badan akan lebih terkawal.

4. Minum minuman panas untuk menyejukkan badan

Di India, mereka akan minum air panas semasa cuaca panas. Bunyinya macam pelik tapi menurut kajian, minuman panas membantu badan anda menjadi sejuk lebih cepat berbanding minuman sejuk.

5. Bersenam untuk menambah tenaga

Setelah penat seharian bekerja, mahu bersenam pula?

Bersenam sebenarnya memberikan sel-sel badan anda lebih banyak oksigen. Otot-otot yang terbina dari senaman akan bekerja lebih efisyen dan memberikan anda lebih tenaga. Jangan hanya lihat keletihan selepas senaman sahaja tapi lihat kesan jangka panjangnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Health 24 (26 Februari 2018). 7 Weird Health Tips That Actually Work. Dimuat turun daripada https://www.health24.com/Lifestyle/Healthy-habits/7-weird-health-tips-that-are-actually-true-20180116.

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan