Kuala Lumpur, 2 Oktober 2024 – Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, NIVEA dengan kerjasama Watsons menjalankan inisiatif ‘Moments of CARE’, dengan sasaran untuk mengumpul dan menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) bagi meningkatkan kesedaran tahap kanser payudara.
Kempen ini mencerminkan komitmen NIVEA dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara.
Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal tahap kanser payudara dan penjagaan diri.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, berkata, “Di NIVEA, keprihatinan (CARE) adalah teras kepada segala yang kami lakukan.
Sebagai jenama penjagaan kulit No.1 dunia dengan pengalaman lebih dari satu abad, komitmen kami melangkaui penjagaan kulit, merangkumi kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
“
Pentingnya Pelaksanaan Kempen Sebagai Langkah Kesedaran Masyarakat
Dr. Vierhaus turut menyatakan penghargaan kepada Watsons, “Kami berterima kasih kepada Watsons atas kerjasama yang sangat bernilai ini.
Dedikasi mereka dalam menetapkan piawaian tinggi dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kecantikan di seluruh rangkaian lebih 700 cawangan di seluruh negara memperluas capaian serta memperkukuhkan impak kempen ini.
Bersama-sama, kami berhasrat untuk menggalakkan langkah kesihatan yang proaktif dan menyediakan sokongan sepanjang perjalanan ini.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, NIVEA telah menganjurkan bengkel eksklusif yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat bertauliah untuk orang awam.
Bengkel ini merangkumi topik berkaitan tahap kanser payudara dan tanda payudara sakit. termasuk
- Pengesanan awal
- Tanda-tanda awal yang biasa
- Pemeriksaan sendiri
Memupuk Kesedaran Masyarakat Melalui Peranan Breast Cancer Welfare Association (BCWA)
BCWA, yang ditubuhkan pada tahun 1986, merupakan salah satu peneraju utama dalam meningkatkan kesedaran mengenai tahap kanser payudara di Malaysia, menyediakan perkhidmatan penting seperti pendidikan awam melalui program jangkauan komuniti dan sokongan psikososial untuk mereka yang baru didiagnosis, pesakit dan juga mereka yang telah pulih.
Ketika berucap di acara tersebut, Lim Kim Foong, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia menekankan, “Tahap kanser payudara kekal sebagai kanser utama di kalangan wanita Malaysia, dengan 60% kes didiagnosis pada peringkat lanjut.
Inisiatif seperti ‘Moments of CARE’ ini sangat penting sebagai peringatan buat rakyat Malaysia untuk membuat pemeriksaan berkala yang boleh membawa kepada pengesanan awal tahap kanser payudara.
Matlamat kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan impak penyakit ini.
Perkongsian kisah pejuang kanser payudara
Acara ini turut menampilkan kisah-kisah inspirasi daripada pejuang kanser payudara sebenar, Dr. Kartini Kamalul Ariffin dan Hiba Abdul Rahman, serta penjaga (caregiver) Atilia Haron. Selain itu, terdapat pembentangan mendalam daripada Dr Nur Fadlina Abdul Satar, Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Dr. Kartini Kamalul Ariffin, seorang usahawan dan bekas pengacara TV, berkongsi perjalanan luar biasanya sebagai pejuang kanser payudara.
Beliau didiagnosis pada Februari 2023, berkongsi bagaimana kehidupan beliau seakan terhenti apabila mendapat tahu dirinya ada tanda payudara sakit dan menghidap kanser.
“Dalam kehidupan yang serba pantas, amat mudah sekali untuk kita mengabaikan kesihatan kita, terutamanya sebagai seorang ibu. Kita sering utamakan keperluan keluarga berbanding diri sendiri, tetapi anda perlu ingat bahawa keluarga memerlukan anda untuk kekal sihat.
Kanser ibarat satu peringatan buat saya—ia menekankan betapa pentingnya melalui kehidupan setiap hari dan apa yang benar-benar penting dalam kehidupan. Saya menggesa semua orang untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala, tidak kira betapa sibuknya anda.”
“Jangan biarkan perkara ini berlaku kepada anda,” sambung Dr Kartini. “Anda mungkin menyedari tentang dan tanda payudara sakit atau tahap kanser payudara terlalu lewat apabila pilihan rawatan terhad.
Untuk mengelakkan ini, utamakan kesihatan anda dan jadualkan pemeriksaan berkala. Pengesanan awal adalah penting untuk rawatan yang berjaya dan kualiti hidup yang lebih baik.”
Perkongsian kisah-kisah mereka ini menekankan betapa pentingnya pengesanan awal dan sokongan komuniti, elemen utama yang ingin diketengahkan oleh inisiatif ‘Moments of CARE’.
Dengan menyertai kempen ini, anda boleh menunjukkan keprihatinan anda melalui sumbangan kepada usaha yang menyelamatkan nyawa ini.
Bagi setiap RM20 yang dibelanjakan untuk produk NIVEA di Watsons, RM1 akan didermakan kepada BCWA, sehingga RM50,000. Sokongan anda bukan sekadar satu sumbangan—ia adalah langkah yang dapat mengubah kehidupan.
[embed-health-tool-bmi]